Posted by: peribadirasulullah | Mac 30, 2010

4 Cara Mencapai Makrifat ( معرفة الله تعالى ).

https://i0.wp.com/photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs138.snc3/18572_100641159965040_100000574692941_14301_1748764_n.jpg

4 Cara Mencapai Makrifat ( معرفة الله تعالى  ).

  1. Mengenal dirinya.
  2. Mengenal Tuhannya.
  3. Mengenal Dunia.
  4. Mengenal Akhirat.

Wasiat Imam Ghazali.m/s: 43.

Nota :

Manusia yang melakukan maksiat adalah manusia yang terlalu hebat, lebih hebat dari Rasulullah dan Para Malaikat, kerana Setinggi-tinggi Rasulullah dan Para Malaikat, Baginda dan Para Malaikat tidak sanggup melakukan maksiat kepada Allah SWT walaupun sebesar zarah, syaitan yang pernah menjadi Ketua malaikat dan hidup di Syurga,tidak pernah melakukan dosa kecuali hanya Enggan sujud kepada nabi AdamA.S.  tetapi tetap sujud setia kepada Allah SWT. Betapa hebatnya manusia yang tidak mengenal Allah SWT atau tidak mencapai makam Makrifat.


Responses

  1. Awal agama adalah mengenal Allah?
    Kalau sudah kenal Allah, bila pula tarikh beragama?

    • Tentang tarikh bermulanya agama adalah sama dengan tarikh yang anda akan memeluk Islam, apabila anda telah memeluk Islam bererti anda telah beragama. Agama adalah Sistem Kehidupan Murni yang Allah SWT sampaikan melalui Rasul-rasulnya, Nabi Isa Alaihissalam dan juga para-para nabi yang memikul tanggungjawab mengajak manusia menyembah Allah SWT Yang Maha Esa. Sekian.

  2. salam saudaraku….pendapatku adalah tidak bijak untuk bertanya bila tarikh beragama setelah Engkau mengenal Allah SWT…bagiku ianya tidak penting…Allah SWT berfirman kepada Roh sejak azali yang mana Roh mengaku hanya Allah SWT yang berhak disembah…jika kau sudah mengenal Allah SWT.. semua dunia dan isinya tiada berguna lagi..wasalam.

  3. Salam:Awal agama mengenal Allah.Mahu benar-benar kenal Allah maka kenallah melalui diri.Begitulah semua umat manusia dan jin sekeliannya perlu hadapi samada ia beragama apa pun atau tidak beragama sejaka dulu zaman nabi Adam.Itu adalah formula penting dan kebenaran.

    Rasul-rasul disabitkan kenal Allah dengan cara tersendiri.Maka ia pun mengajarkan agama Allah.Nabi Muhammad juga kenal Allah dulu baru ia mendapat ajaran dan ajaran inilah dikira keagaaman yang disampaikan kepada penduduk Mekah itu.Adakah nabi kenal agama atau kenal Allah dulu?.Maka nabi Muhammad kenal Allah barulah berlaku doktrin agama islam diterimanya. Manakala kita dan orang lain terpaksalah terima agama dulu dan tauhid dulu.Samada kenal Allah atau tidak seperti nabi Muhammad kenal itu terpulanglah kepada anugerah Allah sendiri.

    Namun mula mula kita ini terpaksa kenal agama dulu kerana kita mengikut agama ibubapa kita.Kemudian kita mendalaminya semasa membesar dan dewasa.Maka Bagaimana cara kita mengenal Allah itu setelah beragama adalahperlu gabungan ilmu dan masa dan usha dan takdir.

    Kenal diri itu adalah parah juga.Nabi Muhammad dibedah dadanya 2 kali oleh malaikat Jibrail.Maka pembedahan ini akan menyebabkan timbul rasa mati.Apabila mati maka nampaklah 3 lembaga diri.Maka lihat melihatlah diri itu dan mungkin berkata-kata dan ber’aifal tertentu. Maka diri itu yang boleh menuju mengenal Zat Allah Taala atau Nur Muhammad.Namun bukan semudah itu ia beroleh anugerah sahadah itu.Sabar dan tawadhuklah bila berada di maqam mengenal diri.Insyaalah Zat Allah Taala memang mahu roh manusia sampai kepadanya.Tapi…entah bila.

    Setiap manusia yang mati maka ia akan ditemukan dengan lembaga dirinya yang batin,roh dan sir.Jasad yang kojol itu diperlihatkan 3 lembaga itu..Maka kenallah dirinya sebenar.Namun tiada makna lagi kerana ia sudah tutup zamannya d dunia.Satu lembaganya akan diperintah menuju Zat Allah Taala tidak lama kemudian.Iaitu 3 hari selepas mati sebenar.Maka jumpalah dan disitu dan kenallah Roh kepada Allah.Maka itulah dikatakan kembali kerahmatullah.Bumi ini tempat diturunkan kembali roh itu.Ditempatkan ditempat yang setimpalnya.

    Maka jangan mempersenda kata formula ulama.Ia benar tetapi bukan semudah demikian anda capai. Yang lebih mudah adalah semua manusia mati,bukan kenal Allah sebelum mati tapi kenal selepas mati.Ini biasalah.Sekiranya terbaik bagi yang berhajat,maka kenallah diri sebelum anda dimatikan kojol dan dikebumikan.Ada ruang-ruang masa dan keilmuan untuk capai tahap tersebut namun ia berkait juga dengan guru,ilmu dan tahap murid.Perkara ke 2 adalah keilmuan ghaib dahulu dan diikuti oleh keilmuan sahadah sebenar.Maka para rasul-rasul itu diperlihatkan itu kerana ia bekal buat jadi rasul.Kalau tak kenal diri dan Rabbi,maka lojikkah ia jadi rasul dan benar-benar mengajar agama tuhan itu?

    Samakah pelajaran ilmu yang rasul perolehi dengan manusia awam perolehi?Itulah sebab rasul tabah dan yakin disamping adanya mujizat.Bukalah ruang masa dengan mencari guru.Kerana jarang murid faham dan berhasil tanpa guru zahir.Sheikh ID di Kenya Afrika itu tanpa guru zahir namun barangkali ada guru ghaibnya.Maka ia hebatlah ilmunya.Ini amat-amat jarang berlaku dikalangan umat islam.Allah yang menentukan titik iman dan titik anugerah mengenal diri,alam dan Zat Allah.Maka iktiarilah kalau mahu.Perkara ini teramat mudah capai sebenarnya.Satu malam pun boleh berlaku.

  4. Maka tarikh beragama itu terpulanglah kepada Allah untuk kita semua.Kita tahu agama itu dari Allah dan pembalasan setimpal dari Allah jua.Maka tugas kita adalah mengenal Allah dan formulanya dengan hanya kenal diri.

    Bukan kenal diri miskin kaya,cerdik bodoh atau lapar kenyang.Itu keperluan dan perkara lahiriah fitrah tubuh badan zahir.Diri zahir adalah bayang kepada roh.Sebab roh itu jadi dulu.Yang jadi kemudian adalah bayang.ama juga bayang yang kamu nampak dari hasil badan kamu dipancarkan cahaya.maka ada bayang hitam disesuatu permukaan. Maka itulah bayang bagi badan kamu.Kamulah awal pada bayang kamu itu.

    Proses sampai ketahap ini adalah perjuangan jalan hakikat,jalan marifat,jalan fakir,jalan sufi,jalan wali,jalan nabi.Tetap bukan semudahnya.Tapi janganlah putus asa atau pun menolaknya.Allah adakan golongan kecil ini selagi tidak kiamat.Orang yang kenal Allah dan agama Allah ini,Sesiapa yang benar-benar diberi ilmu kenal diri tahap sahadah adalah berpeluang lagi kenal yang lebih penting kemudiannya atau perlu juga mengenal benda dunia yang kurang penting kemudiannya.Mengenal itu adalah hiburan jua buat insan.Bila kenal maka tenanglah jiwa.Hal agama-agama itu lorong saja.Hal ibadat yang diredhai Allah mengikut agama adalah tatacaranya untuk visi dan misi mengenal.Tarikh itu tak penting sangat kerana yang pentingnya kenala Diri dulu setelah kita ada peluangnya.Jika kita tak ada jayanya,maka bermunajatlah kepada Allah,katakan hanyalah kamu mampu setakat apa kamu perolehi saja.mengakulah kalah tak berjaya kenal Allah walaupun duduk lama dalam agama Allah.Katakan,bagaimana akau kenal sedangkan engkau tiada memberiku kemahuan dan ilmu itu.Maka redhalah aku dengan takdirku.Kalau aku digolongkan dalam kaum yang bodoh ,maka akau terimalah dengan redha jua sebab engkaulah yang menciptaku.Rahsia ku tetaplah menjadi rahsia engkau ya Allah.Bukankah bagus ucap begini dari menetapkan tarikh jadi islam.

    Satu lagi tarikh Islam yang Awam: Allah jadikan yang baru itu islam semuanya,kemudian dirinyalah menjadi bukan islam atau islam terkemudiannya.Binatang dan planet pun islam sebab itu tiada balasan untuk mereka.Mereka diadakan untuk perlengkap kepada alam.Mereka adalah hamba alam Allah.Namun yang penting adalah manusia dan jin yang jenis boleh bertauhid dan beribadat.Ini cabaran buat mereka sendiri kerana ini perintah keatas mereka. Anak-anak yang cacat dan orang dapat jadi dewasa yang cacat terok terencat akal dan sehingga tidak dapat faham agama sejak kecil adalah islam walaupun bukan penganut islam.Orang yang tidak mendapat seruan betul-betul.Maka ia dikira islam.Kanak-kanak yang mati kecil dari umat manapun dikira islam.Maka mereka terima syurga kelak.Maka tarikh ia beragama adalah tarikh ia lahir itu jua.Manakala yang lain-lain itu ada perkiraan oleh Al;lah sendiri.Berbahagia dan berbanggalah jadi umat islam kerana sesiapa yang bukan membunuh diri kerana jalan Allah akan mendapat syurga jua setelah jalani hukuman neraka yang mencukupi atas hukuman dirinya.Sedangkan orang yang benar-benar kafir tidak akan merasai syurga akhirat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,644 other followers

%d bloggers like this: