Posted by: peribadirasulullah | Ogos 28, 2009

ULAMAK SANGAT MERINDUI RAMADHAN

Para sahabat, tabien dan orang-orang soleh lainnya benar-benar mengetahui hikmah dari disyariatkannya puasa Ramadhan. Mereka meyakini, Allah tidaklah mensyariatkan puasa Ramadhan dengan sia-sia. Puasa Ramadhan tidak hanya sekadar meninggalkan tabiat makan dan minum sahaja. Tapi lebih dari itu, puasa disyariatkan untuk  mengingatkan manusia bahawa mereka memiliki Ilah yang harus diibadati.

Segala amalan yang dilakukan para salafus soleh adalah  ibadah demi mencapai redha Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya umatku mengetahui apa yang terdapat pada Ramadhan, mereka berharap Ramadhan sepanjang tahun.”

Pada bulan ini, Allah SWT memberikan berbagai keistimewaan yang tidak diberikan di bulan – bulan lain. Bayangkan, betapa Allah memuji bau mulut orang yang sedang puasa dengan menyatakannya lebih harum dari wangian kasturi. Itu baru bau mulut sahaja, belum lagi amalan-amalan ibadah lainnya seperti membaca Al-Qur’an dan Qiamullail.

Para sahabat menjadikan Ramadhan sebagai salah puncak kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam. Sungguh menarik apa yang dilakukan para sahabat dalam meniti  kehidupannya setiap tahun.

Setiap puasa Ramadhan, Abu Hurairah R A dan para sahabat lainnya lebih banyak berdiam diri di masjid. “Kami menjaga puasa kami,” begitu kata mereka. Selain itu, para salafus soleh sentiasa berhati-hati dalam berbicara. Di luar Ramadhan sahaja, mereka sentiasa berkata dengan perkataan baik, apalagi ketika Ramadhan. Sebab itu, Rasulullah SAW memperingati agar menjaga segala ucapan.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Semua amalan anak-anak Adam untuknya kecuali puasa. Kerana puasa itu untukKu dan Aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kita sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa’. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu TuhaNya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya.” (Bukhari 4/88, Muslim no. 1151, Lafadz ini milik Bukhari).

Dan di antara amalan-amalan ibadah yang utama dan dilakukan salafus soleh adalah Qiamullail. Diriwayatkan, Abu Bakar ash-Shiddiq sentiasa melaksanakan solat di malam hari dengan khusyuk dan sampai menitiskan air mata. Sementara Umar bin Khattab, setelah melakukan solat malam, beliau membangunkan keluarganya untuk solat malam sambil membaca  ayat Al-Qur’an di surat Thaha ayat 132 yang berbunyi, “Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu.Dan oleh sebsb  itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Begitu pula halnya dengan Manshur bin al-Mu’tamir. Jika malam yang semakin larut , dia akan  memakai pakaian terbaiknya lalu naik ke atap rumahnya   dan solat. Tak ketinggalan juga Sufyan ats-Tsauri. Abdul Razaq, salah seorang muridnya, menceritakan, “Suatu saat, Sufyan ats-Tsauri mendatangiku selepas Isyak, lalu aku menghidangkan makan malam yang terdiridaipada  kismis dan pisang. Setelah selesai,D ia bangkit untuk berwudhu lalu mengemaskan ikatan  tali pinggangnya dan menghadap kiblat. Lalu dia berkata, “Wahai Abdul Razaq! Beri makan keldai.” Selanjutnya dia meluruskan kakinya dan solat sehingga waktu subuh.”

Ibnu Wahab memiliki cerita lain lagi. Dia menceritakan, “Aku melihat Sufyan ats-Tsauri di Masjidil Haram selepas Maghrib. Dia menunaikan solat dan bersujud. Dia tidak mengangkat kepalanya sampai tiba waktu Solat Isyak.”

Walaupun  tidur adalah dinilai sebagai ibadat, para ulama tetap mengekang keinginannya untuk melayani tidur. Itulah yang dilakukan oleh wanita salafus soleh, Rabiataul  Adawiah  yang sentiasa melakukan solat malam, mengatakan, “Aku hairan dengan mata-mata yang terpejam. ketika  tertidur, aku membayangkan gelapnya alam kubur, aku selalu menangis.”

Ibnu Qayyim al-Jauziyah malah memberikan peringatan kepada kita tentang waktu tidur yang tidak disukai Allah. “Diantara tidur yang tidak di sukai adalah tidur di antara Subuh dan matahari terbit, kerana ia merupakan waktu untuk memperolehi  hasil.”

Dari Abu Umamah ra diriwayatkan, Rasulullah mengajarkan kepada kita, “Sesiapa solat Subuh berjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari, lalu ia mendirikan solat dua rakaat, maka seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna.”

Lalu, bila waktu tidur? Imam al Ghazali memiliki tips yang sangat luar biasa memanfaatkan waktu untuk tidur dan mengumpulkan tenaga. Tidur dan istirahatlah menjelang shalat zohur atau sesudahnya. lebih kurang selama 15 atau 30 minit. Al-Ghazali menceritakan, “Qailullah adalah simpanan energi atau tenaga bagi mereka yang ingin melakukan Qiamul lail pada hari tersebut.”

Dalam Kitab al-Muwatha, Imam Malik menuturkan, Abdullah bin Abi Bakar mengulangi perkataan ayahnya yang mengatakan, “Setiap kali selesai   solat malam, kita membantu pembantunya untuk menyiapakan makanan kerana bimbang kehadiran  fajar.”

Bahkan, Imam Malik memiliki kebiasaan memaksimumkan  kemuliaan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Caranya, selama bulan Ramadhan, Imam Malik menutup rapat semua kitab, tidak berfatwa dan tidak melayani perbincangan dengan orang lain. “Bulan ini adalah Ramadhan, bulann turunya Al-Qur’an,” kata  beliau sambil menunjukkan mushafnya ditanganya.

Sedangkan Imam Ahmad memiliki kebiasaan tersendiri setiap kali Rmadhan hampir tiba  dengan segala kemuliaannya. Semenjak hari pertama Ramadhan, beliau akan memasuki masjid dan tinggal didalamnya. Bertasbih danberistighfar, memuji dan memohon keampunan. Setiap kali dia berhadas,  Imam Ahmad akan berwudhu  kembali dan memasuki masjid meneruskan kemabali amalan ibadatnya. Ia tidak pernah pulang ke rumah kecuali hanya untuk makan, minum dan tidur seketika. Mereka semuanya ingin merebut kemuliaan Ramadhan dengan paling sempurna, dan tidak ingin penyesalan ketika bulan mulia itu beredar meninggalkan mereka.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menggariskan  bahawa  pentingnya berdiam diri di masjid di dalam selama sebulan Ramadhan. “Allah mensyariatkan ibadah puasa atas mereka untuk menghilangkan tabiat  makan dan minum secara berlebihan serta membersihkan hati dari dosa – dosa syahwat yang menghalang kedudukan hamba yang mencari keredhaan Penciptanya. Disyariatkan pula Iktikaf  dan dengan ibadah ini  hati akan sentiasa ingat untuk  mengingat i Allah, mengasingkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah SWT, menghentikan segala kesibukan yang berkaitan dengan makhlukNya dan menghabiskan waktu hanya untuk Allah semata-mata sehingga kegelisahan dan kesedihan terhapus di jiwa hambaBya dan diisi dengan zikrullah dan  sentiasa  mencintainya.”

Selain solat malam, para salafus  soleh juga mengisi Ramadhan dengan aktivi membaca Al-Quran. Lihatlah, di bulan Ramadhan, Usman bin Affan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekali setiap harinya. Sedangkan Az-Zuhri, diceritakan mengurangi kegiatan mendengar hadis dan majlis ilmu untuk lebih banyak masa berhubung dengan Al-Qur’an. Sementara Ibrahim an-Nakhaie, jika tiba  hari kesepuluh terakhir di bulan Ramadhan, mengkhatamkan Al-Quran setiap malam.

Selain itu, para sahabat juga berlumba-lumba memberi makan dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk kaum Muslimin. Bahkan diriwayatkan, setiap Ramadhan, Ibnu Umar selalu berbuka bersama para dhu’afaa, anak-anak  yatim danorang-orang  miskin.

Disini kita dapat mengambil  pengajaran, Ramadhan sebenarnya disambut kaum Muslimin dengan kesedaran yang  tinggi,  dengan cara mementingkan  ibadat dan keredhaan Allah SWT.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: