Posted by: peribadirasulullah | Januari 26, 2013

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN-DR.ZAKIR NAIK

http://www.utusan.com.my/pix/2012/1010/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_04.1.jpg

Dr. Mohd. Yusof Nor (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Dr. Zakir Naik yang turut disaksikan oleh Bukhari Che Muda.

TERJEMAHAN BUKU

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN

Oleh : Zakir Naik

KESIMPULAN

Untuk menganggap bahawa keujudan fakta-fakta saintifik dalam Al-Qur’an merupakan  satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercanggah dengan pendekatan saintifik sebenar. Al-Qur’an mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini dalah ayat yang berikut:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  dan pergantian malam dan siang (ada) tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal (Aali – ‘Imraan : 190 )

Bukti-bukti saintifik di dalam Al-Qur’an membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari Ilahi. Tiada seorang manusia pun yang dapat mengarang sebuah kitab, 1,400 tahu tahun yang lalu, yang mengandungi  fakta-fakta saintifik yang terperinci , yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.

Walau bagaimanapun Al-Qur’an bukan sebuah kitab sains , tetapi ianya adalah sebuah kitab ‘Petunjuk’. Petunjuk-petunjuk ini mengajak manusia supaya sedar tujuan keujudannya di atas muka bumi ini, dan hidup penuh harmoni dengan alam ini. Al-Qur’an sebenarnya wahyu dari Allah, Maha Pencipta dan Maha Pemelihara alam semesta ini. Ia mengandungi mesej MengEsakan Allah, yang telah diseru oleh semua Nabi dan Rasul, bermula dari Nabi Adam A.S, Musa A.S, Isa A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Beberapa karya panjang yang terperinci telah dikarang mengenai Al-Qur’an dan sains moden dan penyelidekan selanjutnya dalam bidang ini sedang berjalan. InsyaAllah penyelidekan ini akan membantu manusia untuk mendekati ayat-ayat Allah yang Maha Berkuasa. Buku ini hanya mengandungi beberapa fakta saintifik yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Tidaklah adil bagi saya untuk menyatakan bahawa saya telah mencakupi keseluruhan perkara tersebut.

Prof. Tejasen memeluk Islam hanya dengan kekuatan satu petunjuk saintifik sahaja yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Ada orang yang mungkin memerlukan sepuluh petunjuk, manakala yang lain memerlukan ratusan petunjuk untuk meyakini bahawa Al-Qur’an sebenarnya  ayat-ayat Allah. Ada orang yang tidak dapat menerima kebenaranNya walaupun diberikan beribu petunjuk. Al-Qur’an mencela orang-orang yang tertutup pemikirannya ini dalam ayat berikut:

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ

Mereka tuli, bisu ( dan) buta , maka mereka tidak dapat kembali (keluar dari kesesatan) . ( Al-Baqarah : 18 )

Al-Qur’an mengandungi peraturan hidup yang sempurna bagi individu dan masyarakat. Alhamdulillah, cara hidup yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an jauh lebih unggul daripada ‘ism-ism ‘ (anutan-anutan) yang direka oleh manusia moden disebabkan kejahilannya. Siapa yang boleh memberikan petunjuk yang benar kepada manusia selain dari Maha Pencipta manusia itu sendiri?

Saya berdoa agar usaha yang sedikit ini akan diterima Allah, dan padaNya saya mengharapkan rahmat dan petunjuk (Aamiin).

Nota:  Saya mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Wallahu’alam – Abu Aiman)

Rujukan:

http://assabiel.com/?cat=431


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,378 other followers

%d bloggers like this: