Posted by: peribadirasulullah | Disember 9, 2009

Bahaya sifat Tamak

Hakikat kehidupan ini adalah ujian, ujian yang menentukan nilai diri kita, kualiti diri kita, dan kesudahan hidup kita. Apabila kita diujia dengan kesusahan, kita menyedari ujian yang diberikan, sebaliknya apabila kita diberi kenikmatan, terkadang kita tidak menyedari ujian Allah swt disebaliknya.

Manusia yang tidak dapat menjaga dan mengawal hati mereka, nikmat yang Allah swt berikan kepada mereka menjadi ujian samada mereka bersifat dengan sifat-sifat berikut;

  1. Sifat Tamak dan bakhil.
  2. Sifat sombong dan membangga diri.
  3. Sifat Riak.
  4. Sifat Ujub.
  5. Sifat Cintakan dunia, kemegahan dan takutkan mati.
  6. Hasad dengki.

Sifat Tamak

Abu Al-Husain Al-Waraq Al-Saaburi r.a; Barangsiapa mengetahui akan dirinya kasih akan sesuatu daripada dunia, maka membunuh ia akan dia dengan pedang Tamak; dan barangsiapa Tamak dalam sesuatu, maka hinalah baginya; dan dengan hinanya itu [maka] binasa[lah] ia.

Perasaan tamak dan kedekut, bakhil merupakan sifat mazmumah, sifat yang tercela pada diri seseorang. Rasa tamak menjadikan seseorang tidak marasa cukup dan berusaha untuk mendapatkan yang lebih. Seseorang yang sudah merasa seronok dan senang dengan nikmat yang diberikan, tidak mahu nikmat tersebut hilang darinya bahkan rasa ingin lebih seronok dengan nikmat, maka timbul rasa tamak yang akhirnya mereka menjadi hamba kepada nikmat dan keseronokan.

Tamak diibaratkan sebagai benih yang menumbuhkan pokok kehinaan. Dahan-dahan kehinaan akan menjalar dan terhulur ke sana ke mari. Penyakit tamak akan mengikis perasaan malu dan menghapuskan maruah diri dan memakaikan pakaian kehinaan kepada orang yang berkenaan. Dia menjadi hina pada pandangan makhluk dan lebih buruk lagi kedudukannya di sisi Allah s.w.t.

Orang yang tamak umpama anjing yang lidahnya sentiasa terjulur melihat apa yang ada di dalam tangan orang lain. Si anjing tidak memperdulikan apakah dia dimaki, dihalau atau dipukul asalkan dia boleh dapat apa yang dia mahu. Si tamak melihat seolah-olah rezeki yang diperuntukkan kepadanya tidak ada sempadan, sementara rezeki yang diperuntukkan kepada orang lain masuk ke dalam sempadan rezekinya, sebab itu menjadi haknya untuk mengambil apa yang masuk ke dalam sempadannya.

Si tamak tidak memperdulikan bagaimana dia mendapatkan apa yang dia hajati, apakah dengan menadah tangan, memujuk rayu, menipu atau memaksa.

Tamak timbul dari buruk sangka atau ragu-ragu dengan rezeki yang dijamin oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t menjaminkan rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan sebagai timbal balasnya hamba pula diberi tanggungjawab.

Orang yang ragu-ragu terhadap jaminan Allah s.w.t mencuaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya dan rajin mencari apa yang dijamin untuknya sehingga menceroboh sempadan yang menjadi jaminan untuk orang lain. Inilah yang terjadi pada orang tamak.

Bagaimana boleh dia menghampiri Allah s.w.t jika amanah yang diserahkan kepadanya diabaikannya dan tanggungjawab yang dipikulkan kepadanya dicampakkannya. Dia berasa ragu-ragu untuk menggunakan masa bersama-sama Allah s.w.t, bimbang rezeki yang dijamin tidak akan sampai kepadanya. Lantaran itu dia meninggalkan peluang bersama-sama Allah s.w.t kerana mengejar apa yang dia tamakkan. Orang ini memilih harta Allah s.w.t daripada Allah s.w.t yang menguasai harta itu.

Firman Allah swt;

إِنَّ الإِنْسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Maksudnya; Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, Dan Sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya, Dan Sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.

Firman Allah swt;

وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ

Maksudnya; Maka sesiapa yang bakhil, Sesungguhnya dia bakhil, terhadap dirinya sendiri. dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,618 other followers

%d bloggers like this: