



Barisan Ulamat yang menangis kerana pemergian kanak-kanak pilihan Allah SWT dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat tetapi dalam usia yang amat muda.
Kanak-kanak perempuan yang belajar tadika dan menghafaz Al-Quran dengan didikan agama. Ibunya seorang doktor, bapanya juga seorang doktor. mereka bertugas di saudi , Setiap hari ibunya memperdengar bacaan Al-Quran kepada anak kesayangannya. Namun pada suatu hari, ibunya mersakan suatu perubahan pada anak kesayangannya. Setelah dibuat pemeriksaan, anak kesayangan disahkan menghadapi penyakit barah yang amat bahaya. Kini anak kesayangannya sudah berusia 8 tahun dan mampu membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan merdu, namun apakan daya anak kesayangan mereka berdua akan menghadapi kematian.
Diringkaskan cerita, kedua ibunya meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan, ibu dan bapa meninggal dunia hanya berbeza jarak masa seminggu sahaja. Sahabat handai kedua ibubapanya merahsiakan pemergian kedua ibubapanya. Namun dengan kuasa Allah SWT, semasa sahabat handai kedua ibubapanya mengelilinginya di atas katil, setelah kedua ibubapa telah menemui Allah SWT… Tiba-tiba dia mengeluarkan kata ” saya telah melihat kedua ibu bapa saya yang telah pergi menemui Allah “. Semua sahabat handai kedua ibubapanya merasa sedih kerana kecerdikan dan ketabahannya menghadapi cubaan dan ujian Allah SWT.
Akhirnya sahabat handai kedua ibubapanya dari mesir dan saudi mengumpul derma dan menghantarnya ke Britain untuk mendapat rawatan terbaik disana…
Namun apa yang anda dengar dari suara bacaan ayat suci Al-Quran adalah bacaannya secara lansung dari hospital di Britain dan dia telah tahu bahawa nyawanya akan diambil oleh Allah SWT serta dia redha dengan takdir Allah SWT…
Dengarlah suara bacaan Ayat Suci Al-Quran dan doanya kepada Allah SWT, sebelum nyawanya diangkat oleh Malikil Maut…. untuk bertemu Allah SWT serta menemui kedua ibubapa…
Masya ALLAH…
Syukran….
mengalir air mata jugak mendengar…
By: Ibnu Ikram on Februari 18, 2011
at 5:32 pm
kelunakan suara Baraah. tetamu pilihan Allah di “sana” membuat hambaMu ini mengalirkan air mata…….
By: qowariro on Februari 19, 2011
at 6:56 am
Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan di dunia tetapi Keluarga Baraah mendapat kebahagiaan di Akhirat. Insya Allah.
By: peribadirasulullah on Februari 19, 2011
at 8:13 am
semoga kita semua mendapat zuriat seperti Baraah…(surah at – taubah)…..penyejuk mata n penenang hati di dunia n akhirat….Amen Ya Rabb…..
By: qowariro on Februari 19, 2011
at 11:02 am
tak dapat ditahan2 air mata nih… betuahnya ibubapa Baraah…
By: wati on Februari 25, 2011
at 1:43 am
masyAllah..
bertuah Baraah menjadi insan pilihan-Mu m’jadi penghuni syurga..
By: ain on Mac 3, 2011
at 4:20 pm
terkilan tak dapat mendengarnya…
By: Nurhad Ghani on Mac 22, 2011
at 6:21 am
Mungkin anda perlu menambah beberapa program dalam komputer anda. Saya dapat mendengar dengan jelas dalam komputer anda. Maaf saya tidak begitu mahir dalam ilmu IT. Cuba minta nasihat daripada mereka yang lebih arif.
By: peribadirasulullah on Mac 22, 2011
at 11:08 am