Posted by: peribadirasulullah | Oktober 11, 2009

DOA SEMPENA BENGKEL

DOA SEMPENA BENGKEL

_______________________________

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

ا اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

يَا اَلله ُ يَا مَالِكُ ياَ قُدُّوْسُ

Ya Allah kami menadah tangan memohon restu-Mu, kurniakanlah kepada kami iman yang kamil, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

يَا اَلله ُ يَا كَرْيمُ

Jadikanlah Kursus __________________ Bil. 14 Siri 1/2009 Bagi ________________ini sebagai wasilah ke arah mempereratkan hubungan antara kami.  Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan tenaga kepada agama, bangsa dan negara. Sempurnakan khidmat bakti kami ini sebagai satu ibadah yang dicontohi dan disegani, eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus melaksanakan tanggungjawab dengan adil  demi  kesejahteraan masyarakat dan negara.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Kami memohon agar satukan dan perteguhkanlah hati-hati kami, siramilah hati kami dengan cahaya ketaqwaan, jadikanlah kami di bawah lindungan-Mu. Kami memohon kesejahteraan dan kebahgiaan berkekalan untuk kami di dunia dan akhirat.

يَا اَلله ُ يَا رَشِيْد

Suburkanlah sifat-sifat yang mulia di dalam jiwa-jiwa kami, dengan sentiasa merasa redha di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan kepada kami, mesrakanlah di antara hati-hati kami,tunjukkanlah kami jalan yang selamat, hindarilah diri kami dari sifat-sifat mazmumah dan siramilah kami dengan sifat-sifat mahmudah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا

وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Ya Allah permudahkanlah pegawai-pegawai kami dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.  Jauhkanlah kami dari segala bala bencana kebinasaan dan kerosakan dan apa-apa perkara yang menjauhi kami daripada rahmat-Mu.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}

وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ  وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


Responses

  1. tahniah dan terimakasih. semoga usaha anda akan dinilai sebagai ilmu yang bermanfaat / jariah dan diberi ganjaran oleh Allah swt……cuma sedikit pemerhatian perlu dibuat kerana doa dalam bahasa arab/jawi terbalik susunannya…amin

  2. salam alaik…..maaf sedikit pembetulan atas komen saya…….sebenarnya kesilapan teknik ketika mencataknya….maaf……….jazakallahu khairan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,614 other followers

%d bloggers like this: