Posted by: peribadirasulullah | September 29, 2009

JANGAN LAKUKAN DOSA KECIL

الحديث رواه الطوسى

لا تنظر إلى صغر الخطيئة ولكن أنظر إلى من عصيت

Jangan kamu memandang kepada kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu lakukan dosa.

Nota:

Sesungguhnya kita tidak layak mempersembahkan dosa kepada Allah SWT, walaupun sekecil-kecil dosa kerana Allah SWT sentiasa berbakti kepada kita. Allah SWT ciptakan segala nikmat adalah untuk hambanya, kasih sayang Allah SWT terbukti apabila Allah SWT mencipta segala jenis makan yang halal untuk hambaNya, sedangkan lain-lain makhluk tidak dapat merasai nikmat seperti manusia. Kenapa kita membalasi nikmat Allah SWT dengan dosa.

Kenapa kita tidak mempersembahkan Pujian kepadaNya apabila kita menerima dan menikmati nikmat permberian Allah SWT?.

Kenapa kita tidak mensucikan Allah SWT dengan Tasbih setiap kali kita mendengar azan yang dilaungkan?

Kenapa kita tidak memeohon keampunan kepada Allah SWT dalam keadaan tidak berdosa seperti mana Rasul-Rasul utusan Allah SWT?

Kenapa kita memohon keampunan dan kemaafan daripada Allah SWT setelah kita melakukan dosa?

Kenapa kita memohon nikmat yang lain daripada Allah SWT, apakah nikmat yang kita guna sekarang tidak mencukupi ?

Sesungguhnya manusia sentiasa memandang rendah di atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan dan sentiasa memandang dosa yang manusia lakukan terhadap Allah SWT  terlalu kecil serta tidak memberi kesan kepada kemurkaan Allah SWT.

Setiap dosa yang kita lakukan samada kecil atau besar, ianya menyebabkan nama kita tercatit dalam senarai ahli neraka yang layak diazab oleh Malik Zabaniah yang tidak memiliki perasaan Ihsan. Nauzubillah Min Zalik.


Responses

  1. salam…boleh huraikan lagi tak..so ringkas tentang jgn lakukan dosa kecil..di sini blh anak2 muda tengok seperti saya ni…kna terang lgi jelas…

    • saya dah edit.

  2. terima kasih=)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: