Posted by: peribadirasulullah | September 22, 2009

NASIHAT (GAMBARAN) KESALAHAN DALAM SOLAT

JIKA TELIFON BERBUNYI JANGAN MENJAWAB TELIFON KERANA MENGGANGGU SOLAT PARA JEMAAH ATAU MENJAWAB TELIFON ADALAH MEMBATALKAN SOLAT.

DALAM SATU WAKTU SOLAT SEBAIKNYA SATUKAN JEMAAH DAN JANGAN  ADAKAN DUA JEMAAH DALAM SATU MASJID PADA WAKTU YANG SAMA.

JANGAN PUTUSKAN SAF MALAH DISUNATKAN SAF DIRAPAT-RAPATKAN.KERANA SYAITAN JUGA DATANG KEMASJID UNTUK MENGGANGGU ORANG YANG SOLAT TANPA KHUSYUK,DIA AKAN BERDIRI DICELAH-CELAH SAF YANG TERPUTUS DAN MEMULAKAN BISIKKAN DALAM HATI ORANG BERADA DI SAF YANG PUTUS.

JIKA PERLU QADA’ HAJAT DAHULUKAN QODA’ HAJAT KERANA MAKRUH SOLAT DALAM KEADAAN BEGINI. KERANA SOLAT  DALAM KEADAAN BEGINI  TIDAK SELESA DAN TIDAK MENGHASILKAN KETENANGAN.

DISUNATKAN LETAK TANGAN KANAN DIATAS TANGAN KIRI DAN KEDUA-DUA TANGAN TANGAN DILETAKKAN DITENGAH-TENGAH DADA.

DISUNATKAN MENGAMINKAN FATIHAH IMAM SEKADAR DIDENGARI SAHAJA BUKAN SEHINGGA MENGGANGGU ORANG LAIN ATAU MEMANJANGKAN LAFAZ AMIN SEHINGGA BERLEBIHAN.SOLAT BUKAN TEMPAT BERGURAU ATAU MENGEJEK-NGEJEK ALLAH SWT.

JANGAN MEMANDANG KE ATAS KETIKA SOLAT TETAPI PANDANGLAH TEMPAT SUJUD.

SETENGAH DARIPADA UMAT ISLAM DIA LUPA BAHAWA DIA MASIH BERADA DI MASJID WALAUPUN SUDAH SELESAI SOLAT,OLEH YANG DEMIKIAN JANGAN BERBUAL SELAGI BERADA DI MASJID KERANA  MASIH ADA ORANG LAIN YANG BERZIKIR DAN SEDANG SOLAT SUNAT.JIKA HENDAK BERBUAL, MULAKAN PERBUALAN KETIKA BERADA DI LUAR MASJID ATAU DILUAR KAWASAN MASJID..

Jangan lalu dihadapan orang sedang solat. kerana Rasulullah melarangnya.TERDAPAT HADIS HALAL DARAH MEREKA YANG LALU DI HADAPAN ORANG SEDANG SOLAT.

Berilah penghormatan kepada Rumah Allah atau Masjid. Jangan datang ke masjid dengan pakaian bertulis USA. ADIDAS. COCO-COLA dan sebagainya yang ada kaitan dengan YAHUDI dan AMERIKA, Selarikan kandungan hati/Aqidah dengan pakaian, jangan jadi MUNAFIQ, diluar solat menentang syaitan tetapi semasa solat mengiklankan syaitan pada pakaian kita. Datanglah ke masjid dengan pakain yang bersih kerana Rumah Allah hanya untuk mereka  bersih lagi bersopan pada pakaian dan hati.

Jangan berdoa terlalu kuat, walaupun disunatkan berdoa dalam solat dengan bahasa arab atau doa-doa yang terkandung dalam Al-Quran ketika solat.

Solatlah dalam keadaan tenang jangan menganggu orang lain,jangan melihat jam pada tangan, jangan mengangkat takbir terlalu kuat, atau menangis terlalu kuat..  wujudkan suasana tenang agar semua hadir dapat tunaikan solat dengan tenang dan khusyuk.

Pakailah pakaian yang sesuai dan beradablah ketika solat serta hormatilah mereka disekeliling kita.

Sebenarnya pakaian kita telah dapat membezakan diantara fardu-fardu solat, samada solat fardu biasa atau solat hari raya dan sebagainya melalui pakaian.Bacalah semua lafaz bacaan tidak lebih dari suara imam sekadar untuk pendengaran kita sendiri sahaja.

Setengah pendapat bacaan Fatihah mesti ( rukun ) dibaca dengan betul sehingga menyaringkan suara barulah sah solatnya. sebenarnya bacaan fatihah hanyalah wajib dibaca dalam hati ( sekadar kita mendengari bacaan tersebut ) dengan maghraj yang betul tanpa menyaringkan suara.

lihatlah cara memulakan setiap saf   jangan mulakan saf sesuka hati.

سوف نعرض سويا عن اخطاء المصليين بالصور


Respon

  1. Alhamdulillah…
    terima kasih utk info yang sangat berguna ini. ((;

  2. saya tidak jelas, teteng cara memulakan saf..

    • mula saf di belakang imam.

  3. Setahu saya, mereka yang bermazhab Syafie, membaca Al-Fatihah itu rukun dan perlu membaca dengan lisan sekadar didengari oleh telinga sendiri dan bukannya dibaca dalam hati.
    Membaca dalam hati tidak sah solat kerana bacaan perlu dibaca dengan lisan yang boleh didengari.

    • Sokong ghazali,bukankah bacaan al fatihah itu rukun qauli bukannya rukun qalbi.kalau sekadar di baca dalam hati memang tak sah solatnya,

    • Betul tu .. Bukan dibaca di dalam hati tepai dibaca supaya agar kita sendiri dapat mendengarnya dan sunat dikuatkan sedikit pada waktu magrib, isya’ dan subuh.. inilah yag saya tahu..

  4. Assalamualaikum w.b.t,
    Adalah baik sekiranya mod sertakan hadis@dalil yang menyatakan al-fatihah ini wajib di baca dalam hati. Demi mengelakkan kekeliruan para pembaca dan insyaallah kita mendapat solat yang khusyu’ dan khudu’.

    wallahualam

  5. askm,apa Doa2 utk murah rezki dan minta makbul kn Permintaan atau Hajat

    • amalkan bismillah 6 atau doa nubuwwah

  6. assalammualaikum..
    cuma nak tanya sikit..
    betulkah sunat letak tangan di dada instead of letak kat bahagian perut..
    sbb kalau nak tengok..orang arab kebanyakkannya bt sebegitu kan?
    wallahualam

    • Wa,alaikumussalam.Maafkan saya, saya pernah belajar di timur tengah, apa yang saya dapat simpulkan orang arab juga telah jauh dari Hidayah Allah SWT, bagi golongan arab yang cintakan Rasulullah SAW, mereka masih tidak melihat TV dan mewajibkan anak-anak mereka menghafaz Al-Quran, mereka tidak menggunakan kemudahan kerajaan-kerajaan arab yang mendapat sumber daripada yahudi dan amerika, tetapi golongan ini terlalu kecil, kebanyakkan yang kita lihat di Masjid Haram Madinah dan Mekah, mereka ini tidak begitu mengambil berat tentang agama, mereka tidak alim dalam soal agama, sebab itu mereka memegang perut mereka walaupun ketika solat. cara terbaik adalah sebagaimana yang anda lihat dalam rajah tersebut. Wallah Hu A’lam.

      • setuju dengan kamu…orang arab sekarang sudah beda dengan arab dahulu.. mereka lebih suka berseronok dari beribadah… sebab itulah dikatakan bahawa Islam akan kuat nanti di bahagian ASIA TENGGARA!
        Takbir!! Allahuakbar!!

      • wslm…..
        adakah begitu caranya…seingt sye itu bukankh mengikut mazhab..
        apabila sye melihat ,ade yg meletakkn kedue2 blh tgn nye di pinggang
        jike trdapt sebrg hadith yg mengatakn ape yg dikatekn oleh tuan..
        sile mmberitu sye kerane hidup kite berpandukn al quran dan as sunnah…

  7. salam ‘alaik..
    bukankah membaca Al-Fatihah ktika solat itu perlu dibaca dgn kadar tlnga sndri m’dengar. Ia merupakan slh satu rukun solat kn?

    • Membaca surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat, tetapi nyaring sehingga mengganggu para jemaah lain bukanlah termasuk dalam rukun solat. Jika sekadar didengari sendiri oleh pembaca adalah diharuskan.

  8. ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH INFO YANG DIBERIKAN

  9. Ttg cara memulakan saf tu, kita mesti memulakan saf selari (lurus) dengan imam d depan…dan makmum lain akan menyambung saf di kiri dan kanan kita

  10. salam,
    bagaimana kalo kita mengikut imam solat, perlukah kita membaca al fatihah atau mendengar imam membaca al fatihah. saya musykil lah sebab ada orang kata kita kena dgr imam membaca surah al fatihah dan surah lain.

    • Mazhab shafie, menyaran agar makmun turut membaca surah Al-Fatihah apabila imam selesai membacanya, secara perlahan. berpegang kepada hadis Rasulullah SAW : Tidak sempurna solat seseorang itu, jika tidak membaca surah Al-Fatihah. Wallahhu A’lam.

  11. ijin copy yah…?

  12. Salam…sebelum pergi lebih lanjut eloklah diketahui apa itu solat..kenapa ada banyak mazhab…ada bacaan sunat ..wajib..dan pelbagai bagai lagi…Cuma tak elok saya sebutkan disini utk pembacaan bagi yang baru belajar…Bagaimana orang bisu sembahyang..orang lumpuh dan sebagainya..SAH ke?dimana SAH nya…carilah dulu makna solat agar saudara faham mengappa solat itu dapat mencegah kemungkaran..

  13. salam

    laman yg baik, brmanfaat..
    jazakallah.

  14. assalammualaikm.. syukran jazilan.. quite an information..

  15. salam,info yang sngt berguna untuk kita semua?

  16. salam , maaf nak tanye ,, jike imam sudah m’bace surah fatihah ,, n then glrn kite pule m’bcenye kn , kite d’glkkn m’bce dlm hati atu m’bce nye tpy tdk d’dngari olek jmaah s’blah ..

    • Bacalah sekadar didengari diri kita sendiri, tetapi hendaklah dibaca dengan mulut, bukan didalam hati. Wallahhu A’lam.

  17. ok , syukran

  18. salam..nk tanya sikit…
    kalau solat harus atau x kalau memakai seluar menutup buku lali..????

    • Salam. Pada waktu biasa diluar solat, tidak menjadi masalah. Dari segi hukum feqah, solat sah cuma tidak beradab dengan Allah SWT. Jika Allah SWT murka dan tidak pandang kepada kita, Kenapa kita masih melakukan perkara tersebut?. Apa yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah adalah kerana, mereka tidak sedar tentang perlakuan mereka adalah termasuk dalam golongan yang dimurkai oleh Allah SWT. Ini semua disebabkan mereka sudah biasa melakukan perkara tersebut sejak turun temurun lagi, banyak perkara adat dijadikan amalan agama. wallah hu A’lam.

  19. xkre perempuan atau lelaki… mesti ke baca fatihah dgn mulut?
    aduh..selami ni dlm hati je..huhu.. slh lak…tq..

  20. Saya rujuk kepada hal berkitan membaca fatihah dalam hati di atas. Di dalam solat ada empat tempat di mana bacaan MESTI DI LAFAZKAN dan BUKAN DALAM HATI SAHAJA. 4 tempat berikut adalah

    1. Takbiratulihram
    2. Fatihah
    3. Tahyat akhir
    4. Salam

    Bagi mereka yang tidak bisu, maka mestilah baca dengan betul. Walaubagaimanapun, janganlah sehingga mengganggu makmum lain.

    Wallahulam.

  21. assalamualaikum…semasa sy belajar pengajian islam semester lepas,ustzah ad mengatakan semasa takbiratul ihram untuk perempuan adalah ibujari usik cuping telinga dn jari dirapatkan,tetapi semasa sy belajar agama skolah rendah,ustaz mengatakan takbir bg perempuan adalah paras dada dn jari dirapatkan…skrg ni sy keliru skit…wallahualam.

    • Semuanya betul.Perselisilhan pendapat oleh para ulamak adalah perkara biasa, ianya memberi ruang kepada kita untuk membuat pilihan. Cubalah lihat video cara Solat Nabi. Semoga Allah SWT memberkati hidup anda. Amin Ya Rabbal Alamin.

  22. terima kasih d ats info nie….sgt berguna n bermakna….

    • Semoga memberi manfaat kepada semua.

  23. Assalam.

    Mengenai dgn posisi tangan semasa qiam ada berberapa pendapat.Yg masyurnya adalah meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri dimana telapak tangan kiri menutup pusat. adapun qiam tangan diatas dada ada juga pendapat begitu. Masalah ini adalah masalah khilafiah. jadi jgnlah la berbahas ttg masalah khilafiah. Adapun masalah membaca ummul kitab, YA! ianya mesti menyaringkan suara sekadar kedengaran ditelinga sendiri. TIADA solat bagi yg membacanya didalam hati atau ‘miming’. Ini adalah ijmak ulamak. sama juga dengan takbirratul ihram. mesti nyaring sekadar ke telinga sendiri. Wallah hu’alam.

  24. asslmlaikum…adkh slps tkbrturikhrm bgi kaum wnta prlu mltakkn tngan d atas dada, blh ustaz tlg jlaskn….

  25. sabda nabi, sembahyanglah sepertimana kamu melihat aku sembahyang. apa yang perlu kita ingat bahwa nabi sembahyang bukan sekali, jadi ada beberapa kelainan dalam tiap sembahyang nabi.kelainan itu adalah bukan yang wajib atau fardu. yang penting rukun yang 13 itu. ingatlah sembahyang itu tiga perkara 1).yang menyembah(kita, perlu ada ilmu) 2.) yang disembah (tuhan, i. Allah ii. tuhan yang disembah orang kafir, iii. tuhan yang kita bertuhankan (puja) seperti duit,harta,manusia dan sebagainya. kita perlu menyembah Allah saja. tuhan yang lagi dua itu akan menyesatkan kita, jadi kita mesti buangkan jauh-jauh.(barulah tak jumpa kunci yang hilang waktu tengah sembahyang). 3) yang dipersembahkan. inilah qualiti sembahyang kita.

    • Jutaan Terima Kasih di atas perkongsian Ilmiah anda. Semoga Allah SWT memberkati hidup kita semua.

  26. macam nilah, jika jawapannya 1 bermakna dia dah solat. Jadi jika, umpamanya,

    1=1
    1/2+1/2 =1
    1/3+1/3+1/3= 1
    1/4 +1/4+1/4+1/4=1

    Maknanya ramai yg sembahyang tetapi dgn pelbagai cara (sebab ikut2 atau ada ustaz ajar cara lain). Oleh itu jika sembahyang 1=1 lebih sempurna, maka belajarlah dengan mereka mulai sekarang!!(bukan salah-menyalahi antara satu sama lain dan akhirnya tak sembahyang langsong)

  27. salam yang sebenarnye saya belajar alfatihah kena baca wajib sekurang kurang nyer telinga kita kena dengar

  28. Assalamualaikum.w.w.
    nak tanya kalau kita sembahyang fardu@ sunat 2 rakaat pertama boleh ke kita sekadar membaca Surah Al Fatehah sahaja tanpa diikuti surah lain. @ setiap rakaat kena baca surah lain selepas membaca Surah Fatehah.

    • W.Salam. Sah solat jika kita tidak membaca surah lain selepas membaca surah fatihah pada rakaat pertama dan kedua kerana bacaan surah lain selepas membaca surah Fatihah pada rakaat pertama dan kedua adalah sunat.Rakaat yang disunatkan membaca surah-surah lain slepas membaca surah Al-Fatihah adalah pada rakaat pertama dan kedua shaja.
      Wallahu A’lamu Bissowab.

  29. Assalamualaikum

    Saya nak tahu adakah semasa baca syahadah tahiyat awal /akhir, jari telunjuk perlu diangkat hingga habis bacaan tahiyat? bolehkah jari telunjuk diturunkan selepas baca syahadah iaitu sebelum habis bacaan tahiyat awal /akhir ?

    • W.Salam.
      Sebaiknya jari telunjuk diturunkan sebelum memberi salam. Wallahu A’lamu Bissowab. Islam itu mudah.

  30. solat prekära pertama yang akan dihisab ole Allah di akhirat nanti


Tinggalkan Jawapan kepada jamilah Batal balasan

Kategori