Posted by: peribadirasulullah | November 23, 2009

Hikmah Ibadat Qurban Disisi Islam

Apa Hikmah Berkurban ?

Berqurban merupakan salah satu ibadah yang agung  kerana menitiskan darah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua ibadah yang disyariatkan dalam Islam memang mengandungi hikmah, baik yang kita ketahui  atau tidak, kerana yang mensyariatkan ibadah tersebut adalah daripada Allah yang memilki segala  hikmah.

Diantara hikmah dari berqurban yang disebutkan ulama adalah :

Pertama : menghidupkan sunah Nabi Ibrahim  ketika beliau bermimpi menyembelih anaknya yang disayangi Nabi Ismail kerana mimpi para Nabi adalah benar adanya.
قال الله تعالى: ” وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهدِينِ رَبِّ هَب لِي مِنَ الصَّالِحِينَ  فَبَشَّرنَاه بِغلَامٍ حَلِيمٍ فَلَمَّا بَلَغَ مَعَه السَّعيَ قَالَ يَابنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي المَنَامِ أَنِّي أَذبَحكَ فَانظر مَاذَا تَرَى قَالَ يَاأَبَتِ افعَل مَا تؤمَر سَتَجِدنِي إِن شَاءَ اللَّه مِنَ الصَّابِرِينَ فَلَمَّا أَسلَمَا وَتَلَّه لِلجَبِينِ  وَنَادَينَاه أَن يَاإِبرَاهِيم  قَد صَدَّقتَ الرّؤيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجزِي المحسِنِينَ  إِنَّ هَذَا لَهوَ البَلَاء المبِين  ”

Ertinya : ( 99. Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku  menghadap  Tuhanku dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku( 100). Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang soleh. (101). Maka Kami beri Dia khabar gembira dengan seorang anak yang Amat sabar (102). Maka ketika anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:  ” Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” beliau  menjawab: “Wahai  bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar “.(103). Ketika keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).(104). Dan Kami panggillah dia: “Wahai Ibrahim,(105). Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (106). Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (107). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.(108). Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang Kemudian( 109). (iaitu)”Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”.(110). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. [ Al Hajj : 99-110 ].

Kedua : sesungguhnya menyembelih haiwan qurban merupakan saranan  untuk berbuat baik kepada diri , keluarga  serta memuliakan tetangga, kerabat , teman- teman dan bersedekah kepada faqir miskin, sunah telah berjalan semenjak zaman Nabi SAW dalam perkara berbuat baik kepada keluarga, memuliakan tetangga dan bersedekah kepada fakir miskin pada hari raya Aidul Adha. Sesungguhnya telah diriwayatkan dengan riwayat yang  sohih dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu :
عن البراء رضي الله عنه قال 😦 خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم النحر بعد الصلاة فقال : من صلى صلاتنا ونسك نسكنا فقد أصاب النسك ، ومن نسك قبل الصلاة فتلك شاة لحم . فقام أبو بردة بن نيار فقال : يا رسول الله لقد نسكت قبل أن أخرج إلى الصلاة وعرفت أن اليوم يوم أكل وشرب فتعجلت فأكلت وأطعمت أهلي وجيراني . فقال رسول الله  : تلك شاة لحم . فقال : إن عندي عناقاً جذعةً وهي خيرٌ من شاتي لحم فهل تجزئ عني ؟ قال : نعم ، ولن تجزئ عن أحدٍ بعدك ) رواه البخاري ومسلم ، وأبو داود واللفظ له

Dari Barra’ bin Azib  berkata : ( Rasulullah SAW  berkhutbah pada Hari Raya Qurban setelah solat dengan berkata : Barang siapa yang melaksanakan solat seperti kami dan menyembelih seperti kami, maka telah benar sembelihannya. Dan barang siapa yang menyembelih sebelum solat maka itu daging kurban, lalu Abu Burdah bin Nayyar berkata : Ya Rasulullah aku telah menyembelih kurbanku sebelum keluar solat dan aku tahu kalau hari ini hari makan dan minum, maka aku segera menyembelihnya sehingga aku boleh makan dan memberi makan kepada keluarga dan tetanggaku. Maka Rasulullah berkata : itu bukan daging Qurban. Lalu dia berkata : Sesungguhnya aku mempunyai kambing yang belum cukup setahun yang lebih aku cintai, maka apakah sah sebagai kurbanku ? maka beliau berkata : Ya, namun tidak sah untuk seorang pun sesudahmu ) HR Bukhari dan Muslim.

Ketiga : Bersyukur kepada Allah atas nikmatnya yang banyak:

Kerana Allah SWT  telah mengurniakan kepada  manusia dengan nikmat yang begitu banyaknya yang tidak terhitung seperti nikmat umur yang panjang dari tahun ke tahun, nikmat iman, nikmat penglihatan, pendengaran dan harta yang kesemuanya mewajibkan kita untuk bersyukur kepada Yang Memberinya iaitu Allah SWT.  Berqurban merupakan salah satu bentuk syukur kita kepada Allah Taalaa, dimana kita bertaqarrub atau mendekatkan diri  kepada Allah dengan menitisakn darah qurban demi melaksanakan perintah Allah SAW, dimana Allah Azza Wa Jalla berfirman:
( فصلِّ لربك وانحر)

Artinya : (2. Maka dirikanlah solat kereana Tuhanmu; dan berkorbanlah)                           [QS Al Kautsar : 2]

Keempat : berkurban merupakan ibadah, dimana melaksanakannya sesuai dengan contoh Rasulullah shallawahu alaihi wasallam dengan ikhlas mengharapkan ridho Allah maka pasti Allah akan menerima kurban kita dan memberi pahala bagi kita.
Adapun hadits yang menjelaskan tentang pahala berkurban :
1493 عن عائشة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ( ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم إنها لتأتي يوم القيامة بقرونها وأشعارها وأظلافها وأن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع من الأرض فطيبوا بها نفسا )
ويروى عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: ( في الأضحية لصاحبها بكل شعرة حسنة ويروى بقرونها)

Dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda : ( tidak ada amalan manusia yang dilakukan pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah daripada titisan darah, sesungguhnya sembelihan akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya, dan kuku- kukunya dan sesungguh darah yang akan terjatuh dengan redha Allah ditempat yang diterima  Allah sebelum dia terjatuh ke bumi maka hendaklah jiwa lapang dengan Qurban (jangan benci atau terpaksa dalam berqurban)

Dan diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: (dalam Qurban pemiliknya akan mendapatkan dari setiap bulunya kebaikan, dan pada riwayat lain dengan tanduknya) (HR Turmudzi no: 1493)

Namun hadits ini dilemahkan oleh Syaikh Albani dalam Dhaif Sunan Ibnu Majah(671), Al Misykath (1470), Dhaif Jamiul Shaghir (5112). Jadi tidak bisa dijadikan sebagai hujah untuk menentukan pahalanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: