Posted by: peribadirasulullah | Jun 1, 2013

Hati mesti bersih

http://3.bp.blogspot.com/_XjGtMU3K7ZU/S8z5wb1_EPI/AAAAAAAAAwY/j-GgeTGzwK0/s1600/scan0009.jpg

angan kotor tidak di cuci akan wujud banyak bakteria, nanti pula menjadi penyakit. Sudah berpenyakit nanti merebak, lama-lama makin mudharat.

Begitulah jua hati, apabila kotor pada hati dibiarkan, lama-lama ia menjadi penyakit, lama lagi menjadi kemudharatan yang berpanjangan. Sudah sakit lama pula untuk ubati maka lebih baik menghindar dari mengubati.

Seseorang yang mendera anaknya tidak terus mula dengan memukul anaknya hari itu tetapi bermula dari semudah-mudah kebencian berusaha mensucikan hatinya, lalu hatinya menjadi sakit – marah dan tidak sabar menjadi virus. Lama-lama membentuk pula baran yang tiada sebab. Akhirnya menjadikan anak isteri sebagai mangsa.

Begitu pula akibatnya dari sifat malas berdoa dan menaruh harapan pada Allah, lalu menaruh harapan pada loteri dan judi serta rasuah, akhirnya wang kehabisan. Lalu dia membina pula sifat mencuri. Akhirnya sanggup mengkorbankan harta mahupun keluarga. Na’uzubillah min zalik.

Sedang kita menyedari ada sifat-sifat yang tidak baik pada kita, wajarlah kita cepat-cepat memperbaiki keadaan dan menghalau perasaan buruk dalam hati. Sebagai contoh, kita selalunya biasa sahaja di tempat lain, tetapi apabila kita berada di atas jalan raya, kita mudah marah, mudah hilang sabar dan mudah jadi terburu-buru. Maka cepat-cepatlah beristighfar dan didiklah hati menjadi sabar. Jangan kita manja-manjakan sifat itu di dalam diri kerana ia tidak diam dalam diri tetapi menular menjadi lebih membengkak dan menyakitkan. Nampak ia seperti remeh tapi ada perkara yang lebih dari itu iaitu membersihkan hati itu sendiri.

Lalu, wahai teman2 dan diriku, cepat-cepatlah kita membersihkan hati. Sedangkan hati pula sangat mudah terkotor kerana kelemahan kita sendiri. Banyakkan beristighfar, banyakkan berusaha melakukan kebaikan dan perkasakan pertahanan untuk menjauhi perkara mungkar, hadir ke majlis-majlis ilmu, puasa dan sempurnakan solat. Itulah antara beberapa ubat-ubat yang mensucikan hati.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud “Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan, sebaliknya apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati”- HR Bukhari & Muslim

Sama-sama kita berpesan ke arah kebaikan dan bermuhajadah dalam beramal.

Allah sahaja-lah yang Maha Mengetahui

http://www.notafikir.com/?p=1998


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,618 other followers

%d bloggers like this: