Posted by: peribadirasulullah | Disember 20, 2009

Pengubat Jiwa Dan Penyubur Semangat

روى عن شقيق البلخي انه قال لحاتم الاصم :
قد صحبتني مدة …فماذا تعلمت ؟
قال : ثمان مسائل ..//

Shaqiq Al-Bakhlie telah berkata kepada Hatim Al-Asam… Aku telah berkawan dengan kamu dalam tempoh masa yang lama, Apakah yang kamu akan ajar daku, Hatim Al-Asam menjawab aku ajar engkau  Lapan Permaslahan..

أما الأولى :فاني نظرت الى الخلق … فاذا كل شخص له محبوب ,
فاذا وصل الى القبر فارقه محبوبه …
فجعلت محبوبي حسناتي لتكون معي بالقبر .

Aku memandang kepada kejadian Allah.. setiap orang memilki kekasih atau perkara yang dicintai..tetapi apabila sampi di kubur maka dia akan berpisah dengan apa yang dikasihi.. Maka aku jadikan sesuatu yang paling aku cintai adalah kebajikan atau kebaikkan supaya tetap bersamaku didalam kubur.

أما الثانيةفاني نظرت الى قوله تعالى ونهى النفس عن الهوى )
فأجهدتها في دفع الهوى حتى استقرت على طاعه الله .

Apabila aku mendengar firman Allah SWT: Tahan atau laranglah dirimu dari hawa nafsu . Maka aku berjihad untuk mencegah diriku dari hawa nafsu sehingga aku tenteram dan kekal di atas jalan ketaatan kepada Allah SWT.

أما الثالثة :فإني رأيت كل من معه شيئ له قيمة عنده يحفظه ..
فنظرت إلى قوله تعالى ( ما عندكم ينفد وما عند الله باق )
فكلما وقع معي شيئ له قيمة وجهته إلى الله ليبقى لي عنده .

Aku melihat semua orang menjaga barang berharga di sisi mereka, maka aku melihat kepada firman Allah SWT ” Apa yang kamu miliki akan musnah dan apa yang ada disisi Allah SWT akan kekal ” Maka setiap apa yang bernilai disisiku maka aku persembahkan kepada Allah kerana ianya akan kekal dan tidak musnah apabila Allah memeliharanya.

وأما الرابعة :فإني رأيت الناس يرجعون إلى المال والحسب والشرف …
وليست بشيء .. فنظرت الى قوله تعالى
( إن أكرمكم عند الله أتقاكم )
فعملت بالتقوى حتى أكون عند الله كريما
Aku melihat manusia bermatlamatkan harta, keturunan dan kemuliaan. maka aku berpegang kepada firman Allah : Sesuatu yang paling mulia disisi Allah adalah Taqwa kepada Allah. Aku telah ketahui bahawa hanya dengan Taqwa menjadikan aku manusia mulia dan ada nilai di sisi Allah SWT.

وأما الخامسة :

فإني رأيت الناس يتحاسدون , فنظرت إلى قوله تعالى
( نحن قسمنا بينهم معيشتهم في الحياة الدنيا )
فتركت الحســـــــد بالكلية .. لأن الحسد اعتراض على الله سبحانه

Aku melihat manusia berhasad dengki, maka aku renung firman Allah SWT : Kami telah membahagi-bahagikan di antara mereka keperluan hidup mereka di dunia . Maka aku hilangkan semua perasaan hasad dengki, kerana hasad dan dengki bertentangan dengan arahan Allah SWT.

وأما السادسة :رأيت الناس يتعادون ، فنظرت إلى قوله تعالى :
( إن الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا )
فتركت عداوتهـــم , واتخذت الشيطان وحده عــدوا

Aku melihat manusia bermusuhan maka aku renung firman Allah SWT: Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh, maka jadikan ia sebagai musuh kamu. Maka aku tinggalkan permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku.

وأما السابعة :
رأيتهم يذلون أنفسهم في طلب الرزق, فنظرت إلى قوله تعالى
( وما من دابة على الارض إلا على الله رزقها ) فاشتغلت بما له علي
وتركت ما لي عنـــــــده ثقة به، ويقينا بما عنده.

Aku melihat manusia menjadi hina-dina diri mereka kerana mengejar rezeki..maka aku renung kepada firman Allah SWT: Tidak ada binatang yang melata dibumi melainkan Allah telah tetapkan rezeki ke atasnya. Maka aku mencari rezeki yang telah diperuntukkan untuk ku dan aku tidak mengambil rezeki yang tidak milikku kerana aku yakin dengan apa yang telah Allah sediakan untuk ku.

وأما الثامنة :رأيتهم متوكلين على تجارتهم وصنائعهم وصحه أبدانهم
فتوكلت على الله .. ( فإذا عزمت فتوكل على الله )

Aku melihat semua manusia akan  bertawakkal kepada Allah dalam bidang  perniagaan, perusahaan dan ksihatan mereka sahaja..Maka aku bertawakkal kepada Allah dalam semua pekerjaan ku,bukan sahaja dalam bidang perniagaan, perusahaan dan kesihatan sahaja. Kerana Firman Allah ” Semua perkara yang kamu azamkan,hendaklah kamu  berserah kepada Allah SWT “.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: