Posted by: peribadirasulullah | Ogos 29, 2010

7 Golongan yang tidak disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir

http://ms.langitilahi.com/wp-content/uploads/2009/06/kubur_lama.jpg

Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:

“Siapakah Tuhanmu?”.

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:

1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.

2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.

3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.

4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.

5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.

6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.

7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.

Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.


Responses

  1. [...] Blog peribadi Rasulullah [...]

    • maaf..
      penjelasan di atas adalah orang” yang Allah SWT. mengampuni dosanya, yang saya tidak paham kecuali 6 golongan yang di maksud 6 golongan itu yang mana ??

      • 6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
        Golongan ke 6 adalah golongan yang mati disebabkan taun atau wabak yang menimpa seseorang yang tidak berdosa. mereka yang terkena wabak yang Allah SWT yang Allah SWT timpakan sesuatu kaum, mereka juga telah cuba merawat penyakit atau wabak tersebut tetapi menemui kegagalan sehingga membawa kepada maut. mereka yang mati disebabkan wabak tersebut yang telah sabar dan redha apa yang telah mereka alami. Maka Allah SWT kecualikan daripada disoal oleh Malaikat.
        Wallahu A’lamu Bissowab.

  2. “Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.”

    ———————-

    Kat mana reference tu.. setahu kita masuk hari baru takwim hijrah adalah waktu magrib…pasal tu hari raya kena tengok anak bulan waktu magrib…tak pernah lah pulak dengar waktu asar… mohon penjelasan..

  3. saya pun x pernah dengar waktu asar. setahu saya waktu magrib.

  4. maaf. payah sungguh mak faham tulisan anda…

  5. Saya pon… Setahu saya bermula nya hari dalam Islam islamnya waktu magrib….

  6. Setahu saya, betul lah hari jumaat dikira selepas asar hari khamis dan berakhir selepas asar hari jumaat

  7. betul laa tu.. habis waktu asar tu ialah masuknya waktu maghrib dan tamat waktu asar ialah sebelum waktu maghrib hari esoknya

  8. jika orang yang meninggal hari jumaat itu merupakan orang yang selalu meninggalkan suruhan allah dan berbuat jahat…adakah orang itu dikecualikan daripada soalan ini????mohon penjelasan…..

    • Orang yang anda maksudkan tidak termasuk dalam golongan ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,614 other followers

%d bloggers like this: