Posted by: peribadirasulullah | Ogos 30, 2011

Sekalung Fatihah untuk Tuan Guruku Hj. Hashim Pondok Pasir Tumboh

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ9k9VNCeYdR9OyIj6oTsKdLhAz2i0Ywtq5qDxbF0kYkUXXjWbq

http://epondok.files.wordpress.com/2008/08/hjhashim11.jpg?w=243&h=300

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/08/hjhashim4.jpg?w=357&h=267

http://albakriah.files.wordpress.com/2011/03/edit1.jpg?w=382&h=286

Tiga  Orang Tuan Guru yang menjadi tonggak utama mengasas Pondok Pasir Tumboh telah menemui Allah SWT, mereka adalah Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan yang terakhir adalah Tuan Guru Haji Hashim.

Semoga mereka berbahagia di sisi Allah SWT… Amin Ya Rabbal Alamin.

Biodata :

Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar

Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Tahun lahir    : 1923M

Pendidikan :

  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953

-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Perkhidmatan :

1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.

2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995

3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

4. Mendapat anugerah Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan tahun 2010

Meninggal dunia

Beliau kembali ke rahmatullah setelah hampir 2 tahun sakit pada Selasa 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M…al-Fatihah

http://albakriah.files.wordpress.com/2011/08/p1000659.jpg?w=300

http://albakriah.files.wordpress.com/2011/08/p1000651.jpg?w=300

Di hari yang teramat mulia ini, Tuan Guruku … Haji Hashim Pondok Pasir Tumboh telah kembali ke Rahmatullah…

Seorang demi seorang Insan Kesayangan Allah SWT dijemput menemui Allah SWT….

Pemergian mereka, pasti tidak ada pengganti yang setanding dengan mereka. Mereka pergi dengan penuh jasa dan tangisan… ribuan insan akan mencium dan mengucup wajah insan pilihan Allah SWT.

Tuan Guru haji Atiqullah telah meninggal dunia, Tuan Guru Abdullah  Lubuk Tapah juga telah kembali ke Rahmatullah.

Sesungguhnya pentadbiran Allah SWT yang menguasai dunia dan jasad semua makhluk tidak boleh dihalang, kita sebagai makluk yang kerdil hanya perlu sujud dan patuh dengan penentuan Allah SWT.

Al-Fatihah…  untuk Guruku.


Responses

  1. Salam takziah buat ustaz diatas pemergian Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh. Sesungguh dari Nya kita datang kepadaNya kita kembali. Marilah kita terus menyambung dakwah yang ditinggalkan oleh Tuan Guru walaupun dia sudah pergi menemui Ilahi Pencipta kita semua.

    Semoga Almarhum Tuan Guru ditempatkan bersama-sama orang orang yg beriman. Amin

    Al-Fatihah…untuk Tuan Guru Hj Hashim

  2. alfatihah

    • Jazakumullah Khairul Jaza’.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,589 other followers

%d bloggers like this: