
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.
Terima Kasih di atas komen daripada semua pihak.
assalamualaikum…sye ingin brtanyakan satu soalan…apakah ayat pelindung yang boleh dibaca oleh perempuan yang berada dalam hadas besar ketika sering diganggu oleh jin dan syaitan…
By: firdaus on Oktober 24, 2011
at 9:14 am
Cubalah baca doa ini ” أعوذ بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة ومن كل عين لامة
Insya Allah, Allah SWT membantu anda.
Hanya sebagai bantuan sahaja:
Saya ingin tahu apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika haid dan adakah masih boleh membaca ayat al-Quran ketika uzur?
Jawapan:-
Dibolehkan bagi wanita yang didatangi haid berdoa, berzikir berpandukan zikir-zikir yang disyariatkan dan juga membaca al-Quran. Tetapi keharusan ini dengan syarat ia mesti dibaca tanpa memegang mushaf al-Quran.
Namun, orang yang berjunub (bersetubuh sebelum mandi) dilarang membaca al-Quran, sama ada melalui hafalan ataupun memegang dan membacanya.
Jumhur ulama fekah mengharamkan membaca al-Quran ketika haid sehinggalah wanita itu suci. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa dan berzikir bukan dengan niat membaca al-Quran seperti membaca basmalah, innalillahi wa inna ilaihi raajiuun, rabbana aatina fiddunnya hasanah atau sebagainya yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan doa dan zikir. Bukan membaca ayat al-Quran secara khusus.
Pengharaman ini berdasarkan dalil berikut:
1. Ia termasuk hukum junub kerana bersetubuh disebabkan kedua-duanya disyariatkan mandi wajib. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abu Tolib r.a di mana Rasululah s.a.w mengajar para sahabat al-Quran:
“Tiada apa yang menghalang daripada al-Quran selain junub.”
- (Riwayat al-Tirmizi, 146, Abu Daud, jil 1, ms. 281, al-Nasai, jil. 1, ms. 144, Ibn Majah, jil. 1, ms. 207, Ahmad, jil. 1, ms. 84, Ibn Khuzaimah, jil. 1, ms. 104. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih. Menurut Ibn Hajar: Hadis ini hasan dan diterima sebagai hujah).
2. Hadis Ibn Umar r.a di mana Rasululah s.a.w melarang wanita haid dan orang yang berjunub membaca al-Quran.
- (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 131, Ibn Majah, no. 595, al-Daruqutni, jil. 1, ms. 117, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 89. Hadis ini daif kerana riwayat Ismail bin ‘Ayyasy daripada penduduk Hijaz. Riwayat Ismail daripada mereka adalah daif. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya al-Fatawa, jil. 21, ms. 460: Hadis ini daif menurut kesepakatan ulama yang mengetahui tentang hadis. Rujuk: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 195 dan al-Talkhis al-Habir, jil. 1, ms. 183).).
Menurut sebahagian ulama, harus membaca al-Quran ketika haid. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik, riwayat daripada Imam Ahmad, dipilih oleh Ibn Taimiyah dan disokong pula oleh al-Syaukani. Mereka mengunakan dalil berikut:
1. Hukum asal dalam sesuatu perkara adalah harus dan halal sehinggalah terdapat dalil yang melarang. Tidak terdapat dalil yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiah, tidak ada nas yang jelas lagi sahih yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Beliau menyambung: Dan sudah sedia maklum bahawa wanita pada zaman nabi juga didatangi haid. Baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran seperti mana baginda tidak melarang mereka berzikir dan berdoa.
2. ALLAH S.W.T memerintahkan agar membaca al-Quran. DIA menjanjikan pahala yang amat besar. Tidak boleh menghalang manusia membacanya kecuali ada dalil yang tsabit.
3. Menyamakan haid dengan junub adalah tidak munasabah kerana kedua-duanya berbeza. Ini kerana junub atau persetubuhan dilakukan atas dasar pilihan sendiri dan boleh menghilangkan hadas itu dengan melakukan mandi wajib. Ini berbeza dengan haid di mana masa datangnya panjang dan berlangsung selama berhari-hari. Junub pula disyariatkan mandi setiap kali ingin mendirikan solat.
4. Melarang wanita haid membaca al-Quran telah mengurangkan pahalanya dan berkemungkinan ada antara ayat-ayatnya dilupai. Adakalanya ia perlu dibaca al-Quran ketika mengajar dan belajar.
Dengan ini, jelaslah bahawa dalil dan pendapat yang dipegang oleh golongan yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita haid lebih kuat. Untuk lebih selamat, elakkan membaca al-Quran kecuali ketika bimbang ia dilupai.
Hendaklah diambil perhatian, ini hanya melibatkan bacaan al-Quran pada ayat-ayat yang dihafal dalam dada. Tetapi, berhubung dengan menyentuh mushaf al-Quran ketika dalam haid, ia melibatkan hukum lain. Tetapi, pendapat yang paling tepat antara dua pendapat yang bertentangan adalah diharamkan menyentuh mushaf bagi orang yang berhadas berdasarkan keumuman ayat:
“Tidak akan menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci.”
– Surah al-Waqiah: 79.
Juga berdasarkan surat Umar Ibn Hazm yang diutuskan oleh Nabi s.a.w kepada Ahli al-Yaman:
“Maka janganlah menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.”
– Riwayat Imam Malik, jil. 1, ms. 199, al-Nasaai, jil. 8, ms. 57, Ibn Hibban, 793, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 187. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini disahihkan oleh sekumpulan Imam. Menurut al-Syafie: Telah tsabit di sisi mereka bahawa ia adalah surat Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Abdul Bar: Surat ini sangat masyhur di kalangan ahli sejarah diketahui oleh para ulama. Pengetahuan ini sangat masyhur. Ia menyerupai mutawatir kerana orang ramai menerima dan mengetahuinya. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Al-Talkhis al-Habir, jil. 4, ms. 17. lihat: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 196, Irwa al-Ghalil, jil. 1, ms. 158 dan lain-lain lagi.
Jadi, jika wanita haid ingin memegang mushaf al-Quran, lapik dengan kertas yang bersih atau memakai sarung tangan. Atau membalikkan halaman mushaf menggunakan rotan, pen atau sebagainya.
Kesimpulannya, dibolehkan membaca al-Quran selagi mana ia tidak disentuh. Tetapi haram menyentuhnya menurut pendapat yang paling sahih.
Ustazah Sakinah
Rujukan:
http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/10/amalan-sunat-ketika-haid.html
By: peribadirasulullah on Oktober 24, 2011
at 8:51 pm
assalamualaikum….macam mane hendakk melupakn kisah silam yg sering menganggu walaupun kita tahu itu dosa yg kita tak mahu buat?
By: firdaus on Oktober 24, 2011
at 9:20 am
W.Salam.
Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan, namun kesalahan tersebut boleh merubah hidup kita untuk semakin Istiqamah dalam mengemudi kehidupan ini. Apabila anda bertahajjud dan Bertaubat kepada Allah SWT, renungkanlah kembali dosa yang anda lakukan sedalam-dalamnya. Apakah anda sanggup berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan sedemikian ? Apakah anda seorang yang amanah dan jujur dalam semua tindakan seharian semuanya menbina Agama Allah SWT atau sekadar, sebahagian hidup sahaja menepati kehendak Allah SWT ?.
Gunalah dosa yang lalu sebagai pendorong kearah menyempurnakan Taubat Nasuha dan jangan sesekali menambah dosa anda setelah anda bertaubat, itulah sebaik-baik jalan membina kehidupan Mukmin Sejati. Orang yang bertaubat dan selepas taubat mengulangi dosa tersebut adalah orang yang mempersendakan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui persendaan kita dan Allah SWT akan mengazab kita tanpa rahmat dan Ihsan kerana perbuatan kita mempersendakan Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.
Semoga Allah SWT membantu anda untuk melupai dosa-dosa yang lalu, dekatilah Allah SWT, anda adalah Insan Pilihan Allah SWT.
By: peribadirasulullah on Oktober 24, 2011
at 8:39 pm
astaghfirullah…
layakkah kamu mengatakan bahawa Allah tak akan menerima taubat?
Allah itu maha pengampun…
By: Aisyah Sharif on Oktober 24, 2011
at 6:06 pm
6 Perkara tersebut ada yang perlu didahulu dengan mengucap syahadah kembali kerana telah berlaku syirik kepada Allah SWT dan ada dosa yang berkaitan dengan makhluk, maka perlu memohon maaf dengan makhluk. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak melakukan Syirik kepada Allah SWT. Oleh yang demikian awasilah kita semua daripada terjerumus dalam kancah Syirik dan Murtad yang menyebabkan segala amalan kebajikan kita tidak dihisab dihadapan Allah SWT nanti.
Wallahu A’lam.
Islam BUkanlah Warisan Berkekalan Dan Turun Menurun tetapi Islam akan lebur dengan perbuatan, percakapan dan niat yang bersyirik kepada Allah SWT.
Jutaan Terima Kasih di atas pandangan anda yang boleh menyedarkan diri saya.
By: peribadirasulullah on Oktober 24, 2011
at 8:25 pm
Manusia memang selalu mengambil jalan mudah,tak nak rujuk pada al-quran,dengar sana sini dan merujuk pada hadis itu dan ini yg terang2an bertentangan dengan alquran,jangan sangkal baca lah alquran baru tahu cerita yg sebenarnya,jangan malas nak baca,baca lah dlm bahasa yg kita paham,bukan hanya melagu laguksn ayat2 allah dan dah sangka dapat pahala,itu semua angan2 saja tiada tertulis di dalam alquran,kalau ada buktikan……
By: yusrihaneefa on Mei 2, 2013
at 1:05 pm
KUN CELAKA KAU ALLAH S.W.T…ALLAH BUKANLAH MAKHLUK TETAPI NAJIS BABI.
By: ????? on Oktober 27, 2011
at 12:21 pm
jahatny kenapa bg komen macamtu ? Macam takde akal jee.
By: Julia Musa on Disember 27, 2012
at 1:56 pm
Manusia mcm ini yg kutuk allah akan terima pembalasan nanti,tuuuuuuuuunggu
By: yusrihaneefa on Mei 9, 2013
at 10:15 am
Klau da kutuk allah mcm tu,memang dah tak lama tu,mcm kawan saya,arwah dah dia ni tak sempat nak mintak ampun pada allah
By: yusrihaneefa on Mei 9, 2013
at 12:54 pm
setahu saya menduakan Tuhan jer yang x diampunkan…
By: Razilan Salleh on Oktober 27, 2011
at 4:12 pm
Dosa sesama manusia mesti pohon ampun dengan manusia, sebab itu Imam Syafie mewajibkan menyebut kesalahan apabila memohon kemaafan sesama makhluk, agar kemaafan tersebut jelas dan tidak menimbulkan keraguan.
By: peribadirasulullah on Oktober 28, 2011
at 11:53 am
salam. Admin, sila delete komen diatas.
By: salam on Oktober 28, 2011
at 5:53 am
Doa kalian memang mustajab…itulah sebabnya aku muncul dididimu mengatakan kun celaka babi keparat jahanam kau Allah s.w.t. Kun keparat jahanam babi celaka kau Muhammad s.a.w.
By: ????? on Oktober 29, 2011
at 3:09 pm
semogaa hidup kamu tenang selalu…
By: sss on Mac 1, 2013
at 3:23 pm
Allah itu ramai bukan…jesus….buddha…danabnyk lagi….haha
By: ????? on Oktober 29, 2011
at 3:10 pm
klu tidak suka blok ini jgn masuk, tidak payah mengata, hidup ini ada disilin, al quran adalah petunjuk kita,apabila mati, si mati tiada yg keluar bagitahu apa yg terjadi kepada dia, al quran segala petunjuk, tidak bermusuhan dgn bukan musuh islam…
By: stuar pol on Julai 13, 2012
at 8:28 am
assalamuailaikum..sye ingin brtanya 1 soalan,org tua sya telah sakit slama brtahun..dn selama itu jge dia menderita dn meyalahkn dirhnye sendiri krn tdk dpt memenuhi tgjwb seorang anak dgn baik,brsalah trhadap ibunya dn merasakn dosanya tidak terampun oleh tuhan..bgaimana cranya untk menghapus dosa pd insan yg telah tiada..masalah ini mjadi teruk dgn gangguan2 lain cthnya ketika solat pn tidak khusyuk apatah lg untuk melakukan solat taubat?
By: nur anisa on Julai 20, 2012
at 12:01 pm
W.Salam.
Apa yang berlaku adalah satu penentuan daripada Allah SWT,anda terimalah dengan hati yang benar-benar terbuka. Kita sebagai hamba dan makhluk ciptaan Allah SWT tidak boleh membantah apa sahaja tindakan Allah SWT melalui apa cara pun, samada melalui perbuatan, niat dan perkataan.
Anda sebagai anak yang solehah janganlah merasa ragu untuk membekalkan segala ibadat kebajikan untuk ibu anda, semua ulamak Islam terkenal telah bersepakat segala amal kebajikan yang dilakukan oleh anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada kedua orang tuanya tanpa keraguan. Oleh yang demikian lakukan sebanyak-banyak amal kebjikan dan niat sedekahkan kepada ibu anda. Ingatlah syaitan sentiasa mengganggu mereka yang melakukan ibadat kepada Allah SWT, walaupun dari kalangan para ambiya’. Syaitan tidak akan mengganggu mereka yang beramal ibadat kecuali apabila syaitan melihat ibadat kita telah diterima oleh Allah SWT. Syaitan akan membisikkan kebahagian dan keriangan kepada pengusaha maksiat serta syaitan akan membisikkan kepada pembuat maksiat bahawa Allah SWT Maha Penganpun dan tidak akan mengazab mereka yang mengucap 2 kalimah syahadah, sedangkan 2 kalimah syahadah kita, telah terbatal tanpa kita sedari dan perbuatan maksiat yang kita sengaja lakukan memang mengundang kemurkaan Allah SWT. Allah SWT hanya mengampun golongan fitrah dan mereka yang benar-benar tidak tahu peruatan tersebut dilarang oleh Allah SWT.
Anda adalah termasuk golongan pilihan Allah SWT kerana anda telah diberi peluang dan kesedaran untuk berjalan di Jalan Allah SWT. ucaplah ” Alhamdulillah ” kepada Allah SWT di atas apa yang berlaku. Itulah Hikmah ciptaan Allah SWT dalam setiap tindakan Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amalan anda,tambahan pula pada Ramadhan yang Mubarak ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
Ingatlah, segala amalan sunat dibulan Ramadhan mendapat pahala seperti amalan Fardhu.
By: peribadirasulullah on Julai 20, 2012
at 10:39 pm
Kalau buat dosa besar dan mati tanpa sempat bertaubat adakah kita akan masuk neraka.
By: samad on Oktober 3, 2012
at 7:27 pm
Kita akan diazab oleh Allah SWT kerana dosa tersebut dan dengan Rahmat Allah SWT, akhirnya kita akan dimasukkan kedalam Syurga kerana kita memiliki kunci Syurga Allah SWT iaitu ” LA ILA ILLALLAH “.
By: peribadirasulullah on Oktober 4, 2012
at 7:36 pm
assalamualikum wr.wb
maaf sebelumnya, setahu saya, allah itu maha pengampun! sebesar apapun dosa kita seperti syirik akbar pun dosa kita, jika kita berusaha dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi walaupun kadang masih terulang itu akan dimaafkan dengan allah asalkan kita bertaubatan nasuha dan mengucapkan ”ashadualla ila hailauloh wa ashaduanna muhammadar rosululoh! bukankah seperti itu? maaf jika ada salah kata! assaalamualikum warahmatullahi wabarakatuh
By: vimarrdwiandhika on Oktober 24, 2012
at 3:01 am
W.Salam.
Apakah dengan alasan ” Allah SWT Maha Pengampun ” boleh dijadikan lesen besar untuk melakukan dosa-dosa besar selain daripada syirik kepada Allah SWT???
Itukah contoh tauladan yang telah Rasulullah SAW tunujukkan untuk menjadi ikutan umatnya ?
Cuba kaji, golongan bagaimanakah yang melakukan dosa dan diampunkan dosanya ?
Cuba lihat golongan manakah yang tidak akan diampunkan dosa mereka ?
Jika semua dosa boleh diampun begitu sahaja apa guna Allah SWT menjadikan kesalahan manusia sebagai dosa- bukankah ini perbuatan sia-sia sahaja ?
Apakah neraka dikhususkan untuk golongan syirik sahaja ???
Memang banyak kisah dalam sejarah menunjukkan Allah SWT mengampun dosa-dosa hambaNya tetapi tidak banyak pula golongan yang mengulangi dosa-dosa besar apabila telah mendapat Keampunan Allah SWT.
Marilah kita beriman dengan semua Nama-Nama Allah SWT bukan hanya memilih
Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang serta Yang Maha Pengampun sahaja
Allah-Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung
Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
Al Maalik Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus Yang Maha Suci.
As Salaam Yang Maha Sejahtera.
Al Mu’miin Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al ‘Aziiz Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
Al Baari’ Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
Al ‘Aliim Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi’ Yang Maha Mengangkat.
Al Mu’izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami’ Yang Maha Mendengar.
Al Baashir Yang Maha Melihat.
Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al ‘Adl yang Maha Adil.
Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim Yang Maha Penyantun.
Al ‘Azhiim Yang Maha Agung.
Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
Al ‘Aliyy Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir Yang Maha Besar.
Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil Yang Maha Luhur.
Al Kariim Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi’ Yang Maha Luas.
Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Baa’ith Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq Yang Maha Benar.
Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
Al Matiin Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi’ Yang Maha Memulai.
Al Mu’iid Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Waahid Yang Maha Esa.
As Shomad Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu’akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal Yang Maha Awal.
Al Aakhir Yang Maha Akhir.
Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy Yang Maha Menguasai.
Al Muta’aali Yang Maha Agung.
Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
Al ‘Afuw Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra’uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
Al Jaami’ Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani’ Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi’ Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi Yang Maha Kekal.
Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
As Shabbuur Yang Maha Penyabar.
Wallahhu A’lamu Bissowab.
By: peribadirasulullah on Oktober 24, 2012
at 12:13 pm
assalamualaikum wr.wb, maaf sebelumnya tetapi, saya masih kurang jelas. jadi, apakah dosa syirik masih dapat diampuni? karenakan allah maha penerima taubat! maaf jika ada salah kata!
assalamualaikum wr.wb
By: vimarrdwiandhika on Oktober 25, 2012
at 10:15 pm
W.Salam.
Sebagaimana kita sedia maklum, golongan Muallaf ( baru memeluk Islam ) amatlah dicintai oleh Allah SWT kerana mereka seperti kain putih yang bersih baru dibersihkan dengan 2 kalimah syahadah sebagaimana para shabat Rasulullah SAW yang dahulunya adalah penyembah berhala dan pembunuh anak-anak wanita di zaman jahiliah. Walaupun demikian syirik mereka tetapi mereka memluk Islam dan bertaubat dan kini mereka mendapat jaminan Allah SWT untuk mendiami Syurga. Memang dosa syirik mereka yang bukan Islam diampun oleh Allah SWT. Sementara dosa syirik orang muslim mesti dinasihati dan jika terpaksa hukum hudu mesti dilaksanakan sekiranya taraf syirik tidak dapat dipulihkan lagi.
Segala-galanya adalah ditangan Allah SWT secara mutlak diatas kebijaksanaan hamba-hamba Allah dan disamping bimbingan Para Rasul dan nabi, Al-Quran, Al-Hadis, Akal yang waras serta Hidayah Allah SWT, Insya Allah SWT kita diberi rahmat mendiami Syurga Allah SWT. Wallahu A’lamu Bissowab.
By: peribadirasulullah on Oktober 27, 2012
at 8:09 am
assalamualaikum wr.wb
maaf kalo saya suka bertanya mohon dimaklum karena saya masih smp maaf ya sebelumnya
saya cuma mau tanya yang namanya manusia itukan tidak luput dr kesalahan dan dosa, tetapi pertanyaan saya:
1. jika seorang muslim melakukan syirik, apa harus dihukum mati? bukannya keputusan itu hanya allah yang tahu?
2. apakah kita boleh taubat nasuha setiap hari?
3. apakah ciri-ciri diterimanya taubat?
4. apakah jiak seorang muslim melakukan syirik, dapat diampuni dengan taubat nasuha?
maaf jika ada sakah kata, assalamualaikum wr.wb
By: aryadhika on Oktober 28, 2012
at 8:54 am
W.Salam.
Saya amat bergembira kerana anda sudi berkongsi ilmu, cuma saya mohon maaf jika saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan anda.
Jawapan soalan
1-Untuk menjatuhkan hukuman mati dalam Islam, mestilah melalui pelbagai proses sebagaimana hukuman hudud yang lain. Sesungguhnya Islam tidak zalim untuk menyerang mana-mana negara bukan Islam tetapi serangan dibuat setelah usaha dakwah dan pelbagai utusan dan perundingan dibuat atau setelah agama Islam dihina atau dicabar.
Begitu juga dalam masalah seperti begini. Isu persoalan syirik secara paksa, syirik secara jahil dan sebagainya mesti diteliti serta diperhalusi terlebih dahulu. Jika usaha dakwah dan selidik serta penerangan yang jelas belum dibuat hukuman mati tidak boleh dilaksanakan. Persoalan sekarang, apakah usaha untuk menyedarkan dosa syirik dilakukan secara Ikhlas walaupun tidak mendapat sambutan dan habuan telah dibuat atau sekadar melepas batuk ditangga sahaja.
Apakah khutbah Jumaat digunakan sebaik-baiknya untuk memberi penerangan ilmiah kepada umat Islam atau sekadar untuk menyempurnakan rukun solat jumaat dan sekadar tugas rasmi seorang imam untuk mendapat gaji bulanan sahaja.
Apakah isi khutbah pada minggu lepas telah dilaksanakan 100% ataupun isi khutbah yang sama akan diulang setiap tahun dan sepanjang hayat imam yang bertugas.
Betapa jauhnya kita dengan Sunnah Rasulullah SAW, sehingga segala ibadat dijadikan budaya hidup tanpa niat untuk beribadat kepada Allah SWT- Oleh yang demikian saya secara peribadi amatlah menghargai pertanyaan anda dalam soalan syirik ini. Betapa umat Islam kini tidak merasakan jijik dengan amalan syirik kepada Allah SWT secara terang atau tersembunyi setiap hari.
Betapa suci perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam sehingga Baginda menolak 3 tawaran besar oleh Abu jahal:
1-Perkongsian kuasa politik .
2- Harta kekayaan atau kuasa ekonomi.
3- Wanita atau keindahan dunia.
Kerana Cintakan Allah SWT yang suci dari unsur-unsur kepentingan politik, unsur-unsur mengaut kekayaan atau sumber ekonomi dan unsur-unsur nikmat dunia yang sementara ( wanita canti ). Maka Rasulullah SAW suci dari difitnah dalam tiga bidang kuasa tersebut dan akhirnya Rasulullah SAW berjaya menghapuskan unsur-unsur syirik yang terdapat dalam 3 sektor tersebut.
Maha Suci perjuangan Rasulullah SAW sehingga Baginda mampu membunuh mereka yang syirik tanpa dicop sebagai seorang Nabi yang zalim.
Jawapan soalan kedua ;
Kita boleh bertaubat Nasuha setiap hari- taubat nasuha yang tidak diselit dengan dosa dan mempersendakan Dzat Allah SWT pasti meninggikan martabat anda di sisi Allah SWT dan makin mendekatkan diri anda dengan Rasulullah SAW.
Jawapan soalan ketiaga :
Ciri yang paling jelas bahawa taubat anda diterima oleh Allah SWT adalah anda akan merasa anda sentiasa dalam perhatian Allah SWT setiap saat dan malu untuk melakukan dosa syirik kerana solat anda telah menghalang anda daripada melakukan maksiat.
Anda sayang pada pahala amal ibadat yang telah anda kumpulkan sebagai bekalan terbaik yang akan anda persembahkan dihadapan Dzat Allah SWT nanti.
jawapan soalan keempat :
Mengikut pembahagian dosa-dosa yang telah digariskan oleh para ulamak memang dosa syirik tidak akan terhapus kecuali dengan hukuman bunuh untuk mereka yang murtad- Oleh kerana kita berada dizaman fitnah maka mereka yang syirik mesti mengulangi kembali 2 kalimah syahadah dan bertaubat Nasuha Insya Allah, Allah SWT menerima taubat tersebut- Berbekalkan 2 Kalimah Syahadah baru yang penuh dengan kesedaran dan Keikhlasan pasti Allah SWT menyambut Taubat Nasuha tersebut dalam keadaan penuh Rahmat dan Kasih Sayang. Insya Allah. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membimbing hambanya kearah Jalan Hidayah.
By: peribadirasulullah on Oktober 28, 2012
at 12:50 pm
maaf saya mau nanya lagi,
1. saya adalah orang yang dulunya itu suka buat maksiat suka boong,onani,suka nyontek, dll. tapi saya sekarang ingin bertaubat nasuha tetapi setelah saya bertaubat banyak sekali cobaan yang datamg pada saya, sekarang saya telah dilanda masalah besar yaitu saya didalam hati suka ada yang membisikan suatu keburukan dan kadang2 saya suka dibisikin ”saya orang musyrik”, ”saya orang murtad” sampe kadang2 saya sadar saya ingin melawan bisikan itu dengan kata ”lailahailauloh” tapi secara sadar atau tidak sadar saya suka ada dorongan untuk mengatakn kata allahnya diganti, itu kan sudah termasuk syirik, ataupun murtad (tapi mungkin ini hanya analisa saya). apakah yang harus saya lakukan? apakah membiasakan membaca dua kalihmah syahadat setiap hari dan bertaubatan nasuha setiap usai sholat?
2. saya suka mendengar khutbah bahwa syirik adalah dosa terbesar menurut allah, tetapi dalam setiap hari kan pasti kita melakukan syirik dan syirik itu adalah syirik akbar, lalu pantaskah kita bertaubatan nasuha setiap hari untuk menutupi segala kesalahan dan dosa-dosa kita
maaf jika ada kesalahan kata dalam bertanya,
asslamualaikum wr,wb
By: vimarrdwiandhika on Oktober 31, 2012
at 2:12 am
Alhamdulillah, apa yang anda lakukan amatlah baik. Semoga Allah SWT mengampun segala kesilapan yang telah kita cuba elakkan.
Begitulah kerja-kerja syaitan yang jelas dalam surah An-Nas. Syaitan tidak serik dan tetap berjuang untuk merosakkan Aqidah umat Islam secara zahir ataupun secara tersembunyi.
Tidak ada jalan lain yang dapat menewaskan syaitan kecuali dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan hati yang penuh kecintaan kepada keduanya.
Ingatlah, apa sahaja suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasulullah SAW adalah untuk kebaikkan kita di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat nanti.
Sesungguhnya Allah SWT dan Rasulullah SAW amat menCinta kita semua, ujian dan penderitaan adalah untuk meninggikan martabat manusia mukmin di Akhirat nanti berbanding lain-lain Makhluk terutama Para Malaikat.
Semoga Allah SWT menjadikan Iman kita semua seperti Iman Abu Bakar As-Siddiq, Amin Ya Rabbal Alamin.
By: peribadirasulullah on November 2, 2012
at 6:52 am
assalamualaikum wr.wb
tapi, jika saya mencoba melawan dengan dua kalimah syahadat dan saya secara sadar ataupun tidak sadar dan secara sengaja maupun tidak disengaja, saya seakan2 mengganti nama allah dan muhammad! lalu:
1. apakah itu termasuk syirik/murtad
2. jika saya bertaubatan nasuha setiap hari, akankah diterima
terimakasih atas jawabannya, maaf jika ada salah kata
Assalamualikum wr.wb
By: vimarrdwiandhika on November 3, 2012
at 4:52 am
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya telah menipu besar rakan-rakan saya. Saya menipu kerana saya ingin mereka mengambil berat terhadap saya. Saya berasa malu dan saya takut saya akan dibenci oleh mereka sekiranya saya memberitahu mereka perkara yang sebenar. Saya telah menghentikan penipuan itu dan saya sentiasa bertaubat tetapi, adakah taubat dan amalan saya nanti akan diterima Allah kelak? Ampunkanlah saya.
By: Aini on November 11, 2012
at 12:31 pm
boleh ajar cara perangi sihir?
By: naz on November 14, 2012
at 8:05 pm
salam,saya bekerja rumah kebajikan anak yatim.boleh ke saya memakan dan membawa balik makanan lebihan dari anak yatim tersebut.sekiraan makanan itu tidak di agih kan atau di makan boleh menyebabkan pembaziran.blh sy tahu hukumnya.
By: lie on Disember 23, 2012
at 3:55 pm
W.Salam. Hukumnya harus tidak mengapa. Dana yang dibelanjakan oleh pihak rumah kebajikan sekarang kebanyakkannya datang daripada wang kerajaan. Begitu juga rumah kebajikan persendirian. Tidak mengapa kita makan daripada lebihan mereka. Wallahu A’lamu Bissowab.
By: peribadirasulullah on Disember 27, 2012
at 5:43 am
ada kah dosa syirik terhapus jikalau bertaubat dengan taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi lagi……
By: muhd on Disember 27, 2012
at 11:50 am
As Salam…..saya nak tanya sekarang ni ramai orang jahat dari orang baik adakah kita akan terselamat dari menjadi jahat dan adakah hadis nabi dan petikan al quran yang menunjukkan kita akan dapat menyelamatkan iman kita walaupun dunia akhir zaman.
By: maisara on Disember 31, 2012
at 2:14 pm
W.Salam.
Insya Allah kita selamat. Iman kita dizaman ini amatlah berharga.
By: peribadirasulullah on Januari 1, 2013
at 10:00 pm
Salam.. Sya pernah tercakap dlm hati ‘ sya ingin murtad’ tapi sya tdak sengaja & tanpa niat.. Seolah-olah ada sesuatu yg menyuruh sya berbuat begitu.. Adakah sya bkn Islam lagi??
By: Nita on Januari 25, 2013
at 4:51 pm
W.Salam.
Alhamdulillah, anda belum lagi murtad.. ingatlah sesungguhnya lintasan hati dan bisikan syaitan memang demikian. Bersegeralah beristighfar kepada Allah SWT. Allah SWT tidak mengira dosa lintasan hati atau niat seseorang kearah melakukan perbuatan jahat tetapi Allah SWT segera memberi pahala kepada lintasan hati atau niat ke arah kebaikkan.Saya nasihatkan anda sentiasa membaca ” أَمَنْتُ بِاللهِ وَرَسُولِهِ ” setiap kali terlintas dihati untuk Syirik kepada Allah SWT.
Semoga Allah SWT menetapkan Iman anda kepadaNya.. Amin Ya Rabbal Alamin.
By: peribadirasulullah on Januari 25, 2013
at 11:25 pm
Reblogged this on Brain Damage.
By: nuox on Februari 3, 2013
at 12:20 am
soalan saya, ada atau tidak cara apabila kita melakukan kesalahan dan kita bertaubat, demi tidak mahu terkena balasan kesalahan?
By: rudy on Februari 20, 2013
at 11:07 am
Didiklah hati anda untuk menCintai Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan sebenar-benar Cinta terlebih dahulu, saya pasti anda akan memahami dengan apajua yang Allah SWT timpakan pada anda.. Rasulullah SAW sering diuji oleh Allah SWT kerana Rasulullah SAW adalah kekasih Nya. Insya Allah, anda adalah diantara Insan Pilihan Allah SWT.. Amin Ya Rabbal Alamin.
By: peribadirasulullah on Februari 21, 2013
at 11:16 am
Salam tuan,
Apabila membaca komen2 Dan respon dr tuan, saya amat menyesal Dan takut dgn dosa yg dilakukan…saya juga gerun dgn ayat tuan “mempersendakan Allah” bg yg sdh bertaubat Dan MASIH melakukan dosa yang sama..saya juga manusia biasa yg tdk lekang dgn dosa yg dilakukan..apakah betul taubat yg saya lakukan tdk diterima?saya menyesal teramat sgt…Dan menanamkan sifat pada diri utk sentiasa solat taubat..bagi mengelakkan nafsu yang menular pada diri..apakah yg boleh saya lakukan lagi selain solat taubat Dan membaca al-Quran utk sy membina iman yg teguh..kerana diri ini kurg ilmu..diharap tuan dpt membantu saya.sekian,terima kasih.
By: Hamba Allah on Februari 22, 2013
at 7:16 pm
Marilah kita renung FIRMAN ALLAH SWT dengan mata hati, betapa benarnya Kata-Kata Allah SWT.
Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(Al-Baqarah 2:8
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:9)
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
(Al-Baqarah 2:11)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah 2:12)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Al-Baqarah 2:13)
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.
(Al-Baqarah 2:14)
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
(Al-Baqarah 2:15)
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
(Al-Baqarah 2:16)
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
(Al-Baqarah 2:17)
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
(Al-Baqarah 2:18)
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
(Al-Baqarah 2:19
Nota :
Betapa hikmahnya Allah SWT tidak menurunkan Al-Quran secara tidak mengandungi bab-bak tertentu… setiap masa samada zaman ( tradisioanal atau moden atau di Akhirat semuanya sesaui) dan setiap suasana,( samada sedih atau gembira )- Al-Quran mampu mengubati hati orang-orang yang berfikir dan orang-orang yang beriman serta orang-orang yang ingin mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan menjalani kehidupan ini.
Saya juga sering mendapat dugaan samada berbentuk pangkat atau wanita tetapi saya bersyukur apabila Allah SWT memberi kesedaran kepada saya tentang akibat yang akan berlaku, Alhamdulillah… semoga Allah SWT sentiasa menasihati saya agar cukup denga apa yang ada…
Seorang pensyarah yang bercita-cita mendapat gelaran Prof. sanggup beribadat kepada Allah SWT siang dan malam dengan berdoa ” Ya Allah kurnikan kepadaku pangkat Prof “. Tidak sekadar beribadat di rumah, di pejabat, di surau dan masjid malah sehingga sanggup menunaikan ibadat Umrah dan Haji demi mendapat gelaran Prof. disaat mengadap Kaabah Al-Musyarrafah maka di ulangi doa untuk mendapat pangkat Prof bersama linangan air mata… Akhirnya beliau dianugerahkan pangkat Prof. namun kini beliau baru sedar betapa ia telah menghabiskan masa,tenaga dan wang ringgit sekadar ingin mendapat pangkat Prof yang di reka oleh manusia yang tidak ada nilai sedikit pun di sisi Allah SWT. Kini beliau menyesal dan berjanji pada dirinya untuk menebuskan perbuatannya bertahun-tuhan bertuhankan Prof. Kini Beliau memberi ceramah kepada semua siswa dan siswi secarab percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Cukuplah bagi Allah SWT sahaja yang akan membalas segala bakti yang beliau taburkan…
Kisah di atas saya selitkan sebagai pengajaran kepada kita semua dengan harapan, boleh memberi pengajaran kepada kita semua, sesungguhnya Allah SWT mampu menyesatkan kita semua sehingga ke Neraka Jahannam tetapi Allah SWT memberi Rahmat kepada Insan PilihanNya untuk merasai Cahaya Hidayah dan Nikmat Syurga yang disediakan kepada mereka yang yakin dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim. Wallahu A’lamu Bissowab.
Saya nasihati diri saya dan juga kepada diri anda serta semua insan yang sudi membaca Makalah ini ” Jangan bersedih kerana Allah SWT tidak pernah lalai memerhati gerka-geri kita dan pasti Allah SWT akan membantu kita disuatu hari nanti “.. Amin Ya Rabbal Alamin.
By: peribadirasulullah on Februari 23, 2013
at 2:35 am
Nk tnya kalau kita buat seks sesama jenis , tapi mnyesal ngn perbuatan n nk bertaubat. Tuhan akn terima tak taubat kita ustaz
By: Adamareff on Mac 4, 2013
at 9:03 am
Tentang penerimaan taubat, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tetapi berbekalkan panduan Al-Quran.. ” semua dosa Allah SWT ampun kecuali syirik ” maka kita menaruh setinggi-tinggi harapan kepada Allah SWT untuk menerima taubat kita yang benar-benar Nasuha. Cuma azab yang Allah SWT sediakan untuk kepada mereka yang berdosa dan nikmat yang Allah SWT sediakan untuk mereka yang TAAT pada perintah Allah SWT serta Allah SWT tidak mengingkari janji dan juga Allah SWT telah berfirman ” Walau sebesar zarah kebaikan atau kejahatan pasti menerima balasan ” Maka tidak Salah jika Allah SWT mengazabkan kita terlebih dahulu sebelum Allah SWT yang Maha Rahmat dan Maha Penyayang menggunakan sifatNya kerana jangan kita lupa dengan SIfat Allah SWT AL-Jabbar dan Al-Mutakabbir. Allah SWT terlalu Maha Adil dalam semua perhitunganNya. Wallahu A’lamu Bissowab.
By: peribadirasulullah on Mac 4, 2013
at 8:47 pm
saye nak tanya bidadari syurga untuk lelaki yg bujang saje ke?
By: Shahir on April 16, 2013
at 6:16 pm
bidadari syurga hanya untuk lelaki bujang saja ke?
By: Shahir on April 16, 2013
at 6:19 pm
Assalammualaikum….saya ada masalah dengan hati saya….Saya tidak berniat utk mengatakan Allah itu ini dan itu…tetapi seakan2 ada yang memaksa saya berfikiran begitu dan berulang2.Bagaimanakah saya dapat mengatasi masalah tersebut.Saya cuba sedaya upaya dan saya berasa amat takut.Tolong lah saya agar saya dapat kembali tenang.
By: Nabilah on Mei 1, 2013
at 10:12 am
W.Salam, sebenarnya lintasan dalam hati sebegini memang adalah perkara biasa. Ianya godaan syaitan dalam usaha menyesatkan manusia. Bacalah ” أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . أَمَنْتً بِاللهِ وَرَسًولِهْ” Insya Allah, anda akan tenang. Cubalah anda fikir sejenak tentang kejadian alam ini.Nabi Adam Alaihissalam dicipta dari seketul tanah, Nabi Adam memulakan kehidupan di Syurga, Allah SWT utuskan Baginda ke dunia sebagai Khalifah. Nabi Adam diutuskan bukan kerana kesalahan makan buah khuldi tetapi memang Allah SWT telah berkata, manusia memang menjadi Khalifah di dunia. Allah SWT jadikan Malaikat dan Rasul2 sebagai pembawa syariat atau tatacara hidup Syariah serta Allah SWT jadikan syaitan sebagai ujian kepada manusia, agar kehidupan mereka lebih berkualiti sehingga mereka yang benar-benar yakin kepada Allah SWT sahaja yang mampu kembali ke Syurga.
Tentang keimanan kita kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT, cuba anda bayangkan apa yang terkandung didalam Al-Quran.. semua perkara tercatit didalam Al-Quran secara terperinci daripada kisah alam ghaib, kisah para nabi-nabi yang berzaman-zaman semua terdapat didalam Al-Quran. Rasulullah SAW tidak mampu menceritakan ini semua kecuali Allah SWT sahaja, Yang Maha Hidup yang dapat menceritakan segala-galanya kepada Rasulullah SAW.
Tentang tanda-tanda kewujudan Allah SWT, marilah anda lihat kubur-kubur para ambiya’ dan juga musuh para nabi-nabi seperti firaun semuanya wujud.
Tentang kekuasaan Allah SWT, anda boleh melihat dengan sendiri di alam kemajuan teknologi canggih sekarang. Manusia mampu melakukan segala-gala kecuali mencipta Roh atau nyawa sahaja.
Anda tidak boleh berfikir tentang Dzat Allah SWT tetapi cukuplah dengan anda memndang dan merenung ciptaan Allah SWT, cubalah lihat Gunung Thur Sina di Jordan yang dahulunya tinggi tetapi apabila Allah SWT tunjukkan cahayaNya sahaja sebgai menjawab permintaan kaum yahudi yang degil, gunung tersebut hancur menjadi bukit.. di alam yang amat maju ini.. semua jenis prof. ada tetapi mereka hanya mahir dalam bidang tertentu sahaja, mereka mengambil masa puluhan tahun membuat kajian tetapi mereka akan mati sebelum ilmu mereka habis.. sedangkan ilmu Allah SWT yang merangkumi semua bidang yang sudah kita tahu dan banyak lagi bidang ilmu yang belum kita tahu, yang berada dalam genggaman Allah SWT.
Manusia mampu melakukan sesuatu tetapi mereka amat lemah dan tehad, mereka memerlukan alat dan bahan-bahan tertentu yang telah Allah SWT sediakan seperti emas, besi, minyak dan lain-lain bahan untuk mencapai cita-cita mereka, dengan otak yang tidak sampai 1kg beratnya mereka tidak akan berjaya melawan kekuasaan Allah SWT Yang Maha Mengetahui tanpa bersumberkan otak atau akal seperti manusia.
Semoga anda memahami apa yang cuba saya maksudkan. Semoga Allah SWT membantu anda dan menenangkan anda. Bacalah Al-Quran dan terjemahannya sekali. Jangan anda berfikir sahaja tanpa berusaha membaca Al-Quran dan terjemahan kerana saya yakin jika anda khatam Al-Quran dan Khatam juga terjemahannya anda akan bertemu jawapannya didalam Al-Quran. Bersungguh-sungguhlah membaca Al-Quran dengan Ikhlas serta mengadap ke arah Qiblat setelah menunaikan solat-solat sunat. Saya yakin… anda diganggu oleh syaitan kerana syaitan melihat anda memiliki potensi yang tinggi untuk mendekati Allah SWT, oleh yang demikian syaitan berusaha memesongkan hala tuju pemikiran anda. jarum syaitan amat halus dan berbisa dalam memerangkap manusia.Para Nabi digoda secara perasaan dan fizikal, mereka yang jahil syaitan akan terus memerangkap mereka dengan fahaman-fahaman tertentu. Jadi tidaklah mustahil kehidupan hari ini terlepas daripada godaan syaitan. Nauzubillahhi Min Zalik. Wallahhu A’lam. Semoga anda tenang dengan sedikit penerangan yang saya berikan.Selamat bermujahadah untuk mengenali Allah SWT.
By: peribadirasulullah on Mei 2, 2013
at 4:02 pm
Asalam ustaz…maksudnya semakin byk ibadah semakin byklah lintasan hati akan dtg.klu yg tak baik tu semestinya dr syaitan dan klu kita dpt petunjuk dr Allah swt hati akan mudah mengenalnya.itu sebahagian dr khusyuk ..betul ke?.maaf klu silap.penjelasan ustaz simple tapi amat bermakna.tkasih.
By: mas on Mei 3, 2013
at 2:59 pm
Klau da kutuk allah mcm tu,memang dah tak lama tu,mcm kawan saya,arwah dah dia ni tak sempat nak mintak ampun pada allah
By: yusrihaneefa on Mei 9, 2013
at 1:04 pm
Memang dia ni haram jadah punya manusia,mak bapak tak ajar,semuga allah beri balasan yg sentimpal
By: yusrihaneefa on Mei 9, 2013
at 1:08 pm
Assalamualaikum..
Apakah Allah S.W.T akan memaafkan orang yang tidak tahu membaca Al-Quran?
By: Aida on Mei 11, 2013
at 8:57 am
w.Salam.
Menuntut Ilmu adalah wajib.. termasuk membaca Al-Quran.Beramal tanpa Ilmu , amalan tersebut akan ditolak. Belajarlah Al-Quran dahulu baru memohon kemaafan kepada Allah SWT kerana Al-Quran Kitab yang membawa Hidayah kepada semua lapisan manusia. JUtaan Terima Kasih kerana sudi berkongsi soalan yang amat berguna.
By: peribadirasulullah on Mei 11, 2013
at 8:34 pm
as’salam.. sya ingn brtnya, 1. klau seseorng tu mncuri ttapi dia tidx memhon maaf kpda manusia tu, dia hnya memhon maaf kpda Allah shaja, apkh dosanya trampun? 2. sya slalu dngr, jika ingn sikap mnjadi baik, kita hrus solat 5 wktu, ttpi knpa ada yg solat 5 wktu, tpi prangai teruk. 3. saya ingn bertaubat tpi rsanya sprti ada yg mghalang… hrp ustaz bleh tlng.. maaf jika trslh bhasa. as’salam
By: anis on Mei 11, 2013
at 5:39 pm
W.Salam.
1-Dosa mencuri yang melibat manusia sesama manusia, mesti memohon maaf sesama manusia.
2-Solat 5 waktu yang tidak mengubah sikapnya seharian, membuktikan solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Inilah yang paling Rasulullah SAW takuti.
3-Taubat anda tidak begitu Ikhlas dengan Allah SWT, anda wajib mencari ilmu kearah mengenali kebesaran Allah SWT. Panyakit sebegini wujud adalah disebabakan pengajian sekarang yang amat jauh daripada Cahaya Allah SWT.
Wallahhu A’lamu Bissowab.
By: peribadirasulullah on Mei 11, 2013
at 8:29 pm
Salam Ostad,
Kalo dosa melaknat seseorang dengan sebab perbuatan terkutuknya bagaimana adakah diampunkan dosa melaknat seseorang?
Dan kalau orang dilaknati itu penyembah setan(tukang sihir), adakah berdosa saya doakan kecelakaan baginya?
By: Anak Tuhan on Mei 14, 2013
at 1:22 pm