Posted by: peribadirasulullah | Julai 2, 2010

Tantawi menanggal purdah pelajar wanita

https://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/07/d8a7d984d985d8acd8b1d985d8a7d984d985d8a7d8b3d988d986d98ad8a7d984d8b7d986d8b7d8a7d988d98a.jpg?w=300

صورة لكبير رهبان المحفل الماسوني في الأزهر الخبيث المجرم طنطاوي عندما هجم كالثور الهائج على التلميذة المسلمة ونزع نقابها بالقوة وصارخاً في وجهها قائلا .. النقاب ليس من الإسلام أنا أفهم في الدين أكثر منك ومن أبيك


Responses

  1. Salam brother,

    Boleh terangkan niat anda menunjukkan gambar ini? minta maaf sebab kadang-kadang niat yang baik mudah disalahertikan apabila tidak di beri penerangan. InsyaAllah akan lebih mudah memahami mesej anda.

    • niqab itu adalah adat org2 arab zaman dahulu,dn bkn tuntutan dari islam

      • kitab mana awak pakai… kalau tak tahu hukum lebih baik diam..

        PENDAPAT RAJIH IMAM SYAFIE BAHWA NIQAB ITU WAJIB BAGI WANITA.

        jangan rosakkan aqidah kerana kejahilan.

      • Terima Kasih atas teguran anda, dalam bahasa melayu , kain tudung adalah kain yang menutup seluruh kepala dan hukumnya wajib. Sementara kain yang menutup muka pula dinamakan kain furdah atau kain purdah dan hukumnya sunat. itu yang saya tahu, sebenarnya dalam hukum memang penting tetapi yang lebih penting adalah perlaksanaannya. Jika kita terlalu banyak berbahas tidak ada gunanya. Marilah sama-sama melaksanakan permintaan Allah SWT keatas diri kita dan keluarga kita. Semoga Allah SWT membantu kita melaksanakan SyariatNya. Amin Ya Rabbal Alamin.

  2. Yelah. Apa agaknya niat dia menunjukkan gambar ini. Jangan menyalahertikan gambar tersebut. Saya tahu tentang peristiwa tersebut.

    • Tolong jelaskan kepada saya, kenapa peristiwa tersebut boleh berlaku?

      • Tentang peristiwa tersebut secara ringkas ;

        Suatu hari Sheikhul Azhar Sheikh Mohammad Sayyid Tantawi melawat ke sebuah sekolah di Mesir. Dia berasa kurang senang terhadap pelajar perempuan yang memakai purdah (BUKAN TUDUNG). Tantawi menegur pelajar tersebut supaya menanggalkan purdah tersebut. Tetapi, pelajar tersebut enggan dengan mengatakan bahawa ibu bapanya tidak membenarkannya. Lalu Tantawi berkata, “saya lebih tahu tentang agama Islam daripada ibu bapa kamu”.

        Apa yang saya tahu, mengikut syariat Islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah, aurat bagi perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

        Jadi, saya rasa memakai purdah dengan hanya menampakkan mata tidak termasuk dalam syariat Islam. Betulkan saya jika saya tersalah.

        Tentang gambar tersebut, saya rasa Tantawi menanggalkan purdah pelajar perempuan tersebut. BUKAN TUDUNG.

      • Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya ingin mengenengahkan fahaman saya, apa yang berlaku di dunia Islam sekarang adalah satu langkah amat halus oleh agen-agen yahudi yang dipengaruhi oleh unsur-unsur tidak sihat. Perkara haram diharuskan atau dihalalkan, perkara sunat diharamkan. Serangan halus yang saya maksudkan adalah seperti contoh untuk menyebarkan zina, tidak perlu menghalalkan zina tetapi cukuplah dengan menghalalkan pakaian-pakaian seksi, pasti perlakuan zina akan datang dengan sendiri, contoh untuk merosakkan amalan-amalan orang soleh, syaitan tidak perlu melarang atau mengganggu amal ibadat seseorang alim tetapi cukuplah dengan bisikan memuji amalan orang alim tersebut, maka hancurlah pahala amalan tersebut disebabkan niat tiada lagi Ikhlas kepada Allah SWT, lahirlah perasaan riya’ dan takabbur. Begitu juga tindakan beberapa orang ulamak mesir yang memang secara halus adalah menyokong pihak yang tidak Islam dan merosakkan Syiar Islam. Betapa halus dan bijaknya pergerakkan yahudi dan pejuang-pejuang kebendaan yang bijak menggunakan kemudahan IT dan Teknologi untuk merosakkan Aqidah Umat Islam, sehingga amalan yang bukan Islam dianggap Islam dan amalan Islam dianggap amalan bukan Islam.Semoga Allah SWT melindungi saya dari terlibat dalam saham-saham Neraka, Ya Allah tunjuklah kepadaku jalan-jalan yang membawa diriku ke SyurgaMU dalam kehidupan seharian. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • Pembetulan !

        Memakai purdah termasuk dalam syariat Islam, tetapi hukumnya adalah harus.

        Minta maaf atas kesilapan yang berlaku…

      • Tambahan, sekolah tersebut Merupakan sekolah perempuan, jd sheikh tantawi menegaskan bhw kalau sesama perempuan x prlu mmakai purdah…

      • Saya amat setuju dengan pendapat anda.

  3. Saya sokong. Hidup peribadirasulullah !

  4. salam,

    alhamdullilah..dengan penerangan di atas, mudah untuk saya memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku. Dan saya bersetuju dgn tuan editor dimana sekarang memang nampak sangat kerakusan musuh2 Islam ingin menghancurkan Islam secara halus bermula dari kebanyakan benda yang remeh dan diperbesarkan hingga menjadi perang saudara. InsyaAllah sama2 kita cuba menambah ilmu agar kita tidak mudah diperlecehkan oleh musuh2 Islam ini.

    Minta maaf atas segala kesilapan.

    Salam

  5. Bagi pendapat saya..perempuan memakai purah tidak salah…sbb ikut keselesan masing-masing dan niat yang baik….
    kenapa sesetenggah org sangat suka mengutuk org memakai purdah tersebut.. padahal org perempuan yang tidak cukup kain(pakaian seksi) tidak di tegur serta merta….

    • Terima Kasih kerana anda berfikiran terbuka, bukan mudah untuk mengajak seseorang melakukan kebaikkan, apatah lagi untuk memakai purdah. Sama-sama kita hargai perbuatan kebaikkan walau sekecil zarah sekalipun.

    • Betul juga. Bukan perempuan yang pakai purdah perlu ditegur, tetapi perempuan yang tidak memakai tudung dan tidak menutup aurat yang perlu ditegur.

      Tentang gambar tersebut, ia mengundang kontroversi daripada pelbagai pihak sama ada positif atau negatif. Kita faham-faham sahajalah budaya orang Arab yang agak kasar sedikit. Perkara yang remeh boleh menjadi gaduh antara mereka. Jika kita pergi ke Tanah Suci, kita lihat sahaja kes-kes orang Arab bergaduh yang berlaku di sana. Sikit-sikit hendak gaduh antara mereka walaupun di hadapan Kaabah. Saya pernah menyaksikannya beberapa kali semasa menuntut di sana.

      Apapun, tentang kes Tantawi tersebut kita jangan memperbesarkannya. Ia perkara kecil. Ada perkara yang lebih besar lagi perlu kita fikirkan.

      • Terus-terang saya katakan, kita sebenarnya terlalu banyak menghabiskan masa untuk selain daripada Allah SWT, setiap hari kita berurusan dengan urusan yang belum tentu mendatangkan pahala dan ganjaran di Akhirat, hanya sedikit masa sahaja kita tunduk dan sujud kepada Allah SWT, sebahagian besar nikmat masa kita, kita laburkan untuk aktiviti-aktiviti yang kita sendiri tidak tahu apakah faedahnya, kita sentiasa melaksanakan arahan tetapi kita tidak pernah berfikir untuk menilai arahan-arahan Allah SWT, Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk menyibarkan Ilmu Allah SWT dan membongkar rahsia-rahsia Islam yang terkini agar umat Islam tidak begitu lalai dengan berita-berita yang disebarkan oleh pencinta-pencinta dunia yang membenci kematian. Disamping untuk pengatahuan umat Islam ianya juga sebagai sumber rujukan saya, semasa memberi kuliah ditempat tertentu. saya bersedia berkongsi Ilmu pengetahuan, tegurlah saya, atau sumbangkan idea-idea yang benar-benar Islamik yang tidak berpihak kepada mana-mana pertubuhan kerana saya tidak suka mencampur- aduk matlamat politik tetapi saya akan ambil idea dan perbincangan politik untuk memperbaiki amalan harian saya kepada Allah SWT. Terimalah Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya denga lafaz yang mulia…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  6. salam semua..
    maafkan saya, saya masih tak faham cerita sebenar di sebalik gambar di atas..
    mohon penerangan yang jelas..
    terima kasih..

    • Tantawi memecat purdah yang dipakai oleh pelajar wanita Al-Azhar dengan alasan purdah tidak wajib dalam Islam, Islam hanya mewajibkan menutup aurat atau bertudung sahaja. Walaupun tindakannya betul tetapi tindakannya menghalang umat Islam melakukan perkara sunnah dan sunat amatlah dikesali, kerana Tantawi tidak pernah bertindak sedemikian kepada wanita yang membuka aurat di Universiti Al-Azhar dan seksi. Banyak ulamak dunia yang menyokong kemungkaran tetapi tidak menyokong perlaksanaan Syariat Islam demi menunaikan tuntutan Syariat Islamiah. Perbuatan sedemikian telah memburukkan imej Islam dan memberi keuntungan kepada Kuffar, kerana mempamerkan perbalahan sesama ulamak-ulamak Islam.

  7. Rasulullah s.a.w bersabda ;
    Tidak akan masuk Syurga orang yang membuka aib orang lain. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Saya mencadangkan kepada Saudara supaya Blog Peribadirasulullah fokus kepada ILMU dan MAKLUMAT. Sebaliknya, ia tidak menyentuh tentang perkara berkaitan KONTROVERSI dan ISU SENSITIF. Sesuatu ilmu dan maklumat yang disampaikan pula hendaklah betul dan perlu diberi penerangan yang jelas. Terimalah Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya denga lafaz yang mulia…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  8. Firman Allah dalam Surah an-Nur ;
    Sesungguhnya orang-orang yang mahu supaya (berita) perbuatan yang buruk itu tersebar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.

    Rasulullah s.a.w bersabda ;
    Sesiapa yang menutupi rahsia (keburukan) saudaranya, maka Allah akan menutupi rahsianya (keburukannya) pada Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Muslim)

  9. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ;
    Jika datang kepadamu orang yang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu,

  10. mengenai gambar dia atas adalah seorng wanita memakai niqab semasa pembelajaran sesama wanita…jadi sepatutnya harus dilihat antara satu sama lain..sheikh juga menegur guru2 yang memakai niqab ketika mengajar sesama anak2 murid perempuan mereka..mungkin gmbr tersebut terlalu detil untk ditafsirkan

  11. nk pakai purdah, pakaila. pd ms yg sama, pribadi hndklh slaras dgn pakaian n tdk mlakukn pkara spt mbuka aib wanita lain, mngumpat, pmarah, dll yg tdk spatutny. prnh ada kwn (bkn sahabat) yg bpurdah tp… sy maafkn dia tp sahabat sejati tdk akn mlakukn pkra tsbt kpd sahabatny.
    *
    ada baikny bpurdah. drpd wanita sibuk dgn baju apa nk dpakai/ cemburu dgn kcantikn wanita lain/ mrasa diri lbh cantik drpd wanita lain/ kcantikn diri dnikmati lelaki bkn mahram kita.
    *
    smoga Allah mrhmati roh Al Tantawi n ditptkn bersama org2 soleh.

  12. Tolongla betulkan, BUKAN TANGGALKAN TUDUNG, TANGGALKAN PURDAH.

    Benda ni akan mbuatkan org2 yg cetek agamanya berfikir pelik2 kpd tantawi.

  13. Tolong Betulkan Tajuk Di Atas! Mengelirukan Je…

  14. minta tuan punya blog betulkan tajuk… bukan menanggalkan tudung tapi menanggalkan purdah… jangan buat kontroversi semata-mata mahu viewer yg ramai dlm blog ni,… jazkallah khairan kahtira…

    • Maaf, menghalang perkara sunat adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan. Kenapa tidak bertindak sedemikian kepada wanita islam yang membuka aurat, apakah tindakan sebegini adalah dengan cara Ikhlas berdakwah kepada Allah SWT ???. Kenapa perkara wajib tidak ditegakkan dan perkara sunat disuburkan, bukankah semuanya adalah laluan ke Syurga !!!. Apa yang jelas mereka yang bertindak sebegini adalah mereka yang menghadapi tekanan dari pihak tertentu dan pasti mendapat habuan dunia pada mereka. Saya tidak mendapat apa-apa habuan dunia melalui blog ini… Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat kesusahan dan kesabaran dalam menegakkan kalimah Allah SWT. Wallah Hu A’lam.

    • APA JUGA PANDANGAN TUAN & PUAN! INGATLAH BAHAWA PERBUATAN TANTAWI DAN PENDAPATNYA TIDAK MEWAKILI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SELURUHNYA.. DENGAN JELAS NAS DAN DALIL YANG RAJIH (KUAT) BAHAWA PURDAH/NIQAB ITU ADALAH WAJIB..

      Dalil yang mengatakan purdah adalah wajib.

      1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
      2. Tafsir Ibnu Mas’ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang
      menyatakan wajib.
      3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka
      memakai purdah.
      4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
      5. Saddu Zaraii’ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
      6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

      • ape pun alasan tantawi ni apa haknya membuka nya?? Rasulullah saw lebih berganda2 ilmunya tapi tak menunjukkan akhlak sebegini..lagak macam askar yahudi..kepada pelajar ini syabas! ANDA MENJALANKAN SUNNAH DIZAMAN BAYAKNYA FAKSYAK DAN MUNGKAR INI,,ALLAH SWT BERSAMA MEREKA YG HAK

  15. Pelajar azhar tidak bercampur aduk diantara lelaki dan perempuan..klau kuliah banat(Perempuan) hanya perempuan sahaja pelajarnya..didalam kuliah ketika waktu sedang belajar sahaja purdah hendaklah dibuka untuk memudahkan proses pembelajaran diantara murid dn guru..disebabkan keadaan didalam kuliah hanya perempuan sahaja.jadi tiada permasalahan mengenai purdah.dan hendaklah dibuka.

    perbuatan syeikh Azhar adalah benar.kalaulah cara pembelajaran bercampuar aduk lelaki dan perempuan..tidak mungkin syeikh akan berbuat demikian.(menanggalkan purdah)

    perkara ini berkait dengan adab dianta pelajar dan guru..klu menaggalkan purdah itu memudahkan peroses intraksi pelajar dan guru hendaklah dipatuhi.dan hendaklah mengukut keadaan2 yg diizinkan..

    “memakai purdah” ada keadaan2 yang blh menyebab kan purdah itu wajib dipakai oleh wanita.dan purdah bukan suatu budaya..tetapi adalah tuntutan islam bagi wanita2 yg mudah terdedah kepada fitnah( wanita yang cantik)…

    yang wajib ditutup seperti hadis:

    diriwayatkan oleh Aisyah r.a:

    “Sesungguhnya Asma’ bt Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan pakaian yang nipis lalu Baginda pun berpaling darinya dan berkata : Wahai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya kecuali ini dan ini” sambil Nabi menunjukkan wajah dan kedua belah pergelangan tangannya. ( Hadis riwayat Abu Daud)

    • salam
      niqab wajib bagi wanita, tentawi tiada hak untuk menyentuh kain niqab tu even merapati perempuan itu.. sungguh jahil.. nauzubillah… kite telah banyak mengharamkan yang halal…mengaharuskan yang makruh… sunat di haramkan… masya allah.. isteri2 nabi semua berpurdah dan isteri2 nabi adalah wanita yang patut kite contohi sbb mereka panduan untuk wanita islam… bukan ikut wanita lain yang tidak dijamin syurga..bkn ikut pendapat orang lain yang tidak dijamin syurga.. allahualam

  16. Pelajar azhar tidak bercampur aduk diantara lelaki dan perempuan..klau kuliah banat(Perempuan) hanya perempuan sahaja pelajarnya..didalam kuliah ketika waktu sedang belajar sahaja purdah hendaklah dibuka untuk memudahkan proses pembelajaran diantara murid dn guru..disebabkan keadaan didalam kuliah hanya perempuan sahaja.jadi tiada permasalahan mengenai purdah.dan hendaklah dibuka.

    perbuatan syeikh Azhar adalah benar.kalaulah cara pembelajaran bercampuar aduk lelaki dan perempuan..tidak mungkin syeikh akan berbuat demikian.(menanggalkan purdah)

    perkara ini berkait dengan adab dianta pelajar dan guru..klu menaggalkan purdah itu memudahkan peroses intraksi pelajar dan guru hendaklah dipatuhi.dan hendaklah mengukut keadaan2 yg diizinkan..

    “memakai purdah” ada keadaan2 yang blh menyebab kan purdah itu wajib dipakai oleh wanita.dan purdah bukan suatu budaya..tetapi adalah tuntutan islam bagi wanita2 yg mudah terdedah kepada fitnah( wanita yang cantik)…banyak nas-nas dari Al-quran dan hadis memperkatakan berkenaan dan pembincangan ulama’ mengenainya.

    Bagi wanita di malaysia lebih elok mementingkan dan memperbetulkan perkara2 yang ternyata wajib yg tidak diendahkan ramai wanita2 di malaysia(menutup aurat dengan cara yang betol),…

    yang wajib ditutup seperti hadis:

    diriwayatkan oleh Aisyah r.a:

    “Sesungguhnya Asma’ bt Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan pakaian yang nipis lalu Baginda pun berpaling darinya dan berkata : Wahai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya kecuali ini dan ini” sambil Nabi menunjukkan wajah dan kedua belah pergelangan tangannya. ( Hadis riwayat Abu Daud)

    Wallahu’alam…..

  17. pda pendapat ana sheikh tak patot tanggal purdah pelajar tue kerna apa,sheikh kan lelaki mcm mana dia nak buka purdah,kesian kat banat tue,yg banat tue pulak knapa pergi pakai waktu klas sesama perempuan,.

  18. Selepas membaca semua komen yang ada, saya rasa lebih baik dan sangat baik jika pemilik blog dapat PADAM ruangan “Tantawi…..” ini. Ia adalah satu isu yang mengelirukan. Kita tutup sahaja isu ini. Lagipun, saya pasti Sheikh Tantawi bukan saja-saja hendak menanggal purdah pelajar wanita tersebut tanpa sebab. Mustahil beliau yang mempunyai ilmu yang luas boleh melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

  19. bagi mereka yang tidak tahu mengenai purdah jganlah slah sangka dengan pemakaian purdah. dan jgan pandai2 meletakkan hukum sesuka hati., iti saje pesanan ana.

  20. kalau tarian gelek kat mesir tu tantawi tak sibuk….apa dia tahu tentang islam….dia cipta ka islam tu.mujur la dia mati dan jawab didepan allah nanti.

  21. Assalamualaikum warahmatullah.
    Saya mencelah. Memang tak da ilmu untuk turut serta. Cuma syg teringat cerita antara nabi khaidir dgn seorang nabi lain yg perbuatan nabi khaidir a.s. ditentang kerana bercanggah dalam pandanganya.
    1. Seorang anak dibunuh.
    2. Perahu ditebuk.
    3. Dinding rumah diperbaiki oleh nabi khaidir…
    1.1 Yang dibunuh disebabkan bila besar si anak menjadi seorang yang durhaka dan menyusahkan org tuanya.
    2.1 Perahu kalau dibiarkan dalam keadaan baik, ianya akan dirampas oleh raja. Jadi waktu itu.
    3.1.Rumah yang diperbaik adalah rumah anak yatim yg dibawahnya tersimpan harta waris peninggalang orang tuanya.

    Maksud saya marilah kita fikirkan hikmah disebaliknya.
    Wassalam..

  22. Sabda Rasulullah saw. ” Aku menjamin dgn sebuah istana yg terdapat di tepi syurga bagi org yg meninggalkan perdebatan meskipin ia benar “

    • Jutaan Terima Kasih di atas komen anda. Semoga memberi manfaat dan kesedaran untuk kita semua.

  23. Gambar yang anda dapat tu dah diubah menggunakan teknik bertindih.
    klu tak pasti jangan kelirukan orang lain. menyebar fitnah kan munafik


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori