Posted by: peribadirasulullah | November 29, 2009

Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Banyak Jalan menuju ke Syurga, namun ternyata lebih banyak persimpangan pula menuju Neraka.  Setiap manusia yang beriman atau percaya kepada kehidupan setelah mati, tentu merindui  masuk Surga kerana terlalu  besar kenikmatan yang digambarkan oleh Allah SWT dalam Al- Quran tentang Syurga. Gambaran yang tak mungkin terjangkau oleh pancaindera manusia kerana sesungguhnya kenikmatan syurga jauh melampaui bayangan untuk  dibayangkan oleh manusia.

Ternyata masuk surga juga punya laluan  Khusus, dimana ada golongan manusia yang boleh masuk Syurga tanpa hisab  ( tanpa melalui perhitungan amal ).

Setiap manusia yang merindui Syurga tentu sangat menginginkan hal tersebut. Jika  ada jalan pintas, mengapa kita harus melalui jalan yang panjang dan berliku-liku ? Tetapi apakah jalan pintas tersebut sentiasa selesa dan mudah?  Jawapannya adalah : belum tentu.

Mari kita semak siapakah  yang termasuk golongan orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab! Supaya kita dapat bermuhasabah, menghitung diri, apakah kita sudah tergolong dalam golongan tersebut ? atau jika belum tergolong , semoga masih ada kesempatan bagi kita untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan berbekalkan  kemampuan yang ada, agar kita menjadi salah satu dari orang-orang yang beruntung seperti mereka. Golongan tersebut ialah:

1.    Mereka yang lurus atau benar / kukuh aqidahnya, murni niatnya kerana Allah, bersih fitrahnya, jujur jiwanya dan sentiasa berpegang teguh  kepada kitab Allah (Al-Quran)   dan sunnah NabiNya.

2.    Orang yang tidak mengubati lukanya dengan besi panas. Sebenarnya ada 4 hukumnya iaitu yang melarang, yang membolehkan dalam suasana tertentu, yang memuji orang yang meninggalkannya dan yang menganjurkan untuk tidak menggunakannya sama sekali atau membencinya. Dari beberapa hadis yang berhubungan dengan pengubatan cara ini terlihat bahawa rasulullah SAW  pernah melakukannya tetapi tidak menyukainya, Rasulullah memuji orang yang tidak menggunakannya dan kemudian melarang penggunaannya.

3.    Mereka yang sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.

Di dunia tawakkal adalah ubat untuk semua penyakit dan  di akhirat merupakan salah satu syarat utama untuk masuk syurga.

Allah berfirman :

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ وَكَفَى بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيراً

“Dan bertawakkallah kepada Allah Yang Hidup (Kekal) Yang tidak mati dan bertasbihlah dengan memujiNya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hambaNya” ( Al Furqan : 58)

4.    Pembawa  Al-Quran.

Yang dimaksudkan adalah orang yang membacanya di waktu siang dan malam hari, mempelajari dan mengajarkannya serta mengamalkannya semata-mata mengharapkan ridha Allah SWT.

5.   Golongan Ulamak.

6.    Orang  yang memiliki keutamaan atau golongan yang mendapat kepujian Allah SWT.

7.    Orang yang sabar.

8.    Orang yang sentiasa  menahan amarahnya ( Kemarahannya ) dan memaafkan orang lain.

9.    Syuhada.

10.    Orang miskin dari kalanagn umat Nabi Muhammad SAW.

11.    Orang yang suka meringankan beban orang lain atau membantu orang lain.

12.    Para muazzin atau orang yang melaungkan azan.

13.    Mereka yang mengerjakan solat pada awal waktunya.

14.    Mereka yang sentiasa menerima apa jua ketetapan Allah dengan rela hati.

15.    Orang yang rajin berzikir.

Mudah-mudahan segala amal yang kita lakukan yang meliputi usaha fizikal mahupun rohani, kini kita dapat melebihkan usaha ke arah  memfokuskan usaha untuk mencapai Syurga Ilahi, melalui satu jalan atau beberapa jalan pintas yang telah disebutkan di atas dan semoga Allah memudahkan kita untuk beristiqomah dalam menjalaninya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,411 other followers

%d bloggers like this: