Posted by: peribadirasulullah | November 27, 2010

9 Sebab hati tidak tenang

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcToRm6hnbL-i76EwtqTfFafnJZQj3HEO2pxoNMzJid9vVzVU0NdpA

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Responses

  1. Alhamdulilah sungguh bermanfaat inshallah.Terimakasih for sharing.

  2. […] SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengump … Read More […]

  3. alhamdulillah… Mohon d`share yer..

    • Silakan, ambillah apa yang pamerkan dalam blog ini. Saya menulis dalam ruangan ini pun dengan tujuan berdakwah dan untuk mengingatkan diri saya sendiri. Berkongsilah demi mencari keredhaan Allah SWT. Salam Ukuwah Islamiah daripada saya.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  4. WASS.emang hidup ini adalah perjuangan,,,tlsn ini bgs bngt….

  5. Alhamdullilah…Alangkah susahnya menjaga hati.Ya ALLAH bantulah aku utk bermujahaddah melawan sifat mazmumah.

  6. macam mana nak hilangkan perasaan bahkil hasad dengki dan dendam masih ade dalam diri saya macam mana nak ubah

    • Untuk menghilangkan sifat bakhil, mengikut padangan peribadi saya.
      Paksa diri anda untuk bersedekah di Masjid-masjid dan lupakan sedekah tersebut dari memory anda. Tanamkan dalam jiwa anda bahawa sedekah tersebut telah berada di Syurga dan nilainya telah Allah SWT catitikan di Luh Mahfuz walaupun sedekah tersebut disalahgunakan oleh AJK masjid.

      Untuk menghilangkan sifat hasad dengki, mengikut padangan peribadi saya.
      Kita tidak boleh berdengki dengan orang lain kerana setiap kejayaan terdapat banyak dugaan dan setiap kejayaan didunia tidak bererti akan berjaya di Akhirat.
      Apa yang paling takut kejayaan tersebut tanpa keredhaan Allah SWT.
      Kejayaan mereka yang takabbur, kejayaan kepada wanita cantik berpakaian seksi dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum Allah SWT adalah pelengkap kepada petugas-petugas didalam Neraka Allah SWT nanti ( Jika tidak sempat bertaubat ). Ingatlah didalam neraka lengkap dengan petugas-petugasnya selain daripada Para Malaikat, mereka akan bertugas sebagaimana perbuatan mereka di dunia ini, kata Imam Al-Ghazali ” Cara kehidupan kita didunia adalah membayangkan bagaimana cara kehidupan kita di Akhirat kelak “.
      Di dalam Lubang Neraka ada staf-staf yang akan bertugas sesama mereka, bermula daripa PA sehingga maha raja dan para menteri serta lain-lain kelengkapan. Mereka akan menjalan pentadbiran mereka didalam azab Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.
      Anda tidak perlu berdengki dengan sesiapa tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana anda tidak menyentuh maksiat yang Allah SWT larang. Sesungguhnya mereka yang melakukan jenayah dan maksiat adalah mereka yang telah Allah SWT pilih dari kalangan kita dan ingatlah ” Mereka adalah Insan Pilihan Allah SWT untuk mengisi kekosongan jawatan di dalam Neraka Allah SW ” kita tidak perlu berdengki kerana segala-galanya adalah pilihan dan penentuan Allah SWT. Jika anda ingin pahala, maka berdakwah kepada mereka. Jika mereka tidak terima dakwah anda,anda tetap memperolehi pahala. Jika mereka terima dakwah dan tunjuk ajar anda, anda akan mendapat pahala berdakwah dan setiap amalan kebaikan yang akan mereka lakukan anda akan memperolehi pahala. Itu pun jika anda ingin berdakwah di Jalan Allah SWT.

      Orang yang paling mulia disisi Allah SWT adalah mereka yang berdoa di saat sunyi daripada pandangan manusia untuk orang lain yang melakukan dosa terhadap dirinya. Oleh yang demikian sentiasa berdoa kepada Allah SWT, agar Allah SWT mengampuni dosa mereka yang merancang melakukan kejahatan kepada kita dan Ingatlah Allah SWT Maha Berkuasa dalam semua perkara. Sesungguhnya Pemerintahan Allah SWT adalah menyeluruh, semua pegawai yang bertugas di Kementerian-Kementerian adalah dibawah telunjuk Allah SWT, semua raja-raja di dunia akan dimatikan oleh Allah SWT bila-bila masa tanpa memerlukan rundingan daripada segala suruhanjaya. Begitulah kekuasaan Allah SWT, Allah SWT mampu melakukan apa sahaja. Segala-galanya tiada nilai disisi Allah SWT kecuali Hati-Hati Yang Ikhlas Kepada Allah SWT pasti mendapat perhatian Allah SWT dan Allah SWT akan mengarah Para Malaikat mengawasi Hamba-HambaNya yang memiliki Kemurniaan Jiwa yang bergantung kepada Allah SWT.

      Semoga anda memahami kedudukan kita disisi Allah SWT dan tidak perlu kita berdengki sesama manusia. Amin Ya Rabbal Alamin.
      Itu sahaja yang dapat saya terangkan. Wallahhu A’lam.

  7. Assalam dan ssyukurlillahi

  8. Mohon Share di NOTE FB yer,, :)

    • Silakan.

  9. terimalah kelebihan kekurangan diri kita seadanya jgn dibandingkan dgn org lain. itulah kunci ketenangan diri.

    • Jutaan Terima Kasih, kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga Allah SWT menjadikan kita semua orang mukmin yang sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah SWT.
      Amin Ya Rabbal Alamin.

  10. ya Allah

  11. semoga Allah merahmati penulis atas perkongsian. selawat dan salam buat Baginda SAW, keluarga dan para sahabat r.a

    sama2 kita ambil segala hikmah yang terkandung. semuanya dari Allah jua.

    mohon izin penulis utk saya copy entry2 dari peribadirasulullah.wordpress.com utk dikongsi bersama hamba Allah yang lain. terima kasih.

  12. assalam owner blog , nak tanye kalau hati xtenang sebab rase ajal macam dah dekat mcm mane ye ? harap dapat balas

    • W.Salam.
      Ingat kepada adalah satu perkara yang amat baik, gunalah ingatan tersebut agar kita dapat menyusun jadual yang padat untuk beribadat kepada Allah SWT disamping tidak mengabaikan kewajipan dunia.
      Ingat kepada mati juga adalah sebaik-baik cara untuk kita sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup agar tidak menggunakan nikmat pemberian Allah SWT kepada jalan haram seperti ego dengan nikmat-nikmat pemberian Allah SWT.
      Wallahu A’lammu Bissowab.

  13. sy mhon ptnjuk cara dan kiat mghndar dr mazmummah

  14. salam tuan,
    maaf mengganggu. Disini saya ingin meminta izin dari pihak tuan, untuk mencedok beberapa artikel diblog tuan untuk dikongsi sebagai bahan bacaan untuk kakitangan ditempat saya bekerja. Harap tuan dapat halalkan. sebarang komen tuan boleh hubungi saya di alamat emel yang dititipkan.

    • W.Salam.
      Silakan, saya tak kisah.. malah bersyukur kerana sudi membaca blog saya, apatah lagi berkongsi dalam berdakwah di jalan Allah SWT. Jazakumullahu Khairul jaza’.

  15. Untuk menenangkan hati, boleh cuba kasturi syifa sebagai ikhtiar : )

    http://muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

  16. Perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat. Semoga hidup kita mendpt keredhaan Allah s.w.t……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,617 other followers

%d bloggers like this: