Posted by: peribadirasulullah | Oktober 18, 2009

CARA MENGHASILKAN KHUSYUK DALAM SOLAT

CARA MENGHASILKAN KHUSYUK

Huzaifah pernah berkata: Apa yang mulai hilang dari agama kamu  adalah khusyuk dan apa yang paling akhir hilang dari agama kamu adalah solat, ramai orang solat tetapi tidak ada kebaikan pada mereka, kamu  akan masuk ke dalam masjid dan tidak ada lagi orang khusyuk  dalam solat'” (al-Madarij 1/521).

Allah berfirman :

حَـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ.

Peliharalah segala solat [mu], dan [peliharalah] solat wusta [1]. Berdirilah kerana Allah [dalam solatmu] dengan khusyuk. (al-Baqarah: 238)

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45)

Dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan [mengerjakan] solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu terlalu berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (al-Baqarah: 45)

Khusyuk merupakan kekuatan solat. Tanpa khusyuk solat seakan tidak mempunyai makna bagi pelakunya, kerana solat hanya berupa amalan budaya yang rutin tanpa kenikmatan dan tanpa ada rasa hikmah  di dalamnya.

Menghancurkan dan merusak khusyukan dalam solat adalah salah satu misi syaitan di dunia ini. Firman Allah dalam menceritakan misi syaitan tersebut:

ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)

Kemudian aku akan mendatangi mereka dari pihak hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (al-A’raaf: 17)

Rasulullah s.a.w. bersabda

قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أول شيء يرفع من هذه الأمة الخشوع ، حتى لا ترى فيها خاشعا .)

Yang pertama akan hilang ari umatku adalah khusyuk  hingga kamu  tidak lagi melihat orang khusyuk. (H.R. Tabrani. Sahih)

Huzaifah pernah berkata: Apa yang pertama hilang dari agama kamu adalah khusyuk  dan apa yang paling akhir hilang dari agama kamu  adalah solat, banyak orang solat tapi tidak ada kebaikan pada mereka, kamu  nanti akan masuk masjid dan tidak ada lagi orang khusyuk ” (al-Madarij 1/521).

Maka khsyuk ini juga merupakan salah satu sifat orang beriman. Allah berfirman:

{ قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون }

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (1) [yaitu] orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Ibnu Katsir mengatakan: khusyuk  adalah tidak bergerak, tenang, penuh tawadluk kerana disebabkan takut kepada Allah dan perasaan diawasi Allah. Khusyu’k adalah kesesadaran hati seakan berdiri di depan  Allah dengan penuh penghormatan dan pengabdian. (al-Madarij 1/520).

Tempat khusyuk adalah di dalam hati dan membekas ke seluruh tubuh manusia. Kalau hati sudah tidak khusyuk  maka seluruh anggota tubuh tidak lagi beribadah secara serius kerana hati ibarat komandannya dan anggota badan adalah tenteranya.

Khusyuk juga menjadi bukti keikhlasan.  Kerana hanya mereka yang ikhlas  beribadah kerana Allah dan solat keranaNya yang dapat melakukan khusyuk secara sempurna. Tanpa keikhlasan, maka seseorang hanya melakukan kekhusyukan yang palsu .

Ibnu Qayyim mengatakan ada dua jenis khusyuk yaitu khusyuk  iman dan khusyuk munafik. khusyuk Iman adalah hatinya menghadap Allah dengan penghormatan, pengagungan, ketenangan, penuh harapan dan rasa malu, lalu hatinya penuh dengan cinta dan pengakuan kepada Allah yang membekas ke seluruh anggota badannya.

Adapun khusyuk munafik adalah fisiknya khusyuk tetapi hatinya tidak. Para sahabat sering berdoa: Ya Allah lindungilah aku dari khusyuk munafik. (Ruh 314).

Ulama mengatakan bahawa hukum khusyuk adalah wajib, kerana banyak dalil yang menganjurkan khusyuk dan mencela orang yang tidak khusyuk dalam solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lima solat yang diwajibkan oleh Allah, barang siapa memperbaiki wuduknya dan melaksanakan solat pada waktunya, menyempurnakan rukuknya dan kekhusyukannya, maka ia mendapatkan janji Allah untuk mengampuninya. Barang siapa tidak melakukan itu, maka ia tidak mendapatkan janji Allah, Jika  Allah berkehendak maka Mengampuninya, Jika  Allah berkehendak maka akan menyiksanya.” (H.R. Abu Daud – sahih)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda:  ” Barang siapa berwuduk dan memperbaiki wuduknya kemudaian ia solat dua rakaat,  ia menumpukan hati dan wajahnya (dan tidak diganggu oleh nafsunya), maka ia akan diampuni dosanya yang telah telah dilakukan. (H.R. Bukhari).

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda: ” Banyak sekali orang yang solat hanya mendapatkan penat berdiri” (H.R. Nasai: hasan).

Tip menghadirkan khusyuk  dalam sholat

Menghadirkan khusyuk dalam solat dalam dilakukan melalui dua cara.

Pertama:  amalan-amalan yang mampu merangsang kekhusyukan dan kedua: menghilangkan hal-hal yang merusakan  kekhusyukan.

Amalan-amalan yang membantu kepada kekhusyukan adalah seperti berikut :

  1. Persiapkan diri untuk solat. Iaitu dimulai dengan mendengarkan azan dan mengikutinya, berdoa dengan doa azan, memperbaiki wuduk, berdoa setelah wuduk, melakukan siwak sebelum solat, mempesiapkan pakaian solat, tempat solat dan menunggu waktu solat. Bukan tergesa-gesa melakukan solat .
  2. Tomakninah: iaitu berhenti sejenak pada setiap rukun-rukun solat. Dalam hadis diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. ketika solat, beginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan beliau kembali pada tempatnya. (H.R. Abu Dawud dll.) Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seburuk-buruk pencuri adalah pencuri solat. Bagaimana itu wahai Rasulullah, tanya sahabat. “Mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. (H.R. Ahmad dan Hakim: sahih). Seseorang tidak akan boleh khusyuk tanpa tomakninah ini kerana cepatnya pergerakan solat telah menghilangkan kekhusyukan dan penumpuan hati.
  3. Ingat kematian ketika solat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:”Ingatlah mati saat kamu solat, sesungguhnya seseorang yang ingat mati ketika solat maka ia akan memperbaiki solatnya dan solatlah seperti solatnya orang yang mengira itu solatnya yang terakhir” (Dailami: sahih). Rasul juga pernah berpesan kepada Abu Ayub r.a. “Solatlah seperti solatnya orang yang memgucap selamat tinggal ” (Ahmad: sahih).
  4. Tadabbur (menghayati) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca ketika solat, begitu juga zikir-zikir dan bacaan solat lainnya lainnya serta menyerapkannya dalam diri orang yang melakukan solat.

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29)

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Shad:29).

Dari Huzaifah r.a. :Aku solat di belakang Rasulullah s.a.w., satu malam. Baginda membaca dengan tenang. Ketika melalui ayat di dalamnya ada tasbih, baginda bertasbih, ketika melalui  ayat permintaan baginda meminta dan ketika melalui ayat minta perlindungan, baginda pun meminta perlindungan” (Muslim).

Tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-ayat Allah merupakan pengantar kekhusyukan. Begitu juga menangis saat mendengar atau membaca ayat-ayat Allah. Allah berfirman:

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

Dan mereka menunduk  atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Isra’:109).

Atok pernah bertanya kepada Aisyah r.a.: ceritakan kepadaku apa yang paling kamu kagumi dari Rasulullah, lalu Aisyah menangis. Suatu malam Rasulullah s.a.w. berdiri untuk solat, baginda berkata: Wahai Aisyah biarkan aku menyembah Tuhanku. Sesungguhnya aku senang bersamamu dan aku senang menyenangkanmu”. Lalu beliau pun bangun dan solat, lalu baginda solat sambil menangis sehingga lantai bilikku basah kerana air mata baginda. Lalu berkumandanglah azan Bilal untuk subuh, ketika Bilal melihat mata Rasulullah basah kerana menangis, Bilal pun bertanya:”Wahai Rasulullah, untuk  apa sebab engkau menangis padahal Allah telah mengampunimu dosamu yang lalu dan yang akan datang? Rasul menjawab: Wahai Bilal aku lebih suka untuk menjadi hamba yang banyak bersyukur. Malam ini diturunkan kepadaku ayat yang ruglilah orang yang membacanya dan tidak menghayatinya, iaitu ayat Ali Imran 190-194. (Ibnu Hibban:sahih).

  1. Membaca ayat satu-satu. Ini juga boleh membantu kepada khusyuk kerana menumpukan kepada pemahaman dan penghayatan. Umi Salamah berkata bahwa Rasulullah membaca fatihah dalam solat dengan basmalah, lalu berhenti lalu membaca hamdalah lalu berhenti lalu membaca Arrahmaanirrahiiim dan seterusnya. (Abu Daud: sahih).
  2. Memperindah bacaan Al-Quran dan tartil dapat membantu kepada kekhusyukan. Allah berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ  قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬   نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً    أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً

Wahai  orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [iaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al- Quran itu dengan perlahan-lahan. (Muzammil 1-4)

Rasulullah s.a.w. berpesan:”Perindahlah Al-Qur’an dengan suaramu yang merdu kerana suara yang indah akan memperindah Al-Quran” (Hakim:sahih). Dalam hadis  lain beliau bersabda:”Sesungguhnya seindah-indah suara orang membaca Al-Quran, adalah kalau ia membaca maka orang-orang yang mendengarnya akan takut kapada Allah. (Ibnu Majah: sahih).

  1. Beranggapan bahawa ketika solat ia sedang menghadap kepada Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesungguhnya kamu apabila solat maka sesungguhnya ia sedang bermunajat  (bertemu) dengan Tuhannya, maka hendaknya ia mengerti bagaimana bermunajat dengan Tuhan.           Hakim: sahih).
  2. Memperhatikan dinding depan solat. Sebaiknya ketika solat menghadap dinding depan, misalnya dinding atau pembatas yang kosong. Tujuannya adalah agar pandangan mata kita tidak terganggu oleh objek-objek yang mengganggu penumpuan kita. Rasulullah s.a.w. bersabda” Hendaklah kamu  ketika solat menaruh penghadang di depannya agar syaitan tidak memutuskan solatnya”(Abu Daud: sahih). Sebaiknya penghadang tersebut berjarak tiga jengkal dari tempatnya berdiri dan sejengkal dari tempat sujudnya. (Fathul Bari).
  3. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami para nabi diperintahkan agar dalam solat meletakkan tangan kanan di atas atas tangan kiri (Thabrani:sahih). Imam Ahmad menjelaskan bahawa tujuannya adalah agar kita menundukkan diri di depan Allah dengan khusyuk. Ibnu Hajar mengatakan bahawa sikap seperti itu adalah sikap seorang yang meminta dengan merendahkan diri dan sikap seperti itu lebih memberi kepada kekhusyukan.
  4. Mengarahkan pandangan mata pada tempat sujud. Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. ketika solat beliau menundukkan kepalanya dan pandangannya tertuju ke tempat sujud. (Hakim:sahih). Begitu juga ketika beliau memasuki Kaabah baginda tidak memalingkan pandangannya dari tempat sujudnya hingga keluar dari Kaabah”. (Hakim: sahih).

Bagaimana dengan pendapat sebahagian orang yang melakukan solat dengan memejamkan mata dengan alasan  itu boleh  membantu kepada kekhsyukan. Sesungguhnya itu bertentangan dengan contoh yang diberikan Rasulullah s.a.w. Beliau diriwayatkan tidak pernah solat dengan memejamkan mata. Namun demikian para ulamak berbeza  pendapat mengenai masalah itu. Imam Ahmad mengatakan memejamkah mata ketika solat hukumnya makruh kerana itu kebiasaan orang Yahudi. Sebahagian ulamak  mengatakan tidak makruh asalnya demi tujuan baik, misalnya kalau tidak memejamkan mata terganggu oleh objek-objek visual yang ada di depannya atau di sekitar tempat solat, maka memejamkan mata pada keadaan seperti ini diharuskan.

  1. Sebagian ulama melihat bahawa mempelbagaikan  bacaan solat dapat membantu kepada kekhusyukan kerana menciptakan suasana baru dalam melaksanakan solat. Contohnya lagu bacaan doa iftitah, rukuk, sujud, Iktidal, duduk antara dua sujud dan tashahhud ada beberapa riwayat sahih yang berbeza-beza. Membacanya dengan lagu yang berbeda-beda dapat mempersegar suasana solat dan membatu kepada kekhusyukan. Begitu juga bacaan-bacaan surat setelah fatihah dapat dilakukan dengan nada ayat yang berbeza-beza.
  2. Disunnahkan membaca taawwuz (أغوذ بالله من الشيطان الرجيم) ketika merasakan ada gangguan penumpuan dalam solat. Konon ketika seorang hamba hendak melaksanakan solat, syaitan menurunkan pasukannya yang disebut Khanzab untuk mengganggu orang solat. Abi ‘Ash r.a. berkata kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah syaitan telah mengganggu solatnya dan mengganggu  bacaannya, Rasulullah bersabda: Itu syaitan bernama Khanzab kalau kamu merasakannya maka bacalah taawuz lalu tiuplah ke kiri tiga kali”. Ia pun melakukannya dan syaitan tidak lagi mengganggunya. (Muslim). Rasulullah juga mengingatkan: Kalau kamu solat maka datanglah syaitan mengganggu kamu, sehingga kamu lupa hitungan rakaatnya. Kalau kamu merasakannya maka sujudlah dua kali ketika ia duduk (Bukhari). Rasulullah juga mengingatkan bahwa Syaitan datang kepada kamu ketika solat lalu membuka tempat duduk kamu, lalu ia mencipta sesuatu  agar dia ragu seperti kentut atau tidak, jika kalian merasakan  itu janganlah membatalkan solat hingga dengar suara atau mencium bau (Thabrani: sahih). Bahkan konon syaitan juga menganggu orang yang solat dengan isu-isu kebaikan seperti masalah dakwah, masalah sunnah, masalah keilmuan dan politik agar solatnya tidak lagi mendapat tumpuan.
  3. Bacalah cerita orang soleh terdahulu bagaimana mereka khusyuk dalam solatnya. Ali r.a. ketika hendak solat maka mukanya berubah, lalu ia ditanyai tentang itu, beliau menjawab: datang waktu ketika amanah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka menolak tetapi aku kini menanggungnya. Konon mereka ketita solat memerah wajahnya kerana takut  menghadap Allah. Salah seorang sahabat diceritakan terkena panah ketika berperang, lalu ia minta agar dicabut ketika ia solat kerana ketika  itu ia lupa semuanya dan hanya ingat kepada Allah.
  4. Berdoa dalam solat, khususnya saat sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Nilai paling berharga antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah doa ” (Muslim).
  5. Zikir setelah solat. Setelah melaksanakan solatnya hendaknya seorang hamba melakukan zikir selesai solat  untuk memperkuat dan menyempurnakan solatnya. Tentu sahaja tidak hanya zikir dalam lisan tapi juga diresapi makna dan kandungannya.

Perkara-perkara yang mengganggu kekhusyukan :

1.Membersihkan tempat solat dari perkara yang mengganggu penumpuan solat seperti gambar-gambar dan hiasan yang menarik perhatian orang solat. Aisyah r.a. pernah mempunyai kelambu di rumahnya berwarna-warni, lalu Rasulullah memintanya agar membungnya  kerana ia mengganggu solat baginda. (Bukhari). Maka kalau boleh lakukan solat di tempat yang jauh dari kebisingan dan banyak orang lalu lalang, tempat berbual, lebih-lebih lagi tempat hiburan  kerana itu akan mengganggu kekhusyukan dalam solat. Begitu juga supaya  tempat solat tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Rasulullah s.a.w. mengarahkan agar para sahabat melakukan solat zohur ketika cuaca agak redup.

2. Memakai pakaian yang  banyak warna. Kerana itu akan menarik pandangan orang lain solat  dan mengganggu penumpuan dalam solat. Rasulullah pernah solat dan terganggu dengan kelambu Aisyah yang berwarna-warni lalu beliau memintanya kelmbu tersebut diturunkan. (Bukhari dll.).

3.Hindari solat di waktu makan. Rasulullah s.a.w. bersabda ” Tidak baik solat di hadapan makanan” (Muslim). Riwayat lain mengatakan “Ketika hidangan makan malam sudah siap dan datang waktu solat, maka dahulukan makan malam” (Bukhari).

4.Hindari menahan buang air besar, kecil dan kentut. Rasulullah s.a.w. melarang solat sambil menahan buang air kencing (Ibnu Majah:sahih). Riwayat lain mengatakan bahawa Rasululllah s.a.w. bersabda kalau kamu solat sedangkan kamu  ingin ke tandas  maka pergilah ke tandas duhulu (Abu Daud : sahih).

5.Hindari solat dalam keadaan terlalu mengantuk. Rasulullah s.a.w. bersabda “Jika kamu solat dan mengantuk maka tidurlah hingga ia memahami apa yang diucapkan” (Bukhari). Riwayat lain dengan tambahan: ditakutkan ketika kamu mengantuk dan melakukan solat maka ia tidak sedar kehendaknya memohon  keampunan Allah tetapi kamu mengumpat dirinya. (Bukhari)

6.Hindari solat di tempat yang tidak rata atau tidak bersih kerana ia akan menganggu konsentrasi atau penumpuan ketika sujud. Rasulullah s.a.w. bersabda “Janganlah kamu membersihkan tempat sujudmu (dari anak batu) ketika solat, jika terpaksa lakukannya maka  cukup sekali sahaja (Abu Daud:sahih).

7. Jangan membaca terlalu kuat sehingga mengganggu orang solat di sebelah kita. Rasulullah s.a.w. bersabda “Ingatlah bahawa kamu semua mengadap Allah, janganlah mengganggu orang lain,  jangan membaca lebih kuat dari saudaranya dalam solat”  (Abu Daud: sahih).

8.Jangan menoleh-noleh dalam solat. Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa menoleh-nolehdalam solat adalah merupakan gangguan syaitan. (Bukhari). Dalam hadis lain dikatakan  “Allah sentiasa melihat hambanya ketika solat selama ia tidak menoleh, Jika kita menoleh atau berpaling wajah  maka Allah meninggalkannya ” (Abu Dawud: sahih).

9.Jangan melihat ke arah atas. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Ada orang-orang solat sambil menghadap ke atas, mudah-mudahan matanya tidak boleh tunduk kembali” (Ahmad:sahih)

10.Menahan mulut ketika ingin menguap. Sabda Rasulullah s.a.w. Ketika kamu menguap dalam solat, maka tahanlah sekuatnya kerana syaitan akan masuk ke mulut kamu” (Muslim).

11. Jangan solat seperti sifat binatang. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. melarang solat seperti patukan burung gagak, duduknya seperti harimau dan menjalankan ibadah di tempat yang seperti kandang unta (Ahmad: sahih).

Akhirnya, khusyuk ini berat tetapi dapat kita jalankan melalui latihan dan membiasakan diri. Salah satu cara supaya agar kita dapat melakukan khusyuk dengan mudah adalah dengan memperbanyakan doa:

اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ ، اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا طَهَّرْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ ، وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ ذُنُوبِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ ، وَنَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ ، وَدُعَاءٍ لاَ يُسْمَعُ ، وَعِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ هُؤُلاَءِ الأَرْبَعِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِيشَةً نَقِيَّةً وَمَيْتَةً سَوِيَّةً وَمَرَدًّا غَيْرَ مُخْزٍى.


Responses

  1. saya rasa best bile membace kesah2 ny.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: