Posted by: peribadirasulullah | Disember 19, 2009

Siapa Kenal Diri Maka Kenal Tuhan Adalah Hadis Palsu

Matan Hadis
من عرف نفسه فقد عرف ربه
Maksudnya :” Sesiapa yang kenal dirinya, maka kenallah tuhannya “
Kitab Yang Mengeluarkannya
Kebiasaan kitab yang mengelurkan matan di atas yang di katakana sebagai hadis ialah kitab-kitab Tauhid dan Aqidah. Contohnya Kitab al-Burhanun al-Muayad1, at-Tabysir fi din2, Ni`matu az-Zuri`ah3 dan banyak lagi kitab yang berkaitan dengan aqidah memasukkannya sebagai hujah, tidak terlepas juga kitab-kitab jawi.
Manakala kitab hadis yang memasukkannya pula ialah kitab Huliyyatul al-Auliya4 oleh Abu Naim.

Pendapat Ulama
Berkata penulis Kasyful Khafa5 yang di ambil daripada Imam as-Sayuti bahawa tidak sabit sebagai hadis ( bukan hadis ). Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi bahawa matan yang dinyatakan diatas adalah bukan hadis6 dan berkata Ibnu as-Samaani bahawa perkataan iatu adalah perkataan Yahya bin Muaz ar-Razi r.h7. Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah bahawa palsu8.

Kesimpulannya
Kebanyakan para Agamawan di Malaysia mengatakan bahawa matan ayat di atas adalah hadis, tetapi ini adalah tidak benar dan tepat sama sekali, kerana tidak pernah wujub sanad pun bagi matan tersebut untuk kita katakana sebagai hadis. Bagi sesiapa yang telah tersilap mengatakannya sebagai hadis segeralah bertaubat ketika mana pintu taubat masih terbuka. Pesan baginda Rasulullah s.a.w :
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya :” Sesiapa yang sengaja mendustkan keatas aku dengan sengaja, maka sedia tempat tinggalnya di dalam neraka “. ( Riwayat Mutawatir ).

Nota Hujung
1- Al-Burhanun al-Muayad, Ahmad bin Ali bin Thabit ar-Rafie al-Hasiny, tahkik Abdul Ghani Nakah My, cet Pertama 1408H, Dar Kutub al-Nafis Beirut, m/s 208.
2- At-Tabsyir Fi Din, Thahir bin Muhammad al-Isfirayiny tahkik Kamal Yusof al-Hut, cet pertama 1983M, Dar A`lam al-Kitab Beirut, m/s 162.
3- Ni`matu az-Zuri`ah fi Nasratu as-Syariah, Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Halby tahkik Ali Ridha bin Abdullah Ali Ridha, cet pertama 1998M, Dar al-Massir Riyadh, m/s 214.
4- Huliyyatul al-Auliya, Abu Naim al-Asbahan, cet ke-4, Dar al-Kitab al-A`rabi Beirut, juz 10 m/s 208.
5- Kasyful Khafa`, juz 2 m/s 262.
6- Tazkiratul al-Maudhuah, juz 1 m/s 11.
7- Ad-Durr al-Mutanathirah, juz 1 m/s 147.
8- lihat no. 7.


Responses

  1. salam,
    Didlm text diatas tertulis “Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah bahawa palsu8.”

    Wahai tuan, check pula apakata ahli ahlul “Code 19″ mengenai hadis, sudah pasti lain pula pendapatnya kerana puak ini menolak semua hadis!

    Check pula pendapat Sayyid Mohammad bin Alawi Al Maliki Al Hasani (keturunan Rasullah saw) dari Mekah mengenai Ibnu Taimiyyah mengenai “tawassul & wasilah”! Mungkin akan membuat kita tertanya-tanya siapakah yang betul agaknya.

    Andaikata kita kata Ibnu Taimiyyah betul, mungkin kita tertanya-tanya pula….adakah semua orang sesat sebelum kedatangan Ibnu Tamiyyah?….hehehe…. kadang2 saya lebih takut untuk menyatakan sesuatu ;(

    Ini kata-kata tuan: “segeralah bertaubat ketika mana pintu taubat masih terbuka.” Mungkin itulah yang terbaik untuk kita! Tidakkah tuan tahu bahawa kitab2 telah banyak dimusnahkan oleh pihak2 tertentu dan mereka telah mengubah (adjust / edit) perkataan untuk menyesuaikan dengan perjuangan mereka.

    Mungkin ayat2 ini baik untuk kita renungkan bersama:
    Al-Quran surah 15 Al-Hijr 28, surah 50 Qaf 16, surah 76 Al-Insan 2, surah 23 Al-Mukminun 14, surah 22 Al-Hajj 5..DAN..Surah 7 Al-A’raf 172 (semoga kita sama-sama faham apa yang yang dikatakan oleh surah 7 Al-A’raf 172 ini) … dan banyak lagi.

    Wahai tuan, article mengenai hadis itu bagi kebanyakan manusia berugama Islam menjadikan sebagai dorongan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan menjadi pegangan Akidah!

    Iman Abu Hanifah menyatakan dalam kitab beliau Fiqh al-Absat yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa mendalami ilmu usuluddin (aqidah) itu lebih mulia dari mendalami ilmu fiqh.”

    Iman Shafii berkata seperti berikut: “Kami telah mendalami ilmu tersebut (aqidah) sebelum ilmu ini (fiqh).”

    Ulamak itu banyak tetapi hati-hatilah:
    Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari dada-dada hamba-Nya. Akan tetapi, Dia mengambil ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga, apabila Dia tidak menyisakan seorang ulama pun, maka manusia akan memilih pemimpin-pemimpin yang bodoh. Kemudian mereka (pemimpin-pemimpin itu) ditanya dan berfatwa tanpa ilmu. Akibatnya, mereka menjadi sesat dan menyesatkan (orang lain).” Al-Bukhari dan Muslim

    Wahai tuan maafkan saya sekiranya kata2 saya menyakiti hati! Kadang2 kata manusia yang benar itu perlu kita padamkan demi menjaga status kita….hehehehe…

    salam sekali lagi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,619 other followers

%d bloggers like this: