Posted by: peribadirasulullah | November 21, 2009

Menjaga Kehormatan Muslimah Solehah

Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu permata, ia adalah pembangun generasi manusia. Jika wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rosak, maka akan rosaklah generasi tersebut.

Wahai saudariku… engkaulah memikul  amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah solehah yang sejati, wanita yang sentiasa menjaga kehormatan diri. Yang menjunjung tinggi hak Rabbul Izzati. Yang setia menjalankan sunnah rasul yang dikasihi.

Wanita Berbeza Dengan Lelaki

Allah berfirman,

وَمَاخَلَقْتُ الجِنَّ وَ الإِنْسَ إِلاَّلِيَعْبُدُوْنِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Qs. Adz-Dzaariyat: 56)

Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk  perempuan dan lelaki dengan memiliki kewajiban yang sama, iaitu untuk beribadah kepada Allah. Dia telah menempatkan pemuda dan wanita pada kedudukannya masing-masing sesuai dengan kemampuannya. Dalam beberapa perkara, sebahagian mereka tidak boleh dan tidak boleh menggantikan yang lain.

Keduanya memiliki kedudukan yang sama. Dalam bidang peribadatan, secara umum mereka memiliki hak dan kewajiban yang tidak berbeza. Hanya dalam masalah-masalah tertentu, memang wujud perbezaan. Hal tersebut Allah sesuaikan dengan naluri, tabiat, dan kedudukan masing-masing.

Allah mentakdirkan bahawa lelaki tidaklah sama dengan perempuan, baik dalam bentuk penciptaan, bentuk tubuh dan susunan anggota badan.

Allah berfirman,

وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى

“Dan leaki itu tidaklah sama dengan perempuan.” (Qs. Ali Imran: 36)

Kerana perbezaan tersebut, maka Allah mengkhususkan beberapa hukum syar’i bagi kaum lelaki dan perempuan sesuai dengan bentuk dasar, keahlian dan kemampuannya masing-masing. Allah memberikan hukum-hakam yang menjadi keistimewaan bagi kaum lelaki, diantaranya bahawa lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, kenabian dan kerasulan hanya diberikan kepada kaum lelaki dan bukan kepada perempuan, lelaki mendapatkan dua kali ganda dari bahagian perempuan dalam hal harta warisan atau faraed dan lain-lain. Sebaliknya, Islam telah memuliakan wanita dengan memerintahkan wanita untuk tetap tinggal dalam rumahnya serta melayani suami dan anak-anaknya tetapi memperolehi pahala yang sama seperti apa yang dilakukan oleh suami walaupun, wanita hanya berada di rumah kerana suami dan anak-anak tidak akan sempurna ke sekolah tanpa bantuan ibu, suami tidak akan ceria di pejabat jika tidak berbekalkan tiupan semangat dari seorang isteri sebelum menuju ke pejabat.

Mujahid meriwayatkan bahwa Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa kaum lelaki bisa pergi ke medan perang sedang kami tidak dan kami pun hanya mendapatkan warisan setengah bahagian lelaki?” Maka turunlah ayat yang artinya, “Dan janganlah kamu iri terhadap apa yang dikaruniakan Allah…” (Qs. An-Nisaa’: 32)” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan lain sebagainya)

Saudariku yang solehah , hendaklah kita mengimani apa yang Allah takdirkan, bahawa lelaki dan perempuan berbeda. Yakinlah, di balik perbedaan ini ada hikmah yang sangat besar, kerana Allah adalah Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Wahai Muslimah Solehah, Wanita tidak perlu berjuang tetapi menyediakan bekalan untuk suaminya berjuang sudah mendapat pahala syahid walau pun berada di rumah.

Wanita tidak perlu ke Mekah tetapi hanya  menyapu lantai di rumah telah mendapat pahala seperti menyapu lantai di Masjid Makkah Al-Mukarramah..lihatlah penghormatan yang telah Allah kurniakan kepadamu wahai muslimah solehah.

Setiap helai dan minyak rambut yang engkau sikat dan sapukan pada kepala anak-anak Allah akan berikan  pahala setiap helai rambut mereka…

Apatah lagi jika seorang isteri turut membelanjakan sebahgian harta untuk kebahgiaan keluarga.. pasti Allah tidak lupa jasa kebaikkanmu wahai Muslimah Solehah….

Hanya Allah yang dapat memberi sesuatu yang lebih daripada apa yang kamu cita-citakan.. wahai muslimah Solehah…

Menjaga Kehormatan Dengan Berhijab

Berhijab merupakan kewajiban yang wajib ditunaikan bagi setiap wanita muslimah solehah dan juga yang tidak solehah. Hijab merupakan salah satu bentuk kemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam. Dalam mengenakan hijab syar’i haruslah menutupi seluruh tubuh dan menutupi seluruh perhiasan yang dikenakan dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Hal ini sebagaimana tercantum dalam firman Allah Ta’ala:

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (Qs. An-Nuur: 31)

Mengenakan hijab syar’i merupakan amalan yang dilakukan oleh wanita-wanita mukminah dari kalangan sahabiah dan generasi selepasnya. Merupakan kewajipan bagi wanita-wanita sekarang yang berkeyakinan  diri pada Islam untuk meneladani jejak wanita-wanita muslimah terdahulu meraka dalam berbagai aspek kehidupan, salah satunya adalah dalam masalah berhijab. Hijab merupakan cermin kesucian diri, kemuliaan yang berhiaskan malu dan kecemburuan (ghirah). Banyak wanita sekarang yang menayanhkan  diri tanpa berpakain Islam apabila  keluar di jalan-jalan dan tempat-tempat umum dengan tidak  mengenakan hijab, malah bersolek dan mendedahkan aurat  tanpa rasa malu. Sehingga  susah hendak  dibezakan diantara  wanita muslimah  dan  wanita kafir, sekalipun ada yang memakai tudung akan tetapi tudung tersebut tidak ubahnya hanyalah seperti hiasan penutup kepala.

Dari  Aisyah radhiyallahu anha berkata:

“Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:

“dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya,” (Qs. An-Nuur: 31)

“Maka mereka segera menambah kain panjang/baju labuh  mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai purdah penutup tubuh bahagian atas mereka.”

Subhanallah… jauh sekali keadaan wanita di zaman ini dengan keadaan wanita zaman sahabiah atau sahabat-sahabat.

Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa hijabatau tudung  merupakan kewajiban atas diri seorang muslimah dan meninggalkannya menyebabkan memperolehi dosa yang membinasakan dan mendatangkan dosa-dosa yang lain yang berkaitan. Sebagai bentuk ketaatan kepada Allah dan rasulNya hendaknya wanita mukminah Solehah bersegera melaksanakan perintah Allah yang telah mewajibkannya tanpa mengadakan alasan dan mendahulukan nasfu lebih dari Allah SWT.

Allah Azzawa Jalla berfirman: “Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka dan sesiapa mendurhakai Allah dan rasulNya. Maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Qs. Al-Ahzab: 36)

Mengenakan hijab atau purdah syarei mempunyai banyak kelebihan, diantaranya:

  1. Menjaga kehormatan.
  2. Membersihkan hati.
  3. Melahirkan akhlak yang mulia.
  4. Tanda kesucian.
  5. Menjaga rasa malu.
  6. Mencegah dari keinginan dan hasrat syaitaniah.
  7. Menjaga keghirahan.
  8. Dan lain-lain. Adapun untuk secara terperinci  tentang hijab dapat dilihat pada artikel-artikel yang lain.

Kembalilah ke Rumahmu

وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ

“Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu.” (Qs. Al-Ahzab: 33)

Islam telah memuliakan kaum wanita dengan memerintahkan mereka untuk tetap tinggal dalam rumahnya. Ini merupakan ketentuan yang telah Allah syariatkan. Oleh kerana itu, Allah mewajibkan  kaum wanita dari beberapa kewajiban syariat yang  lain sebagaimana  diwajibkan kepada kaum lelaki, diantaranya:

1. Digugurkan baginya kewajiban menghadiri solat jum’at dan solat jamaah.

2. Kewajiban menunaikan ibadah haji bagi wanita disyaratkan dengan disertakan mahramnya.

3. Wanita tidak wajib  berjihad di medan jihad.

Sedangkan keluarnya mereka dari rumah adalah rukhshah (kelonggaran) yang diberikan kerana keperluan dan darurat. Maka, hendaklah wanita muslimah tidak kerap keluar rumah, apatah lagi dengan berhias atau memakai wangi-wangian sebagaimana halnya dengan  wanita-wanita jahiliyah dan kafir.

Perintah untuk tetap berada di rumah merupakan hijab /perlindungan bagi kaum wanita dari menayangkan  diri di hadapan lelaki yang bukan mahram dan mengelakkan pergaulan yang bercampur dengan lelaki. Apabila wanita menayangkan diri di hadapan lelaki yang bukan mahram maka ia wajib mengenakan hijab atau purdah yang menutupi seluruh tubuh dan perhiasannya. Dengan menjaga hal-hal ini, maka iaakan wujud berbagai matlamat dan tujuan syariat, iaitu:

  1. Terpelihara dengan apa yang menjadi tuntunan fitrah dan kedududkan manusia merupakan pembahagian yang adil diantara hamba-hambaNya iaitu kaum wanita memegang urusan rumah tangga sedangkan lelaki menangani pekerjaan di luar rumah.
  2. Terpeliharanya tujuan syariat bahawa masyarakat Islami adalah masyarakat yang tidak bercampur baur. Kaum wanita memiliki tugas khusus iaitu di dalam rumah sedang kaum laki-laki memiliki tugas tersendiri, iaitu di luar rumah.
  3. Memfokuskan kaum wanita untuk melaksanakan kewajibannya di dalam rumah tangga dan mendidik generasi masa depan.

Islam adalah agama fitrah, dimana kemaslahatan umum seiring dengan fitrah manusia dan bidang-bidang yang telah disediakan. Islam tidak membenarkan bagi kaum wanita untuk bekerja di luar rumah kecuali pekerjaan yang sesuai dengan fitrah, tabie  dan sifat kewanitaannya. Kerana seorang perempuan adalah seorang isteri yang bertanggungjawab memikul  tugas mengandung, melahirkan, menyusui, mengurus rumah, membelai anak, mendidik generasi ummah di madrasah/sekolah mereka yang pertama, iaitu: ‘Rumah’.

Bahaya Tabarruj Model Jahiliyah

Bersolek merupakan fitrah bagi wanita pada umumnya. Jika bersolek di depan suami, orang tua atau teman-teman sesama wanita maka hal ini dibolehkana. Namun, wanita sekarang umumnya bersolek dan menampakkan sebahagian anggota tubuh serta perhiasan di tempat-tempat umum. Padahal di tempat-tempat umum banyak terdapat lelaki tidak  mahram yang akan memperhatikan mereka dan kejelitaan yang dipamerkannya adalah  disebut dengan tabarruj model jahiliyah.

Di zaman sekarang, tabarruj model ini merupakan hal yang sudah dianggap biasa, padahal Allah dan RasulNya telah  mengharamkannya secara keras.

Allah berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah).” (Qs. Al-Ahzab: 33)

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata: “Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: yang ertinya: “Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Ciri-ciri  tabarruj model jahiliyah diantaranya:

  1. Menampakkan sebagian anggota tubuhnya di hadapan lelaki bukan  mahram.
  2. Menampakkan perhiasannya, samada  semua atau sebahagian sahaja.
  3. Berjalan secara disengajakan atau dibuat-buat.
  4. Mendayu-dayu dalam berbicara terhadap lelaki bukan mahram.
  5. Menghentak-hentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang tersembunyi pada kakinya.

Pernikahan, Mahkota Kaum Wanita

Nikah atau kahwin merupakan sunnah para Nabi dan Rasul serta jalan hidup orang-orang mukmin. Nikah atau kahwin merupakan perintah Allah kepada hamba-hambaNya:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Qs. An-Nuur: 32)

Pernikahan merupakan sarana untuk menjaga kesucian dan kehormatan baik lelaki mahupun perempuan. Selain itu, nikah dapat mententeramkan hati dan mencegah diri dari dosa (zina). Hendaknya nikah dilakukan dengan niat kerana mengikuti sunnah nabi sallallahu alaihi wa sallam dan untuk menjaga agama serta kehormatannya.

Tidaklah baik bagi wanita mukminah bercita-cita untuk hidup membujang. Membujang dapat menyebabkan hati sentiasa gelisah, terjerumus dalam banyak dosa dan menyebabkan terjatuh dalam kehinaan.

Kemaslahatan-kemaslahatan pernikahan atau tujuan disyariatkan nikah:

  1. Menjaga keturunan dan mewarisi  kehidupan manusia.
  2. Menjaga kehormatan dan kesucian diri.
  3. Memberikan ketenteraman bagi dua insan. Ada yang dilindungi dan melindungi. Serta melahirkan kasih sayang bagi keduanya.

Demikianlah beberapa perkara yang harus diperhatikan oleh setiap muslimah Solehah agar dirinya tidak terjerumus ke lembah dosa dan kemaksiatan serta  tidak menjerumuskan orang lain ke dalam dosa dan kemaksiatan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: