Posted by: peribadirasulullah | Jun 10, 2010

Kebanyakkan banduan di Britain telah memeluk agama Islam

https://i1.wp.com/www.arrahmah.com/images/stories/10/PRISON.jpg

Inspektur Penjara Britain, Anne Dame Owers, mengeluhkan apabila sebahagian besar  tahanan telah memeluk  agama Islam, agama Islam telah  berkembang dari 2.513 pada 1994 menjadi 9.795 pada tahun 2008. Dalam laporan yang diberi tajuk Pengalaman Narapida Muslim dan disiarkan pada hari Selasa, Dame Anne mengatakan  1 dari 100 tahanan beragama Islam telah dihukum di atas  tuduhan terorisme, petikan dari  PressTV pada hari Rabu (9/6).

Menurut laporan tersebut ” kebanyakan tahanan Islam yang mengambil berat terhadap semangat  positif dan kesucian jiwa dalam  Islam dijadikan pedoman hidup mereka dan ketaatan terhadap agama Islam yang tidak berbelah bagi telah berjaya memperolehi  ketenangan di tengah-tengah suasana penjara yang dipenuhi dengan berbagai  tekanan.”

Laporan tersebut menyebut, sebahagian tahanan telah berusaha mengkaji agama Islam dari para tahanan Islam yang  lain atau melalui keluarga yang terdekat dengan mereka dan menganti kehidupan mereka yang kosong dengan pegangan aqidah Islam yang suci.

“Saya mempunyai  banyak saudara terdekat di sini. Mereka saling bertukar pandangan sesama mereka.

Kaji selidik ini telah disahkan oleh  Dame Anne berdasarkan pada laporan 85 orang yang ditemuduga untuk hasil selidik  dan wawancara secara mendalam terhadap 164 tahanan Islam  di lapan penjara.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: