Posted by: peribadirasulullah | Jun 5, 2010

3 Doa Penting Dalam Kehidupan Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

http://forum.hawahome.com/files/upload_files/34/565.JPG

  1. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa terdahulu yang telah ku lakukan dan segala dosa yang baru ku lakukan ( tanpa sengaja ).
  2. Ya Allah, yakinkanlah dalam diriku tentang azab kubur dan seksaan api neraka.
  3. Ya Allah, masukkanlah daku dalam Syurga Firdaus dan terimalah permintaanku di dunia dan di akhirat.

Nota :

Saya memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat menyumbang berita terkini dan bahan-bahan ilmiah untuk panduan kehidupan kita sebagai hamba Allah, kerana saya menghadiri majlis sanak-saudara di Pahang, Insya Allah hari Selasa kita bertemu kembali, dengan izin Allah SWT.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog saya, sama-samalah kita mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sebenar-benar pengabdian, marilah kita korbankan harta, masa dan jiwa untuk mencari habuan Allah SWT.

وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Responses

  1. asalammualaikum…!!!

  2. waalaikumussalam wrt..syukrn jaziln kpd blogger ini..sngt brfaedah bg sya…

    • Jazakumullahhu Khairul Jaza’.

  3. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya x pasti disini tempat yang sepatutnya saya bertanya.
    Saya cuma ingin kan kepastian sekiranya kita sedang menqada’kan solat2 kita yg dahulu adakah kita boleh melakukan solat sunat tarawih?ada yg berpendapat kita wajib buat qada’ solat2 yg tertinggal dahulu sebelum melakukan solat2 sunat yg lain.
    Utk pengetahuan Ustaz,saya melakukan qada’ solat2 saya yg dahulu sebanyak 5 kali sehari.saya tidak melakukan lebih dari itu kerana saya takut nanti kalau saya buat lebih saya hilang khusyuk.Jadinya disini saya masih byk lagi solat yg belum saya bayar.Adakah boleh saya nak solat terawih dibulan ramadan ini dlm keadaan solat2 wajib yg masih byk belum berbayar?
    Maaf kiranya disini bukan sepatutnya saya bertanya.

    Terimakasih.

    • W.Salam.
      Apa yang anda lakukan amatlah baik, lebih-lebih lagi apa yang sudah berlaku membuatkan anda lebih dekat dengan Allah SWT. Allah SWT yang memiliki kuasa mutlak dalam pemerintahanNya telah mentakdirkan anda dapat mendekati Allah SWT melalui liku-liku yang telah anda lalui. Sebenar apa yang kita lakukan, samada beribadat biasa atau ibdat khusus seperti solat dan sebagainya hanyalah terhenti ditahap mengharap ihsan Allah SWT sahaja. Sebanyak manapun ibadat yang kita lakukan nescaya tidak mampu membeli Syurga Allah SWT tetapi sedikit dosa atau sebesar zarah pun dosa yang kita lakukan tanpa mendapat keampunan Allah SWT pasti akan dibalas dengan bakaran api neraka.

      Oleh yang demikian, tindakan anda tidak salah, tunaikanlah solat Terawih dan jangan lupa Qada’ solat yang tertinggal serta apa yang lebih penting adalah doa dan munajat anda kepada Allah SWT dengan hati yang penuh penyesalan, ingatlah semua perkataan yang keluar daripada mulut manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan pasti didengari oleh Allah SWT. Apatah lagi rintihan dan rayuan anda sebagai umat Nabi Muhammad, Insya Allah didengari oleh Allah SWT.

      Salam Ramadhan daripada saya, marilah kita berpuasa Rohani dan Jasmani.

      Untuk renungan bersama, semasa saya berumur 20-30an, apabila saya bersahur dan berbuka, saya akan makan sepuas-puasnya. Apabila umur saya telah memasuki 40an dan saya sering mendengar nasihat serta motivasi dari berbagai pihak, timbul kesedaran ” Bahawa saya berpuasa dan melakukan aktiviti seharain sebulan Ramadhan dalam keadaan menipu Allah SWT, pada zahir saya berpuasa dan mengharapkan kesihatan yang Allah SWT janjikan, sebenarnya apa yang saya lakukan disebaliknya dan memberi mudharat kepada diri sendiri. Kini saya bersahur dan berbuka ala kadar kerana saya lebih mengharap kesihatan,keredahaan Allah SWT dan apa yang lebih penting adalah tenaga luar biasa yang Allah SWT anugerahkan kepada Orang-Orang Beriman semasa berpuasa, sehingga mereka mencapai kemenangan di dalam peperangan adalah disebabkan mereka berpuasa “. Kadang-kadang budaya dan adat serta hawa nafsu, kita campur adukkan dalam urusan Agama Allah SWT tetapi kita mengharapkan Hikmah dan Fadhilat daripada amalan tersebut, betapa jauhnya kita dari Sunnah Rasulullah SAW.

      Salam Ramadhan dan Salam Ukhuwah Islamiah untuk semua.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,418 other followers

%d bloggers like this: