Posted by: peribadirasulullah | Januari 30, 2013

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551919_425941557443411_722499853_n.jpg

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :

PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.


Responses

  1. Assalamualaikum..

    kenapa dalam hadis ni suruh solat dulu?
    bukan ke dah jadi islam suruh beriman dulu baru buat ibadah lain?
    atau hadis sekarang banyak yang sudah diselewengkan sejak 500tahun lalu?
    ———
    Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
    ———
    Sebabnya kanak2 masih belum baligh lagi yang tiada dosa lagi,dirotannya?
    betul ka mengajar anak kerjakan solat dulu? di dalam alquran surah pertama turun

    allah perintah iqraq bismirabbikal lazi kholak.. allah tak perintah iqraq. “maksudnya sebutlah nama allah yang menjadikan”.. bukan baca, atau sebut. disuruh sebut nama allah?

    dalam 2kalimah syahadah..pada amalan syahadah..

    • W.Salam.

      Hikmah disuruh solat dan sebagai yang berbentuk perbuatan lahiriah adalah pembentukan Aqidah secara tidak langsung atau dakwah dengan Hal.
      Apabila mereka telah melazimi solat secara fizikal, insya Allah SWT memudahkan mereka berdakwah secara Rohani atau pengisian dalaman.
      Lihatlah masa kini, ramai umat Islam yang sempurna solat mereka secara fizikal tetapi kebanyakkan umat Islam juga adalah juara dalam segenap segi keruntuhan moral atau Akhlak disebabkan mereka hanya beriman secara luaran sahaja. Oleh yang demikian, sebagai kanak-kanak yang belum matang pemikiran mereka maka solat secara fizikal adalah benteng utama kepada kesempurnaan Islam dan Iman.

      Hikmah Allah SWT menyuruh umat Islam menyebut nama-nama Allah SWT selain daripada Lafaz Jalalah ( Allah ) yang terkandung serbagai khasiat dan Hikmah mengikut keperluan hajat manusia yang berbagai. Maha Kaya Allah SWT dan Maha Sempurna Allah SWT daripada segala cacat dan cela-SubhanAllah.
      Wallahu A’lamu Bissowab. Dari hamba Allah SWT yang hina kejadiannya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,409 other followers

%d bloggers like this: