Posted by: peribadirasulullah | Februari 20, 2010

Hujan air batu sebesar 15cm jatuh daripada langit

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Surah : Ar-Ra’du : 11

Al-hamdulillah Allah SWT tidak menghendaki ianya menimpa suatu kaum alalu jatuh dengan selamat tanpa mengenail makhluknya yang lemah.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Surah An-Nur : 43


Responses

  1. salam..
    ape hikmah allah turunkan hujan batu..
    rahmat@bala??

    =) teruskan usaha baik anda tuk smpikn dakwah..

    • Sesungguhnya terlalu banyak hikmah disebalik kejadian tersebut, Tetapi ingatlah Allah SWT mampu mengazab manusia yang melakukan maksiat dan berdegil untuk melaksanakan undang-undang Allah SWT dengan hujan air batu sehingga mereka boleh menjadi lumat dan hancur seperti daun yang telah dimakan ulat. Lihatlah kesan tentera bergajah dalam sejarah Islam.
      Terima Kasih kerana anda berminat kepada Ilmu Allah SWT yang Maha Tinggi, maaf kerana terlambat membalas mesej anda sebab saya ada urusan penting di Baling.Kedah. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  2. 4405

  3. Alangkah banyaknya manfaat hujan yg kita lupakan..

    http://learningfromlives.wordpress.com/2012/01/05/ilham-dari-hujan/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,614 other followers

%d bloggers like this: