Posted by: peribadirasulullah | Januari 30, 2010

Satu Pertiga Tentera Wanita Amerika diperkosa semasa bertugas

WASHINGTON – Menurut berita web  NPR, survei dari sejumlah bekas tentera perempuan tahun 2003 yang ditemubual bahawa 30 peratus di antara  mereka telah diperkosaa semasa bertugas. Sebuah kajian  tahun 2004 mengenai bekas tentera yang sedang melakukan rawatan medic untuk kelainan pasca-traumatic stress(trauma stress selepas peperangan ), ditemui bahawa 71 peratus perempuan mengatakan mereka diserang secara seksual atau diperkosa pada saat sedang bertugas. Dan hasil kaji selidik  tahun 1995 mengenai bekas tentera  perempuan perang Teluk dan lain-lain peperangan sebelumnya, ditemukan bahawa 90 peratus telah dimalukan secara seksual.

BBC pula baru-baru ini melaporkan sebuah buku dengan tajuk  “The Lonely Soldier: The Private war of Women Serving in Iraq” yang ditulis Helen Benedict, yang kandungannya memaparkan betapa sulit yang harus dialami oleh tentera perempuan yang ditugaskan di luar Amerika. Benedict mewawancarakan beberapa perempuan dalam barisan militer AS  dan beberapa cerita mereka itu benar-benar di luar dugaan. Spesialis tentara Chantelle Henneberry mengulas tentang beberapa pengalamannya di Iraq, “Semua orang seharusnya memiliki teman pertempuran dalam angkatan bersenjata dan perempuan seharusnya memiliki satu orang yang akan menemaninya semasa  pergi ke toilet, atau ke bilik mandi, sehingga anda tidak diperkosa oleh salah seorang pemuda ketika anda sedang sendiri. Tetapi kerana saya adalah perempuan satu-satunya di sana, saya tidak memiliki teman. Teman saya adalah pistol dan pisau.” lain-lain  kajian merumuskan  bahawa 90%  dari semua perempuan yang bertugas di dalam tentera AS telah dimalukan secara seksual. Ada kajian  mengatakan bahawa 90% dari semua mangsa perkosaan tidak membuat laporan. Sebuah wawancara  online dari seorang bekas  tentara AS yang identitinya dirahsiakan mengatakan, “Setidak- tidaknya tiadak ada lagi  saya dimalukan atau dipersendakan. Saat itu adalah hari-hari yang sangat buruk bagi saya. Tidak ada seorang pun dari teman-teman saya yang diperkosa mahu melaporkan tindak kejahatan yang menimpa mereka . Atau jika kita cuba melaporkan, kami dipaksa tutup mulut atas nama ‘moral’. Bekerja dengan secara diperkosa Anda setiap hari sama sekali bukan hal yang menyenangkan, percayalah.” Pada tahun 2008, hanya 62% dari pelaku terkena jerat hukum akibat dilakukan seksual atau perkosaan. Itupun hanya menerima hukuman yang sangat ringan, seperti penurunan pangkat, skorsing atau teguran tertulis.Namun jelas masalah ini tidak hanya terjadi dalam badan tentera AS. Pelanggaran kehormatan ini pun merajalela di kalangan kontraktor pertahanan swasta AS di luar negeri. Seperti halnya yang dialami oleh Jamie Leigh Jones. Kontraktor perempuan ini dibius dan diperkosa oleh tujuh rakan kerjanya dari Halliburton/KBR ketika  sedang berada di Irak tahun 2005 dan Jones mengalami luka yang sangat serius. KBR hanya meyediakan  sebuah tempat tidur, tanpa makanan, air dan kemudahan perubatan. Budaya kekerasan seksual terhadap perempuan ini sepertinya bukan hal yang aneh, baik di dalam tentera AS mahupun kontraktor swasta negeri Paman Sam ini. Dan banyak kalangan yang meminta pemerintah bertindak tegas untuk mengakhiri budaya yang tidak bermoral ini. Ketika  hampir satu pertiga dari semua perempuan yang ditugaskan mengalami perkosaan dan lebih dari dua pertiga lagi  mengalami penyerangan secara seksual, namun masalah ini masih merajalela dan semakin sistemik di Amerika Serikat.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,422 other followers

%d bloggers like this: