Posted by: peribadirasulullah | Ogos 17, 2009

Membaca Talqin Di Kubur

Maksudnya:

Apabila telah mati salah seorang dari saudara kamu, lalu kamu ratakan tanah kuburnya, maka hendaklah berdiri salah seorang dari kamu diatas arah kepala kuburnya, kemudian ucapkan:

“Wahai fulan bin fulan bin fulanah”, sesungguhnya ia mendengar tapi tak dapat menjawab. Kemudian ucapkan lagi:

“Wahai fulan bin fulanah”, sesungguhnya ia tegak duduk.

Kemudian ucapkan lagi:

“Wahai fulan bin fulanah”, maka ia (simayat) berkata; “ajarkan kepada kami, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepadamu”.Akan tetapi kamu tidak menyedarinya.

Kemudian ucapkan lagi:

“Ingatlah apa yang dengannya engkau telah keluar dari dunia iaitu persaksian : Tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya, sesungguhnya engkau redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama, Muhammad sebagai Nabi dan AI-Quran sebagai Imam”.

Maka Malaikat Mungkar dan Nakir akan saling memegang tangan antara kedua-duanya seraya berkata:

“Marilah kita pergi, kita tidak akan berada disisi mayat yang diajarkan hujjah (jawapannya)”. Maka Allahlah yang menjadi hujjah keatas kedua malaikat tersebut.

Berkata seorang lelaki:”Wahai Rasulullah, sekiranya ia (pembaca talkin) tidak mengetahui siapa ibunya (simati)”?

Jawab Nabi SAW: “Hendaklah ia nasabkan kepada Hawa”‘, (iaitu dengan menyebut: “Wahai fulan bin Hawa “‘).

1. Periwayat-Periwayat Hadith: At-Thabarani

2. Status Hadith:  LEMAH

3. Sebabnya:

Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).

Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.

Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya’ Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.

Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu’. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.

4. Keterangan:

Hadith talqin ini juga diriwayatkan oleh Said bin Mansur didalam Sunannya dengan lafaz yang lebih pendek, iaitu:

Maksudnya:
Wahai sifulan, katakan: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah’ diucapkan 3 kali, kemudian katakan :’Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad’, kemudian beredarlah (dari kubur).

Hadith riwayat Said bin Mansur ini tidak dapat dijadikan penguat untuk menetapkan hukum talqin dari riwayat At- Thabarani diatas kerana:

a). Kedudukan lafaz hadith ini terlalu pendek tanpa memiliki keterangan-keterangan lain sebagaimana yang disebutkan didalam riwayat At- Thabarani.

b) Hadith ini adalah hadith mauquf yang diriwayatkan oleh beberapa orang tabi’ en dari Syam, antaranya Dhamrah bin Habib dan menisbahkan perbuatan talqin ini kepada sahabat-sahabat Nabi SAW tanpa menyebut nama-nama mereka.

c) Kemauqufan hadith riwayat Said bin Mansur ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar didalam kitabnya Bulugul Maram.

d). Perbuatan talqin ini hanya dilakukan oleh penduduk Syam sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ahmad dan ianya dikuatkan oleh kenyataan Imam An-Nawawi di dalam kitabnyaAl-Majmu’. Sekiranya talqin ini sesuatu yang thabit dari sunnah, sudah pasti ianya dilakukan oleh penduduk kota Madinah, tempat tertegaknya sunnah Nabi SAW.

5. Kesimpulan:

Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Bag-inda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian:

Maksudnya:
Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi )
Nota Kaki:

1.Hadith Mauquf ialah hadith yang disandarkan kepada Sahabat Nabi SAW samada dari ucapan atau perbuatan atau pengakuan mereka. (Adapun bila suatu hadith itu disandarkan kepada Nabi SAW ia dipanggil Hadith Marfu’ dan apabila disandarkan kepada tabi’en , ia dipanggil Hadith Maqthu’).

Sumber: Ibrahim Mohd Raja www.al-ahkam.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: