Posted by: peribadirasulullah | Februari 24, 2010

Pembunuhan Asy-Syahid Mahmud al-Mabhuh Terungkap israeil adalah negara pusat keganasan dunia

Israeil mengalami kerugian besar kerana membunuh Asy-Syahid Mahmud al-Mabhuh di Dubai bukan sahaja  sebagai negara teroris, malah mengkhianati kepercayaan dunia kerana mereka telah memalsukan pasport mereka untuk memudahkan tindakan keganasan.

Selama ini israeil mendabik dada di pentas  dunia barat sebagai jaguh memerangi terorisme atau keganasan. Namun pembunuhan terhadap al-Mabhuh di Dubai dan cara yang digunakan membuktikan bahawa Mossad hanya organisasi terbelakang yang menggunakan cara-cara lampau yang sudah ketinggalan zaman.

Kehebatan  Mossad jatuh dengan cara hina di Dubai kerana elit badan intelijen ini membangun keagungan mereka dengan cara membunuh dan teroris dengan cara terlalu bodoh. Padahal dunia di sekitar mereka terus berkembang dan keahlian mereka semakin berkualiti.

20 individu  Mossad direkrut untuk membunuh seorang di negara Arab yang berdamai, moden dan terbuka yang dikunjungi jutaan orang untuk melancung dan berkerja.

Ketika  melihat rakaman pembunuhan, penulis merasakan seperti menyaksikan filem Mesir dizaman 1950-an atau 1960-an dari film hitam putih. Mereka menggunakan rambut palsu berpakaian tenis seakan mereka tidak sedar mereka diintai oleh 1500 kamera  dan semua hotelnya dilengkapi kamera untuk merekam gerak-gerik mereka.

***

Pemerintah Barat seharusnya menjadi negara pertama yang mengambil pelajaran kegagalan intelijen israeil. Mereka harus menilai pandangan mereka soal kehebatan bohong keamanan israel yang mewarwarkan  perang melawan teroris.

Betapa malunya sebahagian negara Eropa dan Afrika membayar puluhan juta dolar untuk mendatangkan juru pelatih dan pakar  dari Israel untuk melatih badan keselamatan dalam usaha memerangi teroris. Padahal para pakar  israel itu dipermalukan melawan Hizbullah dan Hamas. Sebab kedua gerakan ini mampu menembus badan keamanan israeil dengan menculik pasukannya di benteng mereka.

***

Negara-negara Arab terutama seharus menentang dan mengambil pelajaran dari kegagalan Mossad di Dubai. Mereka seharusnya membentengkan  diri dan negara mereka dari penyusupan Mossad.

Masalah ini tidak memerlukan peruntukan besar untuk membeli peralatan. Kamera perakam yang membocorkanusaha  Mossad di Dubai kini dijual banyak di negara-negara Arab.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: