Posted by: peribadirasulullah | Ogos 9, 2010

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs089.ash2/37793_420550616670_528311670_5278807_2899614_n.jpg

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.


Responses

  1. [...] Blog Peribadi Rasulullah [...]

  2. mohon share..

    • Silakan.

  3. nak tanya, mcmn kalau kita buat majlis buka puasa dan kita menjemput org2 bukan islam utk sama2 berbuka puasa?

    • Tidak menjadi kesalahan, cuma pahalanya sekadar berbuat jasa sesama manusia tidak mendapat pahala puasa sebagaimana kita memberi makan kepada orang yang sedang berpuasa. Islam adalah agama terindah, nilai-nilai murni sejagat menjadi asas keamanan dalam Negara Islam. Keamanan dan hak persamaan diantara berbilang agama mesti ditunaikan oleh pemerintah Islam yang mengenakan bayaran Jiziah kepada rakyat yang bukan beragama Islam. Allah SWT Yang Maha Pencipta adalah Pencipta mereka yang sebenar. Memberi makan kepada mereka yang bukan Islam adalah diantara cara berdakwah secara hikmah yang dianjurkan oleh Islam. Tidak mustahil mereka akan berminat dan menghormati Islam dengan tindakan anda, semoga disuatu hari mereka akan memeluk Islam, Insya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,411 other followers

%d bloggers like this: