Posted by: peribadirasulullah | Julai 31, 2010

Cara Bertaubat daripada Zina

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/Bataku/Wanita_bertobat.jpg&h=235&w=355&zc=1

( Dalam bahasa Indonesia )

Ada seorang wanita menyampaikan pertanyaan berkaitan  taubat dari zina yang pernah dia lakukan. Berikut beberapa bunyi pertanyaannya:

  1. Adakah taubat bagi dirinya yang pernah melakukan zina berulang kali?
  2. Apakah dosanya bisa dihapuskan dengan amal-amal fardlu saja dan shadaqah ataukah dia harus melaksanakan ibadah haji untuk menghapuskan dosa besar yang pernah diperbuatnya?
  3. Apakah boleh seorang wanita pezina untuk membaca Al-Qur’an sesudah berniat untuk bertaubat?
  4. Dan ketika sudah bertaubat lalu menikah, apakah haram dia menutupi dan tidak menceritakan masa kelamnya itu kepada suaminya? Dan ketika dia hidup bersama pasangannya dengan kondisi seperti itu tidakkah itu termasuk membohongi pasangan?

Jawaban:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah beserta keluarga dan para sahabatnya.

Wanita ini telah melakukan dosa yang sangat besar. Dia telah melanggar keharaman yang Allah tetapkan. Dan keharaman ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya dengan Fahisah (perbuatan hina/buruk). Maka wanita ini hendaknya bertanya kepada dirinya sendiri, bagaimana kalau seandainya Allah mencabut nyawanya sementara dia dalam keadaan seperti ini? Karenanya wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sungguh-sungguh). Dia juga harus bertekad untuk tidak mengulangi lagi dosa besar semacam ini. kemudian dia harus memperbanyak istighfar dan bershadaqah  serta terus menjaga ibadah shalat dan doa. Semoga dengan semua ini Allah menerima taubatnya. Dan satu hal yang perlu dicatat, dia wajib untuk menutupi aib dirinya tersebut dan tidak memberitahukan perbuatan masa kelamnya kepada seseorang. Semoga Allah menutupi aib diri kita dan aibnya juga selama di dunia dan akhirat.

Kami berpesan kepada wanita ini untuk bersyukur dengan sebenarnya atas karunia yang besar ini. Dan hendaknya ia tahu bahwa nikmat-nikmat Allah diperoleh melalui ketaatan dan akan hilang dan berkurang dengan kemaksiatan dan kemungkaran. Karenanya, baginya dan juga kepada kaum muslimin untuk selalu bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat-Nya sehingga Allah akan menambah karunia-Nya.

. . nikmat-nikmat Allah diperoleh melalui ketaatan dan akan hilang dan berkurang dengan kemaksiatan dan kemungkaran. . .

Kami ingatkan kepada wanita ini untuk tidak berputus asa dari rahmat Allah. Dia Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Zumar: 53)

Sesungguhnya Allah sangat bahagia dan senang dengan taubatnya seorang hamba dan kembali kepada-Nya. Hanya saja semua itu harus disertai dengan niat yang tulus ikhlas karena Allah Ta’ala dan memperbanyak amal-amal shalih. Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tatkala seorang laki-laki sedang berjalan di suatu jalan ditimpa rasa haus yang amat sangat, kemudian ia mendapatkan sumur. Iapun segera turun ke dalamnya, dan minum airnya. Setelah merasa cukup, ia segera keluar.

Sekeluarnya dari sumur, ia mendapatkan seekor anjing yang sedang menjulur-julurkan lidahnya sambil menjilati tanah karena kehausan. Menyaksikan pemandangan ini, orang tersebut berkata: ‘Sungguh anjing ini sedang merasakan kehausan sebagaimana yang tadi aku rasakan.’ Maka iapun bergegas turun kembali ke dalam sumur dan mengisikan air ke dalam sepatunya. Lalu dengan mulutnya menggigit sepatunya itu hingga ia keluar dari sumur. Segera ia meminumkan air itu ke anjing tersebut. Allah berterima kasih (menerima amalannya) dan mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah (perlakuan) kita kepada binatang-binatang semacam ini akan mendapatkan pahala?”

Beliau menjawab: “Pada setiap makhluq yang berhati basah (masih hidup) terdapat pahala.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dalam riwayat al-Bukhari, “Maka Allah bersyukur kepada-Nya dan mengampuni dosanya serta memasukkannya ke dalam surga.”

Dalam Shahihain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tatkala ada seekor anjing bolak-balik mengitari sebuah sumur, hampir hampir dia mati karena kehausan. Tiba-tiba seorang wanita pelacur dari golongan pelacur Bani Israil melihatnya. Dengan segera, wanita tersebut melepas terompah sepatunya. Lalu ia menampung air dengannya dan meminumkannya ke anjing tersebut. Dengan amalnya ini, dia diampuni (oleh Allah dari dosa-dosanya).”

Dan sahnya taubat wanita tersebut tidak disyaratkan harus memberitahu kepada suaminya tentang perbuatan zinanya itu, jika Allah menutupi aibnya tersebut dan tidak menyingkapnya. Dan tidak memberitahukan perbuatan dosa kepada suami bukan termasuk perbutan dusta dan bohong.

Dia wajib untuk menutupi aib dirinya tersebut dan tidak memberitahukan perbuatan masa kelamnya kepada seseorang.

Juga tidak disyaratkan melaksanakan ibadah haji untuk diterimanya taubat. Hanya saja, apabila Allah memberikan kelapangan rizki dan kemudahan baginya, maka dia wajib melaksanakan ibadah haji ke Baitullah al-Haram. Dan itu lebih menjadikan taubatnya diterima dan dosanya diampuni. Wallahu a’lam.(Purnomo WD/voa-islam.com)


Responses

  1. saya bukan ingin komen tetapi nk tanya,bagaimana jika saya ingin menghantar e-mail tentang masalah saya secara personal? saya memerlukan bantuan atas masalah agama yang saya tanggung.diharap dapat membantu.

    • silakan, jika saya mampu membantu insya Allah saya bantu. hantarkan email ke amincham_4321@yahoo.com

      • Saya ingin tanya penjelasan atas kesalahan yg telah dilakukan 2 tahun lps melibatkan dua syarikat…PERTAMA : saya bekerja di sebuah syarikat kewangan,masa itu saya menipu wang syarikat tersebut…tapi mereka tidak menyedarinya…sekarang saya dah bertaubat kepada Allah SWT dan ingin memulangkan wang tersebut dgn bankin ke akaun syarikat tersebut tanpa pengetahuan mereka….bolehkah saya ikut cara ini atau wajibkah saya inform syarikat tersebut…saya takut jadi kes polis…dan tahun berikutnya pula…KEDUA: saya menipu wang syarikat kewangan lain….tapi sekarang syarikat itu dah tutup….syarikat-syarikat ini dimiliki oleh dua tiga org BUKAN INDIVIDU….mereka pun dah berpisah dan telah dipindah ke tempat lain….jadi wang ini bolehkah saya dermakan kepada fakir miskin dgn niat atas mereka????harap bantu….saya sangat menyesal dgn perbuatan saya…..hati tak tenang walaupun dah taubat….saudara tolong bantu saya kembali ke jalan Allah SWT…

      • Cara anda bersedekah adalah betul tetapi bagi pendapat Imam Shafie, perlu dijelaskan maksud semasa pembayaran hutang tersebut kepada pihak yang terlibat. disini saya ingin berikan satu contoh kisah pemuda yang melakukan perbuatan zina di Jordan, apabila dia bertaubat dan ingin menyerah diri kepada kerajaan arab saudi, dia terlebih dahulu bertanya tentang permasalahannya kepada beberapa orang ulamak di arab saudi, maka keputusannya, beliau tidak menyerah diri kepada kerajaan arab saudi kerana perlaksanaan hudud di arab saudi tidak adil mengikut Islam, malah hudud yang dijalankan adalah untuk menghukum mereka yang membangkang kerajaan sahaja, jika penyokong kerajaan atau rakyat arab saudi mereka akan terlepas daripada hukuman. Oleh yang demikian beberapa orang ulamak menasihatinya agar taubatnya dilakukan sendiri. Maka pemuda tersebut telah bertaubat dan tinggal di dalam Masjid Nabawi sehingga dia meninggal dunia. Semoga anda mampu membuat kesimpulan sendiri, jika saya terlalu berterus terang mungkin akan menyinggung pelbagai pihak. Wallahhu A’lam.

  2. saya sekerang 25 thn.saya dari umur 18 thn lagi dh minat tengok vcd lucah,sampai sekarang.tapi saya tak pernah lagi bersetubuh dengan mana2 wanita.
    tapi saya hanya melepaskan nafsu dengan sendiri dalam bilik air.harap anda faham…
    bagai manakah hukumnya dan cara untuk mengatasi dari berbuat lagi…
    harap boleh bantu……salam

    • Kucing kalau single jer diet pergi bunuh diri jer kat jln. Kau pulak mcm mane?

      • Ask yourself. Ask herself. Is this we should do? Or we just over mandkind can just fuck the horse.

      • Horse may fuck but not you. It is because you are fuck off.

  3. assalamualaikum..saya nk mengutarakan pertanyaan
    1.adakah solat dan amal ibadah saya diterima sedangkan saya makan dan minum yg sy tau dari duit haram dari pekerjaan ibu saya sebagai pelayan karaoke(trdpt arak dan maksiat di tempat tersebut).saya masih seorang seorang pelajar dan makan minum saya ditanggung oleh ibu saya.

    • Secara ringkasnya, anda mesti membenteng diri anda seperti Masitah tukang sikat rambut anak firaun atau jiran Nabi Musa di Syurga,Masitah tetap sujud dan suci daripada dosa walau hidup dalam istana firaun. Setiap kali makan pasti akan menyebut nama Allah SWT, anda juga perlu berbuat demikian. Disamping menasihati ibu anda kearah kebaikan, anda juga mesti tetapkan iman dan membenci perkara maksiat. Dalam kisah Nabi Musa dan jirannya di dalam Syurga. Anda boleh mengambil pengajaran, bahawa dosa ibu bapanya yang Allah SWT telah ubahkan bentuk ibu bapanya menjadi babi, namun tanggungjawab seorang anak, adalah mesti menjaga kedua ibu bapanya, walaupun ibu bapanya telah menjadi babi, sebagai seorang anak dia tetap menjaga dan memandikan ibu bapanya. Maka Allah SWT membalasinya dengan Syurga. Betapa kompleknya kehidupan dunia ini, sesungguhnya Allah SWT tidak akan menzalimi seseorang, anda adalah Insab Bertuah yang Allah SWT menguji sesuatu dugaan diluar kemampuan orang lain menanggungnya. Sabarlah dengan penuh erti kesabaran sepertinya mana sabarnya Rasulullah SAW dan Nabi Ayub A.S. serta lain-lain nabi yang Allah SWT telah muliakan mereka. Salam persaudaraan sesama Islam daripada saya…السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

  4. assalamualaikum..
    saya ingin bertanya apakah hukumnya berdendam terhadap saudara sendiri dan membawa kebencian yang teramat sangat walaupun saya tidak pamerkan..
    dan bagaimana kah saya ingin membersihkan hati saya yang telah dipenuhi dendam sehingga saya rasakan saya sudah tidak mampu lagi menyucikan hati saya??
    terima kasih

    • W.Salam. Dendam dan hasad dengki adalah Akhlak Yang Mazmumah atau akhlak yang dibenci dalam Islam. ambillah Teladan dari kisah dibawah, sehingga Rasulullah SAW berbangga dengan amalan sahabat tersebut. Jangan terlalu mengikut perasaan, didiklah jiwa supaya disuatu hari nanti anda adalah diantara Insan Pilihan Allah SWT yang layak mendiami Syurga Allah SWT.

      Kisah Agung Antara 2 Sahabat

      Di dalam riwayat pernah diceritakan, Abu Zar r.a memanggil Bilal r.a dengan gelaran “wahai anak hitam”. Bilal r.a yang mendengar panggilan tersebut terdiam dan tidak membalas panggilan Abu Zar r.a itu. Dengan rasa kesal Bilal lantas pergi bertemu Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut. Tiba di rumah Rasulullah, Bilal r.a meluahkan isi hatinya pada Rasulullah. Seketika sahaja, berubah wajah Rasulullah menjadi merah padam. Rasullah terus ke tempat Abu Zar berada, tetapi hanya lalu sahaja. Rasulullah terus ke masjid.

      Mengetahui bahawa Rasulullah marah padanya, lalu Abu Zar memberi salam kepada Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya “Wahai Abu Zar, kamu telah menghina Bilal dan menghina asal usulnya. Ketahuilah Abu Zar, sesungguhnya kamu asal usulnya adalah orang jahiliyah sebelum masuk Islam, dan sesungguhnya dalam diri kamu masih ada sisa-sisa jahiliyyah”.

      Abu Zar r.a merasa terpukul dan sangat menyesal. Abu Zar menangis dan merayu pada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, maafkan kesalahanku dan pintalah Allah ampunan atas doaku…” . Lalu Abu Zar berlari mendapatkan Bilal r.a, Abu Zar merangkul Bilal sambil memohon maaf padanya. Tidak cukup dengan itu, Abu Zar meletakkan kepalanya di atas tanah seraya berkata “Demi Allah wahai Bilal aku tidak akan angkat pipiku dari atas tanah kecuali kamu injak pipiku yang sebelah lagi dengan kakimu. Demi Allah sesungguhnya kamu orang terhormat dan aku yang terhina”.

      Apakah yang berlaku selepas itu ? Anda teka…

      Nilai Agung Pada 2 Sahabat

      Bilal kemudiannya mendekatkan mukanya ke pipi Abu Zar lalu menciumnya berkali-kali. Kemudian diangkatnya dari tanah. Mereka berdua berpelukan dengan penuh kasih sayang dan tangisan.

      Lihat ukhuwwah yang terjalin dan nilai akhlak pada Bilal r.a dan Abu Zar r.a. Bukan hanya betapa merendah diri Abu Zar memohon kemaafan, bahkan betapa mulia dan kasihnya Bilal r.a, walaupun diperlakukan sebegitu, atas rasa kasih dan sayang pada Abu Zar, Bilal memaafkannya.

      Warna-warni Hari Ini

      Kita lihat bukan sahaja orang yang melakukan kesalahan sahaja tidak prihatin untuk meminta maaf jika berbuat kesalahan. Lebih menyedihkan lagi, kita sendiri pun sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Bila ditegur dan dinasihati orang yang berbuat salah, tanpa ada rasa kasih dan sayang di dalam diri kita. Hampir semua keburukan orang yang bersalah menyilau di mata kita, tanpa berfikiran positif dan optimis.

      Nikmat Ukhuwwah Bukan Saja-saja

      Sekiranya masih ada di kalangan kita yang berbuat kesalahan, cepat-cepat meminta maaf. Akui kesalahan dan azamkan tidak akan diulang. Juga buat mereka yang ada yang melakukan kesalahan padanya, rendah diri dan maafkanlah dia. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas dan berkehendak sahaja akan Allah ganjari.

      Rahsia seorang sahabat kepada Abdullah bin Umar r.a ketika mencari kelebihan seorang sahabat yang Rasulullah sebut jaminan syurga padanya.

      “Sesungguhnya, sebelum aku tidur, aku akan memaafkan segala dosa seluruh manusia, sama ada yang menghinaku, mencaciku, memburuk-burukkan diriku, memfitnahku dan mengata tentang diriku. Maka aku mohon dari Allah agar dimaafkan segala dosa mereka.”

      Mohonlah kemaafan pada mereka yang kita lakukan kesalahan dan sudilah memaafkan orang lain sebelum Allah tarik nikmat-nikmatnya yang lain.

      http://ismanewzealand.com/v1/?p=424

      • salam.saya ingin berkongsi masalah disini supaya saya dpt menemui jawapan dan berharap anda semua dpt menolong saya.baru2 ini saya ada mengikut dakwah.saya ingin belajar agama dgn lbh mendalam lagi.saya mengikuti suami saya melakukan kerja dakwah.baru sahaja saya mengikuti dakwah dah bermacam-macam tuduhan dan fitnah yg dilemparkan keatas saya dan suami saya.saya dituduh menfitnah org yg menjaga anak saya dgn pelbagai tuduhan padahal saya cuma bercakap sedikit sahaja dah ada org menambah2 cerita.saya jdi bntu akhirnya saya m’gmbil kptsn utk bhnti krja sbb saya tidak sanggup lagi difitnah dan tidak tahu lagi utk m’cari siapa utk menjaga anak saya.alhamdulillah selang beberapa hari saya membuat keputusan untuk menghantar anak saya dgn biras saya dan dia menerimanya.selepas peristiwa ini saya sudah menjadi putus asa utk membuat kerja dakwah bila memikirkan org yg buat kerja dakwah sanggup membuat fitnah tetapi saya bukan jenis yang berdendam.saya boleh memaafkan sesiapa sahaja orang yang melakukan kesalahan pada saya.saya pun bkn yg cpt mendengar cerita dri org dan menuduh melulu tanpa usul periksa.selain itu saya juga ada masalah dgn makcik saudara saya.sehingga sekarang kami masih tidak bertegur.saya dan suami saya sudah meminta maaf atas kesilapan yg pnh kami buat tetapi dia dan suami dia masih tak dapat terima apa yang suami saya cakap.saya ingin tahu apakah berdosa besar dan tidak akan diampunkan dosa kita selagi orang yg kita buat salah tidak mahu memaafkan kesalahan kita.skrg ni hidup saya tidak akan tenang selagi makcik saya tidak memaafkan saya dan suami.harap anda dapat menolong saya dgn memberi penjelasan kpd saya.terima kasih.

      • Insya Allah, malam ini saya akan jawab dan bantu anda. Buat masa sekarang saya terpaksa pergi bertugas. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya. Yakinlah keampunan daripada Allah SWT. Yang pasti kita sentiasa memaafkan orang lain. Kita tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa. Tiada sesiapa yang dapat bertindak ke atas kita kecuali dengan izin Allah SWT.
        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

      • Surah Qasas, ayat :56. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

        Kesimpulan daripada ayat di atas, kita tidak perlu ragu dengan jaminan Allah SWT tentang sempadan manusia dalam tugas menjalankan dakwah.

        Memang lumrah Daie dan Daieyah mendapat pangkat Gila,Bodoh, Pemecah Belah Masyarakat dan sebagainya.
        Hadiah yang Rasulullah SAW terima juga adalah batu, najis, air liur, pedang dan sebagainya.
        Namun sebagai Rasulullah SAW, Nabi dapat melaluinya dengan hati terbuka. Nabi SAW dapat melayan yahudi buta dengan baik, nabi memberi hadiah dan pengampunan ke ahli Mekah yang telah menghalau Baginda keluar daripada Mekah serta dapat memaafkan segala rampasan ahli Mekah tentang harta orang Mukmin. Segala-galanya di Tangan Allah SWT.

        Hidayah adalah daripada Allah SWT. Tugas kita berdakwah dan sucikan hati kita dari segala hasad dengki, banyakkan Istighfar dan bertasbih kepada Allah SWT setiap kali mengenangkan tindakan mereka. Semasa berdoa selepas waktu solat, jangan lupa doakan mereka agar mendapat Hidayah Daripada Allah SWT, semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan dosa kita.

        Berdoalah kepada Allah SWT agar Allah SWT menunjukkan kita Jalan keluar dari masalah yang kita hadapi, Hanya Allah SWT sebaik-sebaik penilai petindak dalam kehidupan kita.

        Saya juga merasakan apa yang anda rasakan, semasa berkuliah dan bertazkirah tetapi saya jadikan ianya sebagai Pengajaran dan Penguat semangat untuk mendapat lebih banyak pahala. Semuanya ini adalah saham yang amat tinggi nilainya di Sisi Allah SWT.
        Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk anta, anti dan semua Ukhuwah Fillah. تقبل الله منا ومنكم سائر الأعمال والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    • Man. Live is so cool. The nobody care about the out revenge. Everybody care about the out punishment. Take my hand, its just the horror in yourself.

  5. saya cuman ingin melihat cinta,.. tetapi bukannya wanita dan laki-laki itu bukan muhrim,… tolong pemecahan nya?, masalahnya jaman sekarang harus pacaran dulu, sebelum menikah, pendekatan diri…. dan saya perantau, perjodohan tidak mungkin terjadi… trimakasih….

    • untuk makluman anda, saya sentiasa mendekati golongan Muallaf atau Saudara Muslim yang baru memeluk Islam. Saya jadikan ianya sebagai tauladan dalam hidup saya. Saya kagumi keimanan mereka dan keyakinan mereka serta pengorbanan mereka. Mereka yang benar-benar memeluk Islam iman mereka lebih murni kerana perjalanan hidup mereka yang penuh duri dan rintangan menjadikan mereka lebih dekat dengan Allah SWT. Bagi mereka, Allah SWT adalah tempat bergantung dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai pengubat dalam membentuk Jati Diri. Oleh itu mereka bercinta dan berkahwin kerana Allah SWT, hanya mereka yang benar-benar memahami Islam sahaja yang mampu hidup bersama mereka. Agak sukar untuk memecah sempadan dunia-dunia Islam yang telah dibentuk oleh kuasa-kuasa besar. Agak sukar juga untuk membentuk cinta yang berasaskan Taqwa tanpa bertunjangkan hawa nafsu serta kebendaan. Sejarah Dunia Islam membuktikan percintaan berasaskan Taqwa seperti Rasulullah SAW bersama Saidatina Khadijah, Rabiatul Adawiah, Siti Maryam, Siti Hajar dan sebagainya membuktikan percintaan mereka yang berasaskan Taqwa mendapat Jaminan Allah SWT, Cinta mereka memecah Tradisi dan Budaya, Cinta mereka mampu mengubah budaya kehidupan manusia dan Cinta mereka tersemat dalam sejarah keagamaan. Semuanya ini tidak akan berulang kecuali setelah sempadan persaudaraan Islam dapat menguasai dunia, budaya Islam telah menjadi ikutan manusia sejagat dan Nilai-nilai Ketaqwaan kepada Allah SWT menjadi rebutan manusia.
      Insya Allah zaman tersebut akan menjadikan kenyataan. Pada ketika itu Anda tidak akan merasa tersisih di perantauan, pernikahan diatas dasar agama menjadi pujaan. Buat masa sekarang umat Islam masih memandang perantauan dan perkahwinan dengan bukan orang tempatan adalah satu kehinaan. Aqidah dan Fahaman agama dalam kehidupan mereka masih ditahap yang rendah.
      Bersabarlah, dekatilah mereka yang mementingkan agama dalam semua urusan kehidupan, kerana hanya dengan golongan ini kita mampu bertauk disaat kesusahan.
      Semoga Allah SWT memberi kekuatan anda dalam meneruskan kehidupan sebagai perantau di dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membahagiakan semua manusia. Amin Ya Rabbal Alamin.

    • Couple before double. Its just said before table was chair. Haha

  6. salam…sye ade masalh….sye da bnyk kali bertaubt…
    tp sye tetap melakukan kesalhn yg sme…sye jge solt sye….
    sye buat solat sunat taubt…sye tlh nekad….
    tp ati sye seperti dihasut….seperti ade suare yg berbisik…
    mcm mne nk tangani mslh nie….
    harap ustz boleh tlg sye….

    • W.Salam. Sambil kita mengubat diri sendiri dengan membaca Al-Quran dan beribadat kepada Allah SWT, kita juga wajib mencari guru untuk melindungi kita daripada gangguan makhluk Allah SWT yang halus. Saya juga mengalami gangguan seperti ini tetapi setelah membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali berturut dan tidur disamping mendengar bacaan ayat Ruqiyah yang dikeluarkan oleh Ustaz Sharhan bin Shafie saya merasa tenang serta dapat tidur dengan lena. Cubalah anda mengamal ayat-ayat Ruqiyah yang terdapat dalam buku ” Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus “. Insya Allah, Allah SWT akan membantu anda.

    • You take as you as you are. I will take forever.

  7. patut ke kita tinggalkan lelaki yang telah cabul kehormatan kita?
    apa cara yang kita perlu buat untuk melupakan dia dari menyayanginya?
    Patut ke suruh lelaki tersebut bertanggungjawab?
    atau tinggalkan lelaki tersebut?

    • Jika dia mengakui perbuatan terkutuk tersebut adalah satu dosa besar lalu bertaubat, dan lain-lain amalan agama seharian dia beristiqamah, maka terserah kepada anda untuk menyayanginya. Tetapi jika dalam kehidupan seharinnya tidak berpegang pada suruhan agama, maka anda tidak patut menyayanginya kerana kehidupan sedemikian tidak membawa berkat. Malah mendapat laknat daripada Allah SWT. Wallahhu A’lam.

  8. assalamualaikum….
    kawan saya seorang yang lemah semangat surah apa yang sesuai untuk pulihkan semangat nya… kalau dia terlalu takut dia akan menangis…
    saya bacakan ayat kursi.. sahaja saya tahu…surah lain apa ia..??

  9. assalamualaikum…
    saya nak minta pendapat peribadirasulullah….
    saya sahaja dapat tahu…pasangan saya telah berlaku curang terhadap saya….adakah patut saya balas dendam terhadapnya??
    kemudian apa yang saya patut buat untuk tidak mengingatinya??
    saya rasa macam nak bunuh je lelaki tersebut…

    • W.Salam.
      Saya fahami perasaan anda, anda berhak membalas perbuatannya tetapi tidak mungkin setimpal dengan kejahatan yang telah dilakukan kerana hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setimpal dengan perbuatannya. Oleh yang demikian Allah SWT menghukuman mereka yang telah berkahwin dan melakukan zina dengan hukuman yang amatlah berat.
      Dalam suasana sekarang yang sentiasa memberi semangat kepada umat Islam untuk melakukan zina samada muda atau tua ,amatlah menyedihkan kita semua. Dimana-mana sahaja ada peluang untuk umat Islam melakukan maksiat samada di hotel-hotel, tempat hiburan sehinggalah di pejabat-pejabat.
      Oleh yang demikian saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, samada pihak lelaki atau suami, pihak wanita atau isteri. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelamatkan kita daripada melakukan maksiat di zaman ini.

      Betapa mulianya kedudukan anda di sisi Allah SWT, jika anda dapat jadikan semua ini sebagai jalan untuk bermuhasabah diri. Dekatkanlah hati anda kepada Allah SWT disamping carilah peluang yang sesuai bersama pujuk rayu anda untuk menasihatinya suami anda. Cubalah sirami hati suami anda dengan kisah-kisah para nabi dan orang-orang soleh. Saya yakin, semua orang akan menemui hari tua atau hari sakit, pada saat tersebut semua manusia akan mencari pertolongan Allah SWT kecuali mereka yang telah Allah SWT kuncikan hatinya daripada hidayah Allah SWT seperti anak Nabi Noh A.S.

      Perbuatan jahat berhak dibalas dengan kejahatan, perbuatan baik berhak dibalas dengan kebaikkan tetapi Insan yang paling mulia di sisi Allah SWT apabila kita dapat membalas kejahatan dengan kebaikan.

      Oleh yang demikian, Allah SWT membalas kebaikan dan pahala kepada mereka yang sabar dengan balasan yang tidap dapat dihitung oleh kiraan otak dan alat kiraan manusia yang amat canggih samada exel atau calculator. Alat-alat atau program tersebut akan hancur dan rosak apabila mengira pahala-pahala yang Allah SWT sediakan untuk mereka yang mampu bersabar dengan ujian Allah SWT di dunia ini. Anggaplah apa yang anda hadapi adalah satu ujian yang amat besar dan akan mendapat anugerah Allah SWT yang amat besar di sisi Allah SWT.
      Sesungguhnya Allah SWT adalah bersifat Maha Cepat Dalam Pengiraannya melebihi semua kemampuan alat canggih ciptaan manusia yang dihasilkan oleh otak yang amat kecil.

      Sesungguhnya apa yang anda alami adalah hukuman Allah SWT kepada kelemahan undang-undang yang berpaksikan kepada demokrasi dan hasil pemikiran para pakar undang-undang yang menolak undang-undang Allah SWT. Suami anda adalah diantara mereka yang mengambil peluang di atas kelemahan undang-undang ciptaan manusia untuk melakukan maksiat dan dia yakin akan terlepas atau mampu menghadapi tindakan undang-undang ciptaan manusia dengan apa yang dia miliki.

      Dalam kesempatan ruang masa dan nikmat yang masih Allah SWT berikan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT sentiasa melindungi diri kita daripada melakukan maksiat. Amin Ya Rabbal Alamin. Wallahhu A’lamu Bissowab.

      • terima kasih…
        sebab sudi memberi nasihat kepada saya..insyaallah saya akan melakukan yang terbaik… selepas dekat kan diri dengan Allah s.w.t. rasa tenang sahaja… mungkin ini semua ujian untuk saya..
        insyaallah saya akan menjalani ini semua dengan tabah.. solat boleh dilaku kan tengah malam saja ke?

      • Terima Kasih kembali,
        Saya hanya dapat memberi nasihat tetapi anda yang bertindak pasti mendapat pahala dan berkat daripada Allah SWT.
        Solat hajat boleh dilakukan disiang hari pada waktu yang tidak diharamkan, sementara solat tahajjud yang amat indah pula mesti dilakukan pada waktu malam selepas kita bangun dari tidur ( Disunatkan tidur dahulu sebelum melakukan solat tahajjud. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya, Selamat menempuh kehidupan yang telah Allah SWT susunkan untuk kita. Seseungguhnya Allah SWT amatlah menyayangi kita, walaupun kita sentiasa menghimpun dosa setiap hari, namun Allah SWT tidak cepat menzahirkan kemurkaannya kepada kita semua. Itulah bukti Allah SWT masih memberi ruang masa dan tenaga untuk kita sujud kepadaNya. Wallahu A’lam.

    • Kau cburu senab lelali lebih hebat Dr kau ye x?

  10. assalamualaikum…
    seandainya seseorang wanita itu tidak lagi suci adakah kaum adam masih menerima wanita itu?
    setelah wanita tersebut berubah dan bertaubat kepada Allah s.w.t wanita tersebut di pinang oleh kaum adam adakah wanita tersebut perlu beritahu perkara sebenar ?
    atau wanita tersebut hidup di dunia ini seorang-orang dan terus bertaubat atas kesilapan yang telah dilakukan.

    • W.Salam.
      Lihatlah sejarah silam para sahabat Radiyallahhu Anhum, mereka adalah manusia yang paling banyak melakukan dosa dan bersikap kasar terhadap Rasulullah SAW serta Allah SWT.
      Tetapi kini mereka tercatit dalam sebagai insan yang paling sensitif dan berakhlak mulia. Walau mereka lelaki sedangkan anda wanita, namun dari segi dosa sama sahaja di sisi Allah SWT.
      Saya amat gembira, apabila mendengar perkataan ” saya telah bertaubat “. Semoga Allah SWT membantu anda menjalani kehidupan ini dengan penuh hidayah. Jika anda berkahwin dengan lelaki soleh atau orang biasa yang berhati mulia, tidak salah jika anda memaklumkan perkara sebenar, namun sebenarnya cukuplah anda berhubung dengan Allah SWT dan tidak perlu memaklumkan apa yang telah anda lakukan.
      Biarlah dosa kita dengan Allah SWT, kita berurusan dengan Allah SWT kecuali dosa kita yang berkaitan dengan manusia, maka wajib kita memohon maaf dengan manusia.
      Jangan sesekali anda hidup sendirian, walaupun tidak salah dari segi agama namun Sunnah Rasulullah SAW yang mengharapkan umatnya berkahwin mesti diutamakan.
      Betapa mulianya insan yang pergi menemui Allah SWT dan meninggalkan zuriat soleh dan soleh yang sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Allah SWT dan Rasulullah SAW pasti berbangga dengan tindakan dan usaha kita untuk mewariskan dunia ini pada golongan Soleh dan Solehah.
      Cahaya Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW terus bersinar dibumi ini serta pahala yang berterusan sampai kepada kita di alam Barzakh serta alam Akhirat.

      Ya Allah, Wahai Tuhan kami… Selamatkanlah kami daripada dosa zahir dan batin, sesungguhnya kehidupan di zaman ini manusia melakukan dosa dengan seribu cara yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW dan tidak pernah dilakukan oleh syaitan. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • saya jadikan ini semua pengajaran dalam hidup saya. terima kasih kerana telah tenangkan saya dan doakan saya temui insan yang beriman kepada Allah S.W.T sekarang saya amalkan baca yassin lepas maghrib. Suara ganggu telah pun tiada kalau tidak macam ada yang berbisik supaya saya bunuh diri.Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah sedarkan saya. semoga Allah S.W.T memberi peribadirasulullah pahala yang begitu besarnya kerana telah memberi nasihat dan naik kan semangat orang yang telah melakukan kesalahan untuk terus berubah..aminn ya rabbal alamin..

    • Line was not clear

  11. assalamualaikum…kenapa lah wanita dipermainkan oleh lelaki? adakah perempuan bodoh?

    • W.Salam.
      Allah SWT menjadikan lelaki sebagai khalifah adalah untuk melindungi wanita dan memimpin keluarga tetapi oleh kerana lelaki menyalah gunakan kelebihan tersebut, maka wanita menjadi mangsa. Wanita pula dijadikan lemah-lembut dan bersabar untuk menjadi pendidik dan penyejut hati lelaki disaat lelaki menghadapi kebuntuan tetapi oleh kerana wanita mengutamakan keduniaan dan tertipu dengan pujuk rayu lelaki maka wanita menjadi mangsa.
      Allah SWT telah mencipa lelaki dan wanita adalah untuk memakmurkan dunia ini dengan Syariat Allah SWT.
      Wallahu A’lam.

  12. assalamualaikum…adakah solat sunat hajat sama dengan solat sunat taubat..???

    • W.Salam.
      Solat hajat adalah solat yang ditunaikan untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT dalam urusan dunia yang berkaitan dengan dunia dan Akhirat secara berjamaah atau seorang diri. Solat Taubat pula adalah solat yang ditunaikan kerana bertaubat di atas dosa yang dilakukan secara seorang diri. Terdapat sedikit perbezaan pada cara perlaksanaanya.

  13. Assalamualaikum…

    Saya pernah melakukan zina. Dan saya tahu ia suatu perbuatan keji dan berdosa besar. Saya ingin bertaubat dan saya amat menyesali perbuatan saya. tetapi saya takut saya masih melakukan perkara yg sama. Bagaimana saya nak hindari diri saya dari zina? Dan perlukah saya melepaskan lelaki yg pernah berzina dgn saya. Dia ingin bertanggungjawab ke atas saya, tetapi dia masih ingin melakukan zina bersama saya. Tolong bagi nasihat kepada saya. terima kasih.

    • W.Salam.
      Mengulangi perbuatan zina selepas bertaubat adalah satu persendaan terhadap Allah SWT yang pasti menambah kemurkaan Allah SWT terhadap anda.
      Jika anda perhatikan maksud ayat dalam Al-Baqarah ayat 13-16 pasti anda memahami sikap anda terhadap Allah SWT.

      13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman.” mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?” Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.
      14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: “Kami Telah beriman”. dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka[25], mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.”
      15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.
      16. Mereka Itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, Maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

      Kini zaman musuh-musuh Islam menggunakan media di dalam negara-negara Islam untuk menghancurkan Islam secara halus, mereka menaja dan mengiklan aurat lelaki dan wanita sehingga umat Islam sudah biasa dengan perbuatan tersebut serta menjadi budaya hidup umat Islam seharian. Zaman yang kita ada sekarang adalah zaman mempersendakan hukum Allah SWT, dosa kecil menjadi amalan seharian dan dosa besar datang bersama hari-hari kebesaran dalam Islam dan hari bukan kebesaran Islam. Maal Hijrah disambut, Maulidul Rasul disambut dan kini krismas akan disambut tidak lama lagi serta pada tahun 2013 juga akan berterusan disambut. Betapa hinanya ajaran Islam yang dicemari dengan budaya-budaya sebegini, kesucian Allah SWT dan Rasulullah SAW serta agama Islam sentiasa dicemari dan dilumuri dengan dosa-dosa oleh perbuatan umat Islam sendiri. Ini semua menyebabkan kita semakin jauh dengan Pertolongan Allah SWT.

      Semoga anda bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan zina.
      Apa yang berlaku pada diri anda adalah satu kejayaan buat musuh-musuh Allah SWT yang berusaha membudayakan zina dalam kehidupan umat Islam dan menjadikannya satu perkara yang dianggap remeh serta tidak bersalah terhadap Allah SWT.

      Cintailah Allah SWT dan Rasulullah SAW yang tidak mengagongkan dosa, malah Allah SWT yang mencipta semua alam dan memiliki semua alam sendiri menyediakan Neraka untuk pelaku dosa.

      Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah pencinta Pahala sehingga Allah SWT menggambarkan orang-orang Mukmin akan berterusan melakukan ibadat dengan bertasbih dan berzikir kepada Allah SWT, walaupun mereka sudah berada di dalam Syurga Allah SWT. Mereka tidak melakukan dosa walaupun mereka diizinkan melakukan dosa kerana Mereka malu melakukan dosa dihadapan Allah SWT. Tasbih dan Zikir mereka, Allah SWT menjadikannya satu hiasan yang paling indah di dalam Syurga.

      Cuba anda bayangkan perbuatan anda semasa melakukan zina ditontoni oleh Allah SWT dan Para Malaikat, Allah SWT Yang Maha Melihat dan Para Malaikat Yang Amat Suci menyaksi setiap gerak geri anda semasa melakukan zina. Aurat dan Perbuatan keji anda dirakam oleh Para Malaikat dan akan ditayangkan di Padang Mahsyar nanti.

      Lelaki yang sanggup melakukan zina bukanlah lelaki mukmin yang menjadi kebanggaan Allah SWT dan Rasulullah SAW terserah kepada anda untuk menilai pilihan anda kerana Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa dalam mentadbir Alam ini dan Alam-alam yang bakal kita tempuhi, saya nasihatkan anda agar laluilah Laluan Kehidupan Rasulullah SAW pasti anda akan bertemu dengan Syurga Allah SWT dipenghujungnya.

      Semoga Allah SWT memberi Hidayah dan Jalan Keluar dari permasalahan yang anda hadapi,jadikan Solat Taubat dan Solat Istikharah satu amalan rutin dalam kehidupan anda. Insya Allah anda akan menemui Cahaya Ilahi Yang Sebenar. Amin Ya Rabbal Alamin.

    • Your problem go to hell actually.

  14. assalamualaikum….

    saya menyesal kerana telah simpan dendam terhadap bekas kekasih saya marah kan dia sebab tinggal kan saya setelah lama berlalu saya mula fikir setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya..patut ke saya minta maaf pada nya boleh saya hanya minta maaf dalam doa sebab tekanan saya xdapat kawal diri saya tak segaja sekarang saya tetap doakan kehidupan dia bahagia dunia akhirat..

    • Your problem go to hell actually.

  15. salam,teman wanita sy telah beberape kali melakukan zina dgn lelaki lain,tetapi skarg nie dia telah bertaubat…patutkah sy tggalkan perempuan ini..??pade mase yg same sy amat sygkan dia…minta penjelasan ustaz..

    • W.Salam.
      Jika teman wanita anda benar-benar bertaubat, Alhamdulillah. Terimalah dia dan tarbaihlah dia dengan cara terbaik serta segeralah berkahwin untuk mengelakkan perkara maksiat. Anggaplah dia seperti bayi yang baru lahir tanpa dosa. Pastikan dia tidak mengulangi perbuatan zina setelah bertaubat.
      Semoga Allah SWT menambahkan rezeki anda setelah melangsungkan perkahwinan. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • terima kasih ustaz
        sebab sudi memberi nasihat kepada saya..insyaallah saya akan melakukan yang terbaik..

    • Human kindness is like a gold. Where your kindness. Does’t you believe shit may generate power to our live even is was distasteful.

  16. Assalmualaikum Ustaz…

    Saya ada sedikit kemusykilan . Harap ustaz dapat menjelaskannya . Jika suami steri bersetubuh , mandi wajib nya adalah ‘junub’ tapi bagaimana pula bagi mereka yang melakukan zina . Mereka bukan suami isteri malah pada zaman skrang masih ada ‘sumbang mahram’ ! Jadi, jika mereka ingin bertaubat adakah mereka perlu mandi wajib seperti suami isteri yg sah ? Mohon penjelasan ustaz . Terima kasih .

    • W.Salam.
      Pada pandangan umum, memang banyak orang yang berpendapat seperti anda.
      Semasa saya berada di Madinah saya sempat melihat hukuman pancung yang dilakukan di tempat berhampiran dengan masjid Nabawi, orang yang akan dijatuhkan hukuman pancung dipaksa menunaikan solat Jumaat walaupun selepas solat dia akan dipancung, Betapa agongnya syariat Allah SWT. Inikan pula mereka yang berzina dan berpoya-poya dengan amalan syaitan, apakah mereka hanya boleh bertaubat dan mandi wajib. Pasti ini bukan syariat Allah SWT tetapi satu pandangan daripada golongan orang jahil yang ingin mencari jalan taubat secara mudah. Golongan ini memang memandang perbuatan zina satu kesalahan kecil yang boleh bertaubat bila-bila masa sebelum pintu taubat tertutup sedangkan untuk Allah SWT menerima taubatnya pasti Allah SWT ingin melihat ketulusan hatinya untuk menerima hukuman Allah SWT secara suka rela. Lihatlah golongan Para Sahabat yang telah bertaubat dizaman Rasulullah SAW, Para sahabat bersedia menerima hukukam Allah SWT dan mereka rela dihukum dengan seberat-berat hukuman agar mereka bertemu dengan Allah SWT nanti tanpa dosa.

      Untuk menghapuskan dosa di sisi Allah SWT kita wajib menyuci dosa dengan cara cucian Allah SWT terlebih dahulu barulah boleh bertaubat dan tidak sekali-kali mengulangi perbuatan tersebut.

      Betapa jauhnya kita daripada syariat Allah SWT sehingga mereka yang berzina boleh menghapuskan dosa dengan cara mandi wajib. Sila rujuk hukuman zina yang terdapat dalam Islam.

      Sila rujuk :
      http://www.islamhouse.com/p/71043
      http://www.islamhouse.com/files/id/ih_articles/…/id_03_masyarakat_muslim.doc

      Cuba renung ayat Allah SWT :
      Surah An Nuur, yaitu firman Allah : Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, (QS. an Nuur: 2)

      firman Allah : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (QS. an Nuur: 19)

      firman Allah SWT : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. (QS. an Nuur: 30, 31).

      Semoga anda memahami kehendak dan Hikmah Allah SWT dalam perkara Pengharaman Zina dalam Islam.
      Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari semua perkara yang mendekati zina. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • Maaf ustaz , saya masih kurang faham . Boleh tak ustaz jelaskan niat bagi seorang penzina , untuk dia mandi wajib . Mohon penjelasan ustaz….

  17. harap sngt-2 ustaz jelaskan .

  18. pak ustadz saya mau tanya??????klo seseorang yang berzina tyuz diyaa sudaah bertaaubat malah deket dengan seseorang laki-laki yang baek tpi sekarang kan pacaran sudah hal waajar.dya sama laki-laki yang di kenal iku pacaran model skrag tp gak sampe zinaa?baagaimana harusnya si perempuan iku menghadapinya?kan dya ingin bener2 taubat bashukha.

    • Untuk bertaubat di dunia pun agak sukar, apatah lagi untuk bertemu dengan Allah SWT jika tidak menguruskan dosa zina secara hukum hudud. Apa jua tindakan kita untuk bertaubat dan meninggalkan perbuatan keji wajib kita lakukan proses sebagaimana Rasulullah SAW telah lakukan. Hukum syriat Allah SWT tidak boleh diikutkan model ciptaan yahudi secara pacaran, kerana model pacaran atau percintaan sekaranglah jumlah bilangan anak zina tidak dapat dihitung lagi.
      Ummah ciptaan sebegini tidak akan mencium bau Syurga Ilahi. Nauzubillah Min Zalik.
      Agar pertemuan dengan Allah SWT tidak dipenuhi dengan rasa malu di atas perbuatan zina di dunia, marilah sama-sama kita melaksanakan Syariat Allah SWT 100% dalam kehidupan kita seharian pasti, Allah SWT akan malu dengan usaha Umat Nabi Muhammad SAW yang dipenuhi dengan amalan Al-Quran. Amin Ya Rabbal Alamin.

  19. terima kasih pak ustadzt berarti intinya haruz bener2 meninggalkan yang mendekati zinaa?tetapi apabila dalam menikah haruskah dia menceritakan masa lalunyaa dengaan pasangannya.apabila di ceritakan otomatis pasangannya tidak mau tetapi aapaaabilaa di pendam sendiri aapa tidaak menjadi pembohong?sekali lagi terima kasih aya bapak ustadz atas waktunya.

    • Honesty like honest. Liar just like lion. Lion just like animal being.

  20. Assalamualaikum …

    saya mempunayai 2 isteri. Sejak bernikah kali ke2 nya, saya amat jarang kembali ke rumah yg pertama, mungkin kerana ingin mengajar isteri pertama berdikari disamping membalas kelakuannya terhadap saya dan keluarga saya sepanjang tempoh beberapa tahun yg lepas.
    kadang kala, saya merasakan ada sesuatu didalam diri saya ini yg menghalang dari berhubungan dengan istri pertama saya, malahan dengan keluarga saya. ditambah lagi dengan ada perasaan ‘ada sesuatu’ didalam diri isteri kedua saya.
    Saya tak mahu menuduh melulu tetapi, hati ini tetap mengatakan ada ‘sesuatu’ yg membuat saya jadi begitu….. mulut seolah terkunci, segala kelakuan saya seolah dikawal, perasaan jadi takut bila berhadapan dengan isteri kedua.
    ada beberapa kawan yg menyarankan saya supaya pergi periksa samada mungkin ada sihir atau jin sudah bertenggek diatas saya sehingga jadi begitu.
    segala kemahuan isteri kedua saya turuti, tidak seperti yg pertama, teramatlah jarangnya dah boleh dikatakan tidak adil.
    cuma saya ingin tahu……bagaimana nak tahu yg diri saya ini disihir atau isteri saya ini ada memakai sesuatu supaya saya ini tundukkan kepada dia.
    apakah amalan supaya saya dilepaskan dari belengu ini semua sekiranya saya ini benar2 disihir.

    Wassalam

    • Its just have Ferrari than gen2. You decide both you go to hell. Choose the better one.

  21. sy ad masalah..hati x tenang,nk tido pun x lena..fikiran bercelaru…sy dpt rse ini ujian allah kepada sy..sy telah byk lakukan dose..sblom ni sy berzina dgn pmpuan…bkn skli…tp byk kali….sy nk bertaubat nasuha…bgaimana cara untuk bertaubat dgn cara yg betul

    • Yakinlah dengan janji Allah SWT, bahawa Allah SWT mengampun segala dosa selain daripada Syirik dan Yakinlah juga bahawa Rasulullah SAW yang berpeluang melakukan segala-galanya tetapi Rasulullah SAW tidak menggunakan kesempatan tersebut kerana Malu dengan Allah SWT yang sentiasa memerhatikan pergerakkan Hamba-HambaNya.
      Gunakan noda-noda dosa yang telah anda lakukan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana dalam kisah Barsisasa.
      Malulah kepada Allah SWT kerana anda menggunakan nikmat segala pancaindera yang telah Allah SWT kurniakan untuk perkara yang amat keji, berdoalah kepada Allah SWT agar anda tidak termasuk dalam senarai bala tentera syaitan yang akan berbaris menuju ke Neraka Allah SWT.

      Semoga Allah SWT sentiasa mendampingi kita dalam semua perkara, Amin Ya Rabbal Alamin.

  22. salam..ustz sy nk tny adakah pasgan yg berzina akan terhapus dosany apbla slps kahwin dgn psngn zinanya itu?

    • Dalam persoalan dosa besar sebegini, kita mesti berpegang teguh dengan Firman-Firman Allah SWT seperti dibawah ini :

      QS. 4.An Nisaa’:116

      إِنَّ ٱللَّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلاً بَعِيداً

      “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (QS. An Nisaa’:116)

      Dan sebagai peringatan dan terus berjaga-jaga maka kita mesti berpegang dengan Firman dibawah :

      فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

      Terjemahan: Sesiapa melakukan amalan baik, nescaya dibalas baik, sesiapa melakukan amalan buruk, nescaya dibalas buruk, biarpun sebesar zarah. (al-Zalzalah: 7-8).

      Setiap dosa yang telah kita lakukan pasti tidak akan terhapus dalam Catitan Rakib dan Atid, namun hanya dengan rahmat Allah SWT sahaja yang dapat melepaskan kita daripada azab Allah SWT.
      Janganlah anda berputus asa dengan Allah SWT, Bangunlah malam dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta berbicaralah dengan Allah SWT, pasti anda akan mendapat jawapannya.

      Lupakan dosa yang lalu dan janganlah membebankan fikiran anda dengan dosa-dosa lalu tetapi bersegeralah menghimpun pahala daripada sekarang dengan sisa hidup yang masih ada. Insya Allah, Allah SWT akan merahmati dang megampunkan dosa anda.Hanya Allah SWT shaja yang dapat memberi jawapan terbaik di atas pertanyaan anda.

  23. salam. ustaz.. jikalau boleyh saya ingin bertnya dengan ustaz secara peribadi.. saya telah lakukan sesuatu yg benar2 salah. saya ingin mencari keredhaan sebenar kembali. saya harap ustaz membantu saya..

    • W.Salam.
      Jika tidak berkeberatan sila kirim email kepada saya ” abeminkzah@yahoo.com
      Insya Allah jika saya mampu membantu, saya bersedia mambantu. Jangan terlalu bersedih kerana hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukan segala-galanya, manusia hanyalah makhluk yang terlalu lemah diantara makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT.

  24. tq… info, ustaz. Minta izin copy untuk kongsi dengan rakan-rakan, semuga usaha ini diberkati oleh Allah…

    • Silakan. Jazakumullah Khairul Jaza’.

  25. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat apa segala kesilapan kitq apa yang penting kita bertaubat dengan bersungguh sungguh dan jgn sesekali mengulaginya…

  26. assalammualaikum ustz..sy ingin meluahkan ape yang sy tnggung selama ini..sy bnyak melalkukan kesalahan..sy sentiasa rasa bersalah dengan kesalahn yang sy lakukan dlu..semua tu menghantui diri sy..sy sngt2 ingin bertaubat..tp ada satu ketika, sy berfikir adakah layak untuk sy bertaubat sedngkan kesalah sy itu besar dan sy sngt malu dengan orng sekeliling terutama ibu dan keluarga sy..ustz..sy sekrng telh bertunng dn mempunyai seseorng yg boleh dikatakan dtg dri keluarga yg baik..namun perasaan beralah menghantui saat sy fikir dosa silam sy..sehinggakan sekrn sy tidak tenng n sering tinggl solat dengan alasan sy tkut allah tidak menerima taubt sy dan sy sering jga melakukan kesalah itu..dan sekrng sy tkut menhidpi penyakit berbahaya..sy ingin bertaubt kepada ALLAH untuk sy tidk lg terjerumus ke arah kemaksiatan lg..dan mcm mana sy nak thu ALLAH terima taubat sy ustz?

    • W.Salam.
      Yakinlah Allah SWT akan menerima Taubat kita selagi kita TIDAK bersyirik kepada Allah SWT. Kita dan semua makhluk akan mengadap Allah SWT tanpa ragu-ragu, oleh yg demikian kita tidak perlu fikir banyak, mulakan perbuatan soleh pada hari ini, gunakan kesempatan yang masih ada, apa jua pandagan mereka disekeliling kita, jangan kita pedulikan. Mengadaplah Allah SWT dalam keadaan berwuduk.. solat dan sujudlah sepuas-puasnya kepada Allah SWT.Bacalah Al-Quran dan tafsirannya serta fahamilah kata-kata suci Allah SWT. Dekatlah kepada Allah SWT, saya yakin anda akan tenang. Anggaplah penyakit yang menimpa anda sebagai kunci kearah mendekatkan diri kepada Allah SWT. Itulah tanda amaran Allah SWT atau ayat-ayat kekuasaan Allah SWT terhadap hamnbaNya yang telah melakukan dosa atau melanggar perintah Allah SWT. Anggaplah penyakit tersebut sebagai pengajaran yang amat bernilai sehingga anda mampu mengetuk pintu syurga Allah SWT. Ramai orang kafir yang cerdik dan bahagia di dunia ini tetapi pengakhiran kehidupan mereka adalah dalam Neraka Allah SWT. Bersykurlah diatas hidayah dan pertolongan yang telah Allah SWT berikan kepada anda disebalik perbuatan yang telah anda lakukan..
      Semoga Allah SWT mengasihi anda di dunia dan di AKhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin.

  27. SUNGGUH MULIA HATI USTAZ HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALAS DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN AHLI SYURGA AMIN…..

  28. salam ustaz . apa khabar?
    saya ingin bertanya , teman kawan saya menghadap masalah saya ingin membantu tapi pengetahuan agama saya tidaklah begitu mendalam .saya berharap ustaz dapat membantu.
    masalah yang kawan saya hadapi ..dia dah bnyak kali melakukan zina kalau boleh smggu tu dlm 3 kli dia buat .pakwe dy uh ptme kali sentuh n amk dara dy ptt ta dy tggalkan lelaki itu?umur baru 19.
    lepastu apa yang dia buat tu dosa dia mak ayah dia akan dapat balasan ke .tapi ayh dgn mak die selalu bagi nasihat cuma dia je yang terpengaruh dengan ciaple jadi macamni .
    macamne ustaz? harap ustaz le tolong masalah kawan saya tu. terima kasih assalamualaikum :)

    • W.Salam.
      Betapa besarnya dosa yang kawan anda lakukan. Ibu bapa sebagai wali memang menanggung dosa yang anaknya lakukan.
      Ibu bapanya pasti tidak dapat melangkah kaki memasuki syurga walau sebanyak mana ibadat yang kedua ibu bapanya lakukan.
      Betapa berharganya hidayah Allah SWT untuk mereka yang mencari nilai Akhirat. Kehidupan sebegini amat memalukan Islam dan pasti Rasulullah SAW tidak mengaku umatnya, sebeb itulah Allah SWT memelihara Rasulullah SAW daripada terlibat dengan perkara dosa. Zina, dadah, arak dan sebagainya merupakan ketagihan yang Allah SWT haramkan.
      Jika sudah sampai peringkat sebegini, anda perlu berusaha bersungguh-sungguh mencari peluang terbaik untuk berdakwah kepadanya secara berhikmah.
      Saya cadangkan anda hadiahkan buku-buku novel berbentuk agama kepada kawan anda.
      Cuba ceritakan kepadanya kesan penyakit aids yang telah dia tempah tanpa disedari.
      Ceritakan kepadanya mereka yang telah menemui Allah SWT tanpa sempat bertaubat dan apa yang paling penting, berilah peringatan kepadanya tentang kematian yang pasti tiba tanpa disedari.
      Anda anggaplah ini satu ujian Allah SWT kepada anda untuk mendapat pahala yang amat besar disisi Allah SWT apabila anda mampu mengubahnya dari Jalan kesesatan kepada Jalan Allah SWT.
      Bukan mudah untuk kita menjadi Ahli Syurga. Syurga Allah SWT dikeliling dengan pengorbanan jiwa, harta dan jasmani. Tidak semua insan sanggup melakukan perkara sebegini kecuali Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul pilihan Allah SWT serta insan yang terpilih sahaja.
      Saya tidak berkebaratan untuk membantu secara langsung tetapi saya wajib berhati-hati untuk menjaga epentingan Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW serta pahala amal, ibadat saya agar selamat dari sebarang fitnah kerana saya kaum lelaki.
      Walau apa pun emailkan kepada abeminkzah@yahoo.com jika keadaan amat terdesak. saya akan berusaha untuk membantu secara Pendidikan dan Rawatan Islam di pusat rawatan Islam sahabat saya.
      Semoga Allah SWT memberkati hidup anda kerana anda telah dipilih oleh Allah SWT sebagai penyebab atau jalan untuk menyelamatkan sahabat anda yang berada dalam kancah maksiat. Amin Ya Rabbal Alamin.

      • assalamualaikum . terima kasih sangat2 ataz nasihat dan tazkirah nye insyaallah saya akan cuba memberitahu kawan saya. tapi kan ustaz saya musykil skit la.. setahu saya kalau kita dah baligh bukan ke kita tanggung dosa kita sendiri ? haa .. maap saya hanya insan yang lemah :(
        then kawan saya tanya tapi saya ta dapt na jwb pulak ..kalau dah buat maksiat .kne mandi wajib ke macammne ?kalau ye niat nye apa?mesti nak solat semua tu takut tak diterima je oleh allah. terima kasih assalamualaikum :)

      • W.Salam.
        Jika melakukan dosa besar kena bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan mandi wajib tetapi bagi pelaku zina mesti dihukum dengan hukuman Islam barulah dosanya diampunkan oleh Allah SWT ( 80 sebatan).
        Apa yang berlaku banyak hikmahnya jika dijadikan perantaraan untuk mendekati Allah SWT.
        Jika pelaku zina belum mendapat penyakit berbahaya, maka alangkah bertuahnya kerana Allah SWT masih memberi peluang untuk merasai nikmat dunia ini seperti lain-lain hamba Allah SWT.
        Itulah tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita semua.
        Gunalah kesempatan yang ada untuk mencapai peringkat Syurga Tertinggi di sisi Allah SWT.
        Wallahu A’lamu Bissowab.

  29. Hello very cool site!! Man .. Beautiful .. Superb ..
    I will bookmark your web site and take the feeds also?
    I am satisfied to seek out so many useful info here within the submit, we need develop extra techniques in this regard, thank you for sharing.
    . . . . .

    • T.Q.

  30. Depending on your current and possible future energy consumption,
    you need to get the right size cells. Everyone has to take a regular shower or bath, the
    washing machine is in constant use and you need to make sure that all bedrooms are continually kept warm.
    Therefore, you can create electricity using other forms of energy, and it
    is this concept that we will explore when we produce electricity
    from home.

  31. Saya sekarang masih bersekolah . masa tahun lepas saya telah meminjam duit kelas . Bendahari kelas lupa hendak tuntut . sekrang sudah masuk tahun baru dan berpecah kelas . dan saya pun sudah berpindah ke sekolah lain . bagaimana hendak mengembalikan wang kelas tersebut kerana kebanyakkannya berpecah ke kelas lain tidak sekali lagi ?

    • Jika boleh buatlah satu pertemuan atau keramaian dan maklumkan dalam majlis tersebut sambil mengeratkan kembali silatul rahim.Anggaplah ianya satu perkara yang mudah dan Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun pasti memudahkan perkara yang baik.

      • Bnyk duit ape2 boleh buat sekarang budak :)

  32. Budak2 x tau nak cari duit banyk sila tnya abg ni bagaimana?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,607 other followers

%d bloggers like this: