Posted by: peribadirasulullah | Julai 29, 2010

16 Waktu dan Tempat yang paling mustajab dimakbulkan doa

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs193.snc4/37974_138360556197470_100000705805449_223899_3413530_n.jpg

WAKTU DAN TEMPAT DOA DIMAKBULKAN

16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA’ABAN
  • MALAM ‘LAILATUL QADAR’
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

  • KETIKA MELIHAT KAA’BAH
  • DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DISISI MULTAZAM
  • DIBAWAH PANCURAN EMAS
  • DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DIATAS BUKIT SOLAT
  • DIATAS BUKIT MARWAH
  • DITEMPAT SA’I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DISISI JAMRAH AL-ULA
  • DISISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DISISI JAMRAH AL-‘AQABAH
  • DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.

(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)


Responses

  1. saya sering bahkan hampir tiap hari saya berdoa dan berdoa…tetapi kadang kala semua itu butuh waktu yang cukup lama…adakah cara yang paling cepat dan mustajab dan waktu yang tepat selain solat 5 waktu

    • Bagi saya, selepas solat Dhuha dan Solat Tahajjud adalah waktu paling manis untuk berhubung dengan Allah SWT. Kita mesti mencuri masa beribadat dan bertemu dengan Allah SWT. Dizaman ini, jarang sekali manusia menyuruh kita beribadat kepada Allah SWT terutama bos yang anti agama. Tidak ada iklan di TV yang menyuruh kita bermunajat kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, kita mesti pandai mengurus nikmat masa yang Allah SWT berikan kepada Umat Islam. Tahniah kerana anda merasakan masa tidak cukup, ini bererti anda adalah seorang yang rajin dan cergas dalam kehidupan seharian. Semoga Allah SWT memberkati hidup anda.

  2. salam…
    kenapa sy selalu solat tapi bila test atau quiz sy x dapat beri yg terbaik… :(
    saya rasa sy diuji dengan hebat oleh Allah….:(
    lagi 2 minggu sy akan ade peperiksaan akhir…sy telah berusaha tapi markah untuk quiz test dan ujian sgt sedikit…:( saya rasa kecewa kerana sy tak mahu ulang kertas tersebut sy juga telah berusaha membuat latihan tapi masih lagi gagal…apa harus sy lalkkukan??

    • W.Salam.
      Tenangkan fikiran anda,bincanglah dengan guru yang terlibat dan juga sahabat handai yang bijak dalam mata pelajaran tersebut. Jangan anda anggap kegagalan mata pelajaran tersebut boleh memusnahkan kehidupan anda di dunia dan Akhirat. Jangan solat untuk memohon kejayaan tetapi pohonlah pertolongan Allah SWT dalam semua hal.

      Ada seorang pensyarah yang bermati-matian berkerja hanya demi mengejar gelaran Profesor.
      Ibadat haji, puasa sunat, solat hajat, solat tahajjud dan doanya sentiasa menyebut gelaran prof. Kini segala amal ibadatnya selama bertahun-tahun, Allah SWT telah beli dengan gelaran Profesor sahaja.

      Setelah mendapat gelaran tersebut, barulah dia sedari betapa bodohnya diri dia kerana sanggup menipu Allah SWT dalam melakukan ibadat. Dia dapat rasakan bahawa segala amal ibadat yang dilakukannya selama ini tidak Ihklas kepada Allah SWT. Dia sanggup menipu Allah SWT, betapa murahnya nilai ibadat dia selama ini. Kini gelaran prof tidak bermakna lagi buat dirinya kerana dia dapat rasakan betapa ruginya, amal ibadatnya berpuluh tahun sia-sia begitu sahaja. Tangisan, tahajjud dan solat hajatnya selama ini pasti mendapat murka daripada Allah SWT.

      Kini dia sanggup memberi ceramah dan kuliah secara percuma kepada pelajar universiti-universiti tanpa mengharapkan apa-apa bayaran, dia menyesal di atas perbuatan yang lalu. Apa yang pelik pula kebanyakkan ustaz-ustaz sampul surat pula yang tidak sedar tentang perkara ini. Betapa ramai ustaz-ustaz yang memilih kandungan sampul surat yang lebih tebal diantara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Jika selesai ceramah dan membuka sampul surat yang mengandungi RM***** keatas barulah keluar lafaz ” Al-Hamdulillah “.

      Dari cerita prof yang saya selitkan dapat menyedarkan anda bahawa matlamat hidup manusia kini kebanyakkannya melakukan ibadat kepada Allah SWT berlapikkan niat tertentu barulah menyembah Allah SWT, solat dan tahajjudnya akan diselit dengan tangisan serta taubat lalu akan disebut niat sebenar ibadat yang dilakukan.

      Betapa Allah SWT Maha Mengetahui niat dan matlamat sebenar ibadat mereka kepada Allah SWT. Semoga anda memahami maksud saya, jangan anda menyalahkan solat yang anda lakukan sehingga anda tidak bersemangat untuk menumpukan pelajaran. Cuba muhasah diri melalui perbincangan dengan mereka yang lebih arif dan ikhlas, semoga Allah SWT memberi jalan keluar, untuk anda hidup dengan matlamat yang lebih jelas tanpa mendapat kejayaan secara Istidraj. Amin Ya Rabbal Alamin.

  3. Assalamualaikum, dikatakan doa yang afdhal ialah doa seorang ibu kepada anak-anaknya. Namun adakah akan makbul doa ibu jika si ibu sendiri derhaka terhadap suaminya? sekian, terima kasih

    • Jika seorang isteri yang derhaka pada suami pasti semua amalan fadhunya ditolak oleh Allah SWT apatah lagi amalan-amalan sunat dan doa. Fahaman sekular hanya memuja kelebihan ibu yang ada dalam Islam tanpa mengambilkan berat tanggung jawab kepada Allah SWT terutama berkaitan aurat dan perhiasan yang berlebihan yang mengundang murka Allah SWT.
      Hanya ibu yang aqidahnya betul, menjaga solat, menutup aurat dan taat pada suami sahaja yang Maqbul doanya tetapi sebagai anak kewajipan mentaati wajib taat ( anak yang memahami agama bukan anak yang sama-sama meminggirkan agama ) walau ibunya telah Allah SWT ubah menjadi babi sebagaimana dalam sejarah realiti Nabi Musa AS.
      Maha Suci Allah SWT dalam memilih manusia untuk mendiami Syurga.
      Ramai orang Islam kini yang menipu Allah SWT sedang Allah SWT tahu penipuan mereka.
      Mereka sembah Allah SWT dalam solat tetapi mereka sembah selain daripada Allah SWT diluar solat.
      Mereka menunaikan dengan harapan mendapat haji Mabrur sedangkan pada hakikatnya mereka merampas peluang haji orang lain.
      Mereka menderma dijalan Allah SWT walaupun pekerjaan dan hasil mereka dijalan yang haram.
      Mereka berpolitik dengan politik Islam sedangkan kehidupan mereka seharian tidak membayangkan nilai-nilai Islam.
      Sesungguhnya amatlah Jelas perjuangan Rasulullah SAW setiap saat, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun, semua untuk Allah SWT.
      Apa yang terkandung didalam Al-Quran itulah aktiviti Rasulullah SAW sepanjang hayatnya.
      Alhamdulillah, Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhirnya dengan sempurna apabila Islam telah Syumul.
      Masjid terbina dengan bersih dan rapi, makmum sentiasa merindui Allah SWT untuk solat dan berhubung dengan Allah SWT secara langsung.
      Segala hikmah dan nilai-nilai murni dalam Al-Quran telah diamalkan. Hukum Taharah dilaksanakan di bandar-bandar Islam, perkampungan Islam, keluarga Islam dan seluruh Kementerian Islam bukan sekadar mengajar Feqah Taharah di dalam masjid malah melaksanakan Feqah Taharah di dalam masjid.
      Betapa Indahnya Syariat Allah SWT.. SubhanAllah. Itulah Kesyumulan Islam yang memberi Rahmat ke Seluruh Alam.

  4. doa yang paling mustajab adalah waktu dhuha pada hari jum,at, janganlah berdoa untuk sesuatu yang buruk


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,619 other followers

%d bloggers like this: