Salah satu hadis yang sangat popular yang membuat rajin kita membaca salawat ialah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca salawat untukku, Allah akan membalasnya 10 kebaikkan, diampuni 10 dosanya dan ditambah 10 derajat baginya.
Berikut ini adalah bacaan Salawat Tafrijiah:
Ya Allah, limpahkanlah salawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.
Dalam kitab Khozinatul Asror (hlm. 179) dijelaskan, “Salah satu salawat yang mustajab ialah Salawat Tafrijiyah Qurthubiyah, yang disebut orang Maroko dengan Salawat Tafrijiah kerana jika mereka (umat Islam) mengharapkan apa yang dicita-citakan, atau ingin menolak yang tidak disukai mereka berkumpul dalam satu majlis untuk membaca salawat tafrijiah ini sebanyak 4444 kali, tercapailah apa yang dikehendaki dengan cepat ( dengan izin Allah).”
“Salawat ini juga diamal oleh para ahli yang tahu rahasia alam diyakini sebagai kunci gudang yang segala khazanah Dan imam Dainuri memberikan komentarnya: Siapa membaca salawat ini selepas selesai salat (Fardhu) 11 kali digunakan sebagai wirid maka rezekinya tidak akan putus, di samping mendapatkan pangkat kedudukan dan tingkatan orang kaya.”
Hadis riwayat Ibnu Mundah dari Jabir mengatakan: Rasulullah SAW bersabda: Siapa membaca salawat kepadaku sehari 100 kali (dalam riwayat lain): Siapa membaca salawat kepadaku 100 kali maka Allah akan memakbulkan 100 kali hajatnya; 70 hajatnya di akhirat, dan 30 di dunia… Dan hadis Rasulullah yang mengatakan; Perbanyaklah sahawat kepadaku kerana dapat memecahkan masalah dan menghilangkan kesedihan. Demikian seperti tertuang dalam kitab an-Nuzhah yang dikutib juga dalam Khazinatul Asrar.
Diriwayatkan juga Rasulullah di alam barzakh mendengar bacaan salawat dan salam dan dia akan menjawabnya sesuai jawaban yang terkait dari salam dan salawat tadi. Seperti tersebut dalam hadis, Baginda bersabda: Hidupku, juga matiku, lebih baik dari kalian. Kalian membicarakan dan juga dibicarakan, amal-amal kalian disampaikan kepadaku, jika saya tahu amal itu baik, aku memujii Allah, tetapi kalau buruk aku mintakan ampun kepada Allah. Hadis riwayat al-Hafiz Ismail alQadhi, dalam bab Salawat ‘ala an-Nabi. Imam Haitami menyebutkan dalam kitab Majma’ az-Zawaid, ia menganggap sahih hadis di atas.
Hal ini jelas bahawa Rasulullah memintakan ampun umatnya di alam barzakh. Istighfar adalah doa dan doa untuk umatnya pasti bermanfaat. Ada lagi hadis lain: Rasulullah bersabda: Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada rohku sehingga aku boleh mennjawab salam itu. (HR Abu Daud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya sohih).

Komen Terbaru