Posted by: peribadirasulullah | Mac 24, 2011

Al-Quran dibakar di gereja Florida, amerika

Kepada umat Islam, jangan terlalu marah dengan tindakan sebegini. Anggaplah perbuatan orang jahil sebegini sebagai motivasi untuk kita menghayati kandungan Al-Quran. Ramai umat Islam yang mencium Al-Quran apabila selesai membaca Kitab Suci Al-Quran sebagai tanda hormat kepada Kitab yang dinamakan Al-Quran, tetapi selepas membaca Al-Quran mereka menjadikan syaitan sebagai sahabat karib mereka dalam kehidupan seharian. Akhlak mereka tidak ada perubahan, perbuatan ustazah kadang-kadang melebihi perbuatan orang awam yang tidak mempelajari agama. Kita dapat melihat dan menilai sendiri perbuatan ustaz dan ustazah yang menjadikan pengajaran mata pelajaran agama hanya sebagai mata pelajaran yang mereka ajar tetapi tidak dihayati dalam pergaulan seharian. Ustaz dan ustazah sebegini bukanlah Murabbi dan Murabbiah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pengajaran dan Tauladan hanya boleh diambil dari aspek kandungan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW yang mereka ajarkan tetapi Akhlak dan Perbuatan mereka mesti dijadikan sempadan.

Oleh yang demikian pembakaran Al-Quran sebegini yang bertujuan mencabar semangat umat Islam perlu diolah dengan cara terbaik, agar ianya memberi manfaat kepada umat islam semua, marilah kita muhasabahkan diri kita,

Kenapa ini semua boleh berlaku ?

Kenapa manusia berani membakar Kitab Suci Al-Quran?

Apakah tindakan dan semangat umat Islam akan terus berjuang dengan Ikhlas tanpa dendam kepada perbuatan sebegini, sehingga Allah SWT memuci Keikhlasan kita dalam memperjuangkan agama Allah SWT ?

Atau semangat untuk memperjuangkan Islam hanya sekadar apabila maruah Islam dicabar, barulah bangkit dan berdoa kepada Allah SWT tanpa apa-apa tindakan ?

Atau bangkit menentang musuh dengan tanpa persediaan Ilmu dan tanpa perancangan, hanya berbekalkan semangat marah semata-mata?

Betapa perlunya umat Islam Muhasah Diri dan membuat perubahan serta bertindak dengan penuh Hikmah (memiliki perancangan yang sempurna).


Respon

  1. yang menjadi persoalan di sini bagaimana paderi ini boleh mendapatkan naskah AL-QURAN ini……..,adalah sangat hina bagi kita orang islam kerana tidak mampu untuk mempertahankan kesucian naskah Agung ini dari Syaitan bertopengkan manusia……pada masa sekarang umat islam dan agama islam itu sendiri dipandang enteng bkn sahaja dari penganut agama lain malahan umat islam itu sendiri……negara2 islam berpecah belah………malahan ada yg sanggup bersekongkol dgn penganut agama lain yg membenci islam utk sama-sama menghancurkan saudara seagama islam….di manakah suara-suara pemimpin besar islam dlm menangni isu MEMBAKAR NASKAH AGUNG ALQURAN KALAM ALLAH ini!!!!!!!!!!………….?sangat sedih melihat Naskah Agung ini menjadi abu dan debu….tanpa pembelaan yg sepatutnya…….agaknya apa tindakan pemimpim kristian jika sekiranya ada dikalangan ORANG ISLAM membakar dan memperlakukan perara yg tdk sepatutnya kpd kitab mereka BIBLE…pasti ORANG ISLAM akn diperangi habis-habisan dan gelaran PENGGANAS akn terus dilabel…….SEMOGA ALLAH AKN MELAKNATI ORG2 KAFIR YANG MENGHINA NASKAH AGUNG INI………ALLAHUAKBARRRRR!!!!!!!!!!!!………….

  2. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam damai kepada pemilik blog ini.saya sangat terkejut apabila mendapat tahu ada gereja yang sanggup melakukan perkara seperti ini.Apabila orang barat(kristian) yang melakukan perkara seperti ini sudah tentu ia dapat menjejaskan keperibadian seorang krsitian.Saya berharap pemilik blog ini tidak melabelkan orang kristian di negara malaysia selari dengan apa yang telah diperlihatkan dalam video di atas.Sesungguhnya,saya juga tidak pernah melabelkan orang islam sebagai pengganas.pada pendapat saya orang islam yang melakukan keganasan adalah orang yang tidak cukup ajaran agamanya dan dia seharusnya tidak layak di gelar seorang islam kerana orang islam yang saya lihat dan kawan saya sendiri tidak pernah mengamalkan keganasan ..semoga Tuhan melindungi anda :)

    • Saya juga memohon maaf daripada anda sekiranya ada penganut agama Islam yang telah menyakiti saudara seagama dengan anda.
      Saya memahami suasana dan keadaan serta kelemahan umat Islam, mereka kadang-kadang berketurunan Islam tetapi tidak memiliki Ilmu-Ilmu Allah SWT yang sebenar. Mereka hanya menganut Islam kerana ikut-ikutan sahaja, sedangkan mereka meniru gaya hidup orang bukan Islam. Mereka meniru gaya hidup orang bukan Islam yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada Allah SWT dan agama Islam. Bagi saya, ramai orang bukan Islam telah berakhlak Islam. Orang-orang Jepun dan Eropah yang beragama bukan agama Islam, mereka hidup dengan penuh disiplin dan bersih. Ramai orang-orang bukan Islam yang berhati mulia dan berjasa kepada manusia, kerja-kerja kebajikan dan sosial diperingkat dunia adalah dipelopori oleh mereka yang bukan Islam. Saya pernah berkhidmat dengan pertubuhan kebajikan Islam bertaraf dunia. Pertubuhan saya membina masjid, rumah-rumah anak yatim, sekolah-sekolah agama, menggali perigi dan berbagai kerja-kerja kebajikan tetapi apabila saya bertemu dengan pertubuhan kebajikan bukan Islam bertaraf dunia, saya kagumi usaha-usha mereka, usaha-usaha kebajikan orang bukan Islam ratusan kali ganda kerja mereka jika berbanding dengan pertubuhan saya.
      Di Malaysia budaya kerja khairat dan kebajikan dijadikan modal untuk menguatkan kuasa parti-parti politik. Oleh yang demikian saya faham pandangan dan pendapat anda.
      Mereka yang bukan Islam tetapi berjiwa mulia dan berjasa kepada manusia pasti akan lebih mulia di sisi Allah SWT apabila dia memeluk agama Islam daripada orangIslam yang hanya mengaku Islam pada bibir dan tidak mencintai Allah SWT serta tidak berakhlak Islam pada zahir dan batin.
      Semoga Allah SWT merahmati kita semua. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi kebahagiaan kepada kita semua di dunia dan Akhirat.

  3. Tidak ada gereja yang salib nya miring………….itu cuma akal-akalan belaka………….hanya tindak provokasi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,382 other followers

%d bloggers like this: