Posted by: peribadirasulullah | September 2, 2009

Bahaya Lidah (1)

BERCAKAP PERKARA SIA-SIA

Ketahuilah bahwa modal seseorang hamba itu ialah waktunya. Selagi ia menghabiskan waktunya pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau menguntungkan pahala di akhirat, maka orang itu telah mensia-siakan modal pemberian Allah SWT.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Antara kebaikkan Islam seseorang, ialah meninggalkan apa yang tiada berkaitan dengan dirinya.”

Sebabnya berlaku yang demikian ialah keinginan seseorang untuk mengambil tahu terhadap sesuatu yang tidak perlu ia tahu, ataupun menghabiskan masa dengan menceritakan hal-ehwal yang tidak ada faedah baginya. Ubat dan penawar bagi penyakit ini, ialah bahwa seseorang itu hendaklah mengetahui setiap nafas yang dihembuskannya itu ialah modalnya, manakala lidahnya adalah jaringan, yang mana dengannya ia akan memburu segala kebaikan yang berbagai-bagai. Oleh itu hendaklah ia faham benar, bahawa mencuaikan lidah itu atau mensia-siakannya, merupakan suatu kerugian yang amat besar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: