Posted by: peribadirasulullah | Januari 6, 2010

25 Anugerah Allah SWT Pada Mereka Yang Menunaikan Solat

Rasulullah SAW bersabda solat adalah:

  1. Solat itu adalah keredhaan Allah SWT.
  2. Dikasihi oleh para Malaikat.
  3. Jalan para ambiya’
  4. Nur Ma’rifat.
  5. Asal Iman.
  6. Diperkenankan doa.
  7. Dikabulkan segala amalnya.
  8. Berkat pada rezekinya.
  9. Kesenangan pada badannya.
  10. Senjata atas musuhnya.
  11. Kebencian bagi syaitan.
  12. Shafaat pada teman dan Malikul Maut.
  13. Pelita dalam Kubur.
  14. Hamparan pada tempat duduknya.
  15. Penjawab kepada Mungkar dan Nangkir.
  16. Menjinakkan pada taulan dan Penziarah kepada kubur kita sehingga hari Qiamat.

Solat pada hari Qiamat adalah:

  1. Memayung di atas kepalanya.
  2. Mahkota di atas kepalanya.
  3. Pakaian yang menutupi tubuhnya.
  4. Cahaya yang bersinar pada tangannya.
  5. Perisai daripada api neraka.
  6. Hujjah kepada orang Mukmin di hadapan Allah Azzawajal.
  7. Memberat timbangannya.
  8. Menemaninya di atas Sirat Mustaqim.
  9. Anak kunci kepada Syurga kerana pada solat terdapat tasbih, tahmid, taqdis, ta’zim, qiraat dan doa.

Jauhar Mauhub.m/s: 147.


Responses

  1. Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah, betapa senang dan nyamannya tika mendapat kurnia Allah swt dalam setiap langkah menuju rahmatNya. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang, yang selalu memberi tanpa had kepada hamba-hamba-Nya yang taat serta redha dengan segala tuntutan ajaran Islam.

    Untuk menjadi hamba yang taat, tidak sepayah yang disangkakan oleh seetengah manusia yang merasakan betapa susahnya untuk mejalani perintah dan meninggalkan larangan Allah. Jika cinta sudah berputik dan bertaut kukuh kepada Allah dan baginda Rasul, apa-apapun halangan atau tantangan untuk menunaikan hak Allah dan sebagai hamba Allah tetap akan ditunaikan.

    Mudahan kita tergolong dalam kalangan manusia yang berada di jalan yang lurus. amiin.
    Salam mesra selalu dari sarikei, sarawak.

    • Begitulah kemurahan Allah SWT terhadap hambanya. Sesungguhnya kita tidak layak melakukan maksiat terhadap Allah Azzawajal sedikit pun.. tetapi kini dunia kita dipenuhi dengan berbagai maksiat… Namun Alhamdulillah kita masih berpegang pada tali Allah..semoga kita semua tidak dijauhkan oleh Allah dari rahmat dan hidayahNya sehingga hari Qiamat.. Salam Ukhuwah dari saya.. Assalamualaikum..

  2. waalikumusalam..:) amin…syukron atas peringatan..

  3. alhamdulillah,semoga ALLAH SWT slalu melindungi ktasmua,amien..

  4. Salam Ustaz,
    Saya pada usia 40thn baru tersedar dari lena yg panjang.Rupa2 cara hidup kita sekarang ini adalah tipu sahaja.dari kecil kita dihidangkan dgn hiburan tv dan skrg pula dgn bermcm2 rancangan real tv berbentuk hiburan.kita juga sudah dibiasakan dgn pinjaman perumahan,kereta, dan bermcm2 bentuk ansuran bulanan.celik2 mata dulu kita dah biasa lihat org disekeliling kita melakukannya walhal riba itu adalah satu dosa yg amat besar.Kita juga dibiasakan didlm drama2 melayu cerita muda mudi bercinta dan bersentuh-sentuhan tanpa rasa ada bersalah.rancangan tv kita juga dibiasakan dgn cerita lawak lelaki memakai pakaian perempuan.seolah2 benda tu tidak salah disisi agama Islam.
    Hidup ini sebenarnya bukan begitu….manusia diciptakan untuk menjadi khalifah dibumi ini dan menyembah Allah yg satu.Jadi sama2 lah kita kuatkan iman kita dan anak2 kita untuk menjadi hambanya yg mukmin.
    Semoga Allah jauhkan kita dari azab siksa kubur,azab siksa api neraka,fitnah hidup dan mati dan dari fitnah dajjal .Amin.

    • W.Salam.
      Agar kita tidak menyesal di Akhirat nanti, marilah sama-sama kita membina diri kita sebagai seorang Mukmin Sejati. Kita tidak akan berpeluang melakukan ibadat kepada Allah SWT, jika kita terus melayani tuntutan kebendaan dan hawa nafsu. Kita tidak berupaya menolak budaya global yang amat manis dan amat memikatkan jiwa kita tetapi kita mampu mengelak diri kita dan keluarga kita daripada terus hayut bersama irama syaitan kini.
      Gunalah sedikit masa seharian untuk bertasbih kepada Allah SWT berserta jauhkan diri daripada terlibat dengan gelombang maksiat yang membanjiri masyarakat Islam kita hari ini.
      haya mereka yang cerdik dan beriman kepada Allah SWT sahaja yang mampu mendekati pintu-pintu Syurga Allah SWT. Semoga kita menjadi Insan Pilihan Allah SWT untuk mendiami Syurga yang pernah didiami oleh Nabi Adam Alaihi Salam dan Siti Hawa Alaihassalam. Amin Ya Rabbal Alamin.

  5. Ya Ustaz,kita kena berubah dari part time muslim kepada full time muslim.Insyaallah.

    • Begitulah harapan dan acuan Rasulullah SAW kepada umatnya. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: