Posted by: peribadirasulullah | Disember 11, 2009

Bagaimana keadaan manusia ketika bangkit dari kubur?

Manusia akan bangkit dari kubur dalam keadaan yang berbeza-beza, semua tergantung amal perbuatannya ketika di dunia.

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah an-Naba’:18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: 

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan yaitu:

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka…”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. ” Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. ” Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..”

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih.


Responses

  1. Naudzu billah tsumma naudzu billah…….

    Bagaimanakah keadaan Tuan dan saya saat dibangkitkan dr kubur???

    dapatkah Tuan mengajari saya agar saya bs plg kampung halaman dgn selamat dan masuk Syurga ya Tuan.??

    apakah perpegangan yg benar yg bs sy pegang Tuan??

    Adakah Tuan sdh berma’rifat ??tlg ajari sy Tuan..
    saya sangat ingin mempelajarinya…mungkinkah Tuan bs menjadi guru sy??

    • Segala-galanya terlalu mudah, ikut sahaja sirah Rasulullah SAW dan amalkan Sunnah Baginda Junjungan. Jika anda berkerja dengan kerajaan mungkin anda tidak berpeluang mempraktikkan Sunnah Rasulullah SAW 100% semasa di pejabat, oleh yang demikian lakukan sahaja semasa di luar pejabat. Kunci yang paling penting tanamkan sifat Cinta kepada Rasulullah SAW 100%. Utamakan kehendak Allah SWT dan Rasulullah SAW serta jauhkan diri dari Sunnah Syaitan Laknatullah 100%.

  2. Salam..

    Minta izin drpd Ust untuk share pengisian dalam blog ust yang penuh dengan ilmu ini..

    Semoga Allah Memberkati Usaha dan Dakwah ust..

    • Silakan. Amin Ya Rabbal Alamin.

  3. salam..izinkan saya copy dan past ke dlm blog saya.terima kasih.

  4. Assalamualaikum, shbt seagamaku. izinkanlah sy mnyalin untuk d jdkan panduan harian yg sentiasa memperingatiku.. salam ukhwah fisabilillah.

    • W.Salam, silakan. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kehidupan anda. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,411 other followers

%d bloggers like this: