Posted by: peribadirasulullah | November 14, 2010

8 Golongan yang Allah SWT laknat di dalam Al-Quran

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs830.snc4/68996_157954100904332_100000692300536_330968_5709223_n.jpg

1-Surah Al-Baqarah , ayat : 200.

” kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.”

2-Surah Luqman, ayat : 20.

” Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.”

3-Surah Al-Baqarah, ayat : 8.

” Dan di antara manusia ada Yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.”

4-Surah Al-Baqarah , ayat : 165.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”

5-Surah Al-Baqarah m ayat : 204&205.

” Dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).”

Surah Al-Baqarah, ayat : 205.

” Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.”

6-Surah Al-Haj, ayat : 11.

” Dan ada di antara manusia Yang menyembah Allah Dengan sikap dan pendirian Yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya Dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian Yang terang nyata.”

7-Surah Al-Ankabut, ayat : 10.

” Dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk? “

8-Surah Luqman, ayat : 6.

” Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.”

Inspirasi Menuju Jalan Sempurna , m/s : 122.


Responses

  1. … Ayat kefahaman surah al-baqarah ayat 256… Maksud ayat:
    Tidak ada paksaan dalam agama (islam) ,kerana sesungguhnya
    telah nyata kebenaran(islam) dari kesesatan (kufur) .oleh itu
    sesiapa yg tidak percayakan thughut,dan ia pula beriman kepada
    Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali
    Allah yg teguh yang teguh,yg tidak akan putus .dan ingatlah,Allah
    maha mendengar lagi maha mengetahui.

    Huraian ayat: 1.pengertian thaghut ialah syaitan,berhala atau amalan yg menyesatkan 2.contoh amalan thaghut ialah:
    >menyembah berhala
    >melakukan maksiat
    >mempersendakan hukum Allah S.W.T

    3.kesan buruk amalan thaghut
    >terdedah kepada perbuatan mungkar
    >masyarakat akan menjadi kucar-kacir
    >jenayah berleluasa

    4.ciri2 mukmin yg berpegang keada agama islam
    >mengejakan ibadat dengan sempurna
    >mengamalkan akhlak yg mulia
    >bermanfaat kepada orang lain
    >akhlak melakukan sesuatu perkara

    • Silakan…Ribuan Terima kasih kerana berkongsi dengan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT memberi keberkatan untuk kita di dunia dan merahmati kita pula di alam Akhirat, Salam Ukhuwah Islamiah dari saya . السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,409 other followers

%d bloggers like this: