Posted by: peribadirasulullah | November 7, 2009

Peguam Amerika Masuk Islam

Peguam  Amerika Masuk Islam

Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk . . . ” (QS. Al-A’raf: 178)

Gambaran ayat di atas terlihat pada disi seorang peguam berasal dari Amerika. Mark Shaffer namanya. Dia menzahirkan  keislamannya pada Sabtu, 17 Oktober 2009 yang lalu. Saat itu Mark sedang bercuti  ke Saudi Arabia untuk mengunjungi beberapa kota terkenal seperti Riyadh, Najran, dan Jeddah selama 10 hari.

Mark adalah seorang peguam terkenal  di Los Angeles Amerika Serikat, khususnya berkaitan hukum. Kes paling  besar terakhir yang ditanganinya ialah berkaitan  dengan penyanyi pop terkenal Amerika Michel Jackson  sebelum ia meninggal.

Menurut pengakuannya, yang mengilhaminya masuk Islam adalah dorongan pribadinya yang kuat mengenal Islam. Dan setelah membaca maklumat yang benar tentangnya, dia yakin bahawa Islam adalah agama yang benar.

Sebenarnya, Mark sudah memiliki sedikit pengetahuan tentang Islam. Dan ketika berada di Saudi dan menyaksikan langsung kehidupan kaum Muslimin, khususnya ketika mereka solat berjamaah, dorongan untuk lebih mendalami Islam semakin kuat.

Seorang pemandu pelancung yang menemani Mark selama 10 hari di Saudi, Dhawi Ben Nashir menjadi saksi perjalanan keislaman Mark Shaffer. Ben Nasher menceritakan bahawa Mark mulai bertanya-tanya padanya tentang Islam sejak pertama kali menjejak  kakinya di Arab Saudi.

Apabila sampainya di Saudi, Mark menginap di kota Riyadh selama dua hari. Selama itu, Mark sangat yakin pada Islam.

Setelah bercutu di Riyadh, Mark pindah ke Najran terus ke Abha dan Al-Ula. Di sana minat pada Islam sangat nyata. Ketika itu, dia sedang bercuti ke padang pasir.

Di sana, dia melihat tiga pemuda Saudi yang mendampinginya sedang solat di atas banjaran padang pasir yang amat luas. Sungguh sebuah pemandangan yang sangat menakjubkan baginya.

Ben Nasher melanjutkan ceritanya, “Setelah dua hari di Al-Ula, kami, pergi ke Al-Juf. Sesampai di Al-Juf, Mark minta diberikan kepadanya buku-buku tentang Islam. Lalu saya berikan beberapa buku tentang Islam. Semua buku tersebut dibaca sehingga habis oleh Mark. Esok paginya, dia meminta saya mengajarkannya solat. Saya pun mengajarkannya solat dan bagaimana cara berwudhuk. Lalu dia ikut solat di samping saya.”

Setelah ikut solat bersamanya, Mark merasakan jiwanya sangat tentram. Sebuah kenikmatan yang tidak boleh  dibayangkannya.

Pada pagi Khamis, Mark dan pemandu pelancung meninggalkan Al-Ula menuju kota Jeddah. Selama dalam perjalanan dia terlihat serius sekali membaca buku-buku tentang Islam. Dan pada pagi Jumaat, mereka mengunjungi kota tua Jeddah.

Setelah ikut solat bersamanya, Mark merasakan jiwanya sangat tentram. Sebuah kenikmatan yang tidak boleh dibayangkannya.

Sebelum waktu solat Jumaat tiba, mereka kembali ke hotel. Ben Nasher minta izin untuk solat Jumaat. Saat itu Mark hendak ikut bersamanya untuk solat Jumaat agar boleh menyaksikannya bagaimana solat Jumaat dilakukan. “Welcome…,” jawab Ben Naher dengan semangat.

“Apabila Kami  pergi ke sebuah masjid yang tidak jauh dari hotel tempat kami menginap di Jeddah. Kerana agak terlambat, saya dan sebahagian jamaah solat di luar masjid kerana jamaahnya yang melimpah. Terlihat Mark mengamati jamaah apalagi setelah selesai solat Jumaat, mereka saling bersalam-salaman dengan wajah yang ceria dan gembira. Mark semakin kagum dengan pemandangan tersebut,” tutur Ben Nasher.

Setelah pulang ke hotel, tiba-tiba Mark menyampaikan kepada Ben Nasher tentang keinginannya untuk masuk Islam. Ben Nasher pun menyambutnya dengan gembira, “Silakan Anda mandi terlebih dulu,” jawabya.

Setelah mandi, Ben Nasher membimbing Mark mengucapkan dua kalimat syahadat lalu solat sunnah dua rakaat. Setelah itu, Mark memberitahu keinginannya untuk mengunjungi Masjid Haram di Makkah dan solat di sana sebelum dia meninggalkan Saudi Arabia.

Agar dapat memasuki kota Makkah dan Masjidil Haram, Mark ditemani Ben Nasher pergi ke Pejabat  Dakwah dan Irsyad di kawasan Al-Hamro’ Jeddah untuk mengambil bukti atau kad  keislamannya. Lalu Mark diberi sijil sementara masuk Islam. Kerana beberapa anggota kru yang mengikuti kunjungan Mark ke Saudi Arabia sudah harus kembali ke Amerika pagi Sabtu. Al-Hamdullah, Ustadz Muhammad Turkistan bersedia mengantarkan Mark ke tanah haram Mekah pagi itu juga.

Semasa kunjungan Mark ke Masjidil Haram, Ustazd Muhammad Turkistan menceritakan, “setelah Mark mendapatkan sijil Islam sementara kami pun terus berangkat menuju Masjidil Haram yang mulia. Ketika dia menyaksikan Masjidil Haram, jelas sekali wajahnya sangat cerah dan memancarkan kegembiraan yang luar biasa. Ketika kami masuk ke dalam Masjidil Haram dan menyaksikan secara langsung Kaabah, kegembiraannya semakin bertambah. Demi Allah saya tidak boleh mengungkapkannya dengan lidah akan pemandangan tersebut. Setelah dia tawaf mengelilingi Kaabah yang mulia, kami solat sunat dan kemudian keluar dari Masjid Haram. Saya lihat Mark sangat berat untuk berpisah dengan Masjid Haram.”

Setelah Mark mengumumkan keislamannya, dia sempat mengungkapkan kebahagiaanya pada rombongan  Al-Riyadh sambil berkata, “Saya tidak sanggup mengungkapkan perasaan saya saat ini. Sekarang saya baru dilahirkan kembali dan kehidupan saya baru dimulai…” Mark menambah, “saya sangat bahagia. Kebahagiaan yang saya rasakan tidak sanggup saya ungkapkan pada Anda saat saya berkunjung ke Masjidil Haram dan Kaabah yang mulia.”

Setelah menjadi seorang muslim, Mark bertekat akan lebih serius mendalami Islam dan akan kembali lagi ke Saudi Arabia untuk menunaikan ibadah Haji.

Pagi Ahad 18 Okteber 2009, Mark meninggalkan Bandar King Abdul Aziz Jeddah menuju Amerika. Sebelum meninggalkan Jeddah, saat mengisi borang  imigrisen, Mark mencatitkan agamanya adalah AGAMA ISLAM.

Selamat jalan saudaraku . . . semoga Allah senantiasa menjagamu dan memilihmu untuk menjadi duta Islam di Amerika. Semoga Allah menganugerahkan hidayah kepada rakyat Amerika melalui tanganmu. Membuka mata hati pemimpin negerimu melalui sebab dirimu. .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: