Posted by: peribadirasulullah | Ogos 15, 2009

24 Perkara Jangan Dilakukan

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~


Responses

  1. Assalamualaikum ustaz, tak salahkan kalau saya nak tanya melalui page ni..emm, sy seorang doktor yang baru setahun bekerja..hari ni saya berhadapan dgn pesakit kanak2 yang dipakaikan tali berpintal di lengannya sbagai tangkal..sy agak terkejut memandangkan sy pikir dunia alaf baru di malaysia ni dah takde lagi zaman tangkal2 ni..Sesungguhnya sy merasa ada yg perlu disampaikan kepada para ibu bapa ini memandangkan hal ini adalah syirik tapi lidah sy jadi kelu, krn kurang pasti hujah yg seperti apa yg sepatutnya sy sampaikan..boleh ustaz bantu apa nasihat secara halus yg dpt sy sampaikan kepada para ibu bapa ni…Terima kasih atas bantuan ustaz

    • W.Salam.
      Memang sukar untuk menghapus perkara syirik sebegini kerana Allah SWT telah menerima permintaan Iblis untuk menyesatkan manusia kecuali Hamba-Hambanya yang soleh dan solehah sahaja. Bagi saya berterus-terang itu lebih baik tetapi dengan bahasa yang agak lembut dan berpsaikolagi. Apa guna mak cik solat dan sembah Allah SWT, jika mak cik percaya kepada benda macam ni. Bukanlah Rasulullah SAW meminta kita membaca doa As-Syifa’ dan membaca doa-doa yang terdapat dalam Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit.

      Rasulullah SAW hanya menyuruh kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan meniup kedalam air serta berdoa selepas Solat Hajat, atau menulis ayat-ayat suci Al-Quran dalam pinggan seramit dengan dakwat za’faran lalu diminum air tersebut. Itu sahaja yang dibuat oleh orang-orang alim terdahulu dan disarankan oleh Rasulullah SAW serta yang telah diamalkan oleh Tuan Guru-Tuan Guru.

      Tetapi jika doktor sendiri cuba membaca doa-doa semasa merawat pesakit tersebut pasti mak cik tersebut akan terkejut, kadang-kadang kita terpaksa buktikan dahulu kemujaraban ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa Rasulullah SAW kepada seseorang barulah mereka percaya.

      Hadiahkan buku atau CD Rawatan Islam kepada mak cik tersebut, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.

      Insya Allah kita minta kepada Ikhwah dan Akhawat kita sama-sama memberi pendapat dan komen dalam artikel ini.
      Sekian, Wallahhu A’lam.

  2. Salam tuan….no 5 tu sudah comfirm hadis palsu..harap maklum…

    • W.Salam.
      Jutaan T.Kasih di atas info yang amat bermanfaat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: