Posted by: peribadirasulullah | Oktober 16, 2009

19 HADIS TENTANG WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.


Respon

  1. betapa mudah nyer wanita utk masuk syurga… persoalannyer… kenapa wanita juga yg lebih byk masuk neraka… ker sbbnya wanita lebih ramai dr lelaki…

    • Bukan disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki, banyak yg masuk neraka. Rasulullah pun bersabda bahawan perempuan adalah fitnah terbesar bagi lelaki, dan perempuan juga adalah perangkap yg digunakan oleh Iblis…Susah nk terangkan, mungkin boleh berfikir sejenak.

      • Disaat dunia tidak menaburkan benih-benih Islam didalam masyarakat, malah benih-benih kebebasan tanpa had, kemewahan dan nilai-nilai takabbur dijadikan hiasan diri. Maka wanita yang Allah SWT anugerahkan kelebihan pada dirinya telah menggunakan kesempatan tersebut untuk mencari kemewahan dan nikmat tanpa jalan yang halal. Kelebihan pada wanita sekarang bukanlah digunakan untuk Jalan Allah SWT tetapi kelebihan tersebut diguna sepenuhnya untuk jalan syaitan dan kebendaan dunia. Kita dapat bayangkan apabila isteri dan puteri Rasulullah SAW yang meminta dari Rasulullah SAW untuk berhias. Maka Rasulullah SAW telah memberi kata dua, pilih Rasulullah SAW atau pun dunia, lalu isteri dan puteri Rasullah SAW menangis dan memilih Rasulullah SAW serta Allah SWT yang lebih bermakna bagi kehidupan mereka di dunia dan Akhirat. Jika Insan Pilihan Allah SWT hampir terjerumus dalam nikmat dunia, inikan pula manusia yang sentiasa berdoa siang dan malam dengan Allah SWT semata-mata untuk mendapatkan nikmat kemewahan dunia pasti mereka (wanita) akan berlumuran dengan dosa dunia kecuali mereka yang telah menjadi Insan Pilihan Allah SWT dan dirahmati oleh Allah SWT. Sesungguhnya tapisan Allah SWT amatlah halus dalam memilih bakal penghuni Syurga, Walaupun dosa sebesar zarah pun Allah tidak akan biarkan mengotori Syurga yang mulia. Dosa tersebut mesti ditinggalkan didalam neraka dan dibersihkan, barulah layak memasuki Syurga.Sekian.Wallah Hua’lam.

  2. begitu gampang wanita mengumpulkan pundi2 amal buat kesurga..semoga mampu dan diberi kekuatan..amin..

    • Hargailah Sifat Maha Pemurah Allah SWT yang telah mempermudahkan wanita untuk memasuki Syurga Allah SWT.

  3. hadis yang pertama diriwayatkan syp ya??

  4. Terima kasih atas sharingnya.. Izin share kembali. Mohon di share hadish wanita yg didzolimi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,381 other followers

%d bloggers like this: