Posted by: peribadirasulullah | Oktober 10, 2009

CARA WUDUK DAN SOLAT YANG BETUL


Responses

  1. Penulis… Tolong kirimkan contoh susuan saf yang betul bermula dari imam, makmum lelaki, kanak kanak lelaki, wanita

  2. salam.maaf saya tidak boleh lihat gambar yang dipaparkan.mungkin kerana masalah internet di tempat kerja.saya nak tanya apakah terbatal solat kita sekiranya bergerak lebih dari 3x.contoh ketika batuk,bersin,menguap dan sebagainya.bagaimana cara untuk duduk tahiyat akhir dengan sempurna?setiap kali saya solat saya selalu merasakan bahawa duduk tahiyat akhir saya tidak sempuna dan sering lenguh2 kaki dan sakit belakang.tolong dan bantula saya untuk menunaikan solat dengan sempurna.

    • W.Salam.Sebenarnya dalam mazhab Shafie pergerakkan anggota kasar lebih 3 kali tanpa sebab membatalkan solat, sementara pergerakkan anggota kecil mengapa. Dalam keadaan batuk dan bersin atau sebagainya adalah dianggap bersebab dan tidak batal solat.
      Cara duduk tahiyat akhir mengikut sunnah Rasulullah SAW adalah duduk secara Tawarruk. Cuba lihat gambar cara duduk secara Tawarruk.
      Jika anda menghadapi kesulitan yang keterlaluan untuk duduk Tahiyatul Akhir, anda boleh duduk sebagaimana duduk diantara dua sujud. Islam itu terlalu mudah dan segala-gala terletak pada niat di dalam hati.
      Yakinlah setiap pergerakkan dalam solat adalah merupakan rawatan fizikal dan spritual terbaik daripada Allah SWT. Setiap syariat Allah SWT adalah untuk kebaikkan manusia di dunia dan Akhirat. Tidak ada syariat Allah SWT yang memberi mudharat kepada makhluknya.
      Sementara gambar yang anda tidak dapat lihat, cubalah tanya kedai komputer kerana mereka lebih arif.
      Wallahhu A’lam.

    • saya ingin tahu cara solat yang betul dlm islam

      • Jutaan Terima Kasih di atas soalan anda tentang solat. Solat yang paling betul adalah Cara solat Nabi yang dibawa oleh golongan SALAF.

  3. Salam, boleh terangkan ngan bukti tentang cara wuduk? Sbb sy pernah terbaca ayat al-quran tentang wuduk ni iaitu basuh muka, tangan dan sapu kepala, kaki. Al-quran adalah asas segalanya. wassalam

  4. semua asalah terbek hanya dtg dri YANG MAHA ESA

  5. salam,
    kalau kita tidak memakai sebarang baju di didalam kecuali telekung, batal ke solat kita?

    2. kalau kita bersolat mengikut imam, kita harus baca fatihah atau biarkan imam sahaja membacanya?

    • W.Salam.
      Telekung atau set pakaian solat perempuan yang lengkap sudah memadai, asalkan tidak membuka aurat ( Jangan telekung yang nipis ) walaupun tanpa lain-lain pakaian.
      Tentangb bacaan surah al-fatihah pada makmum yang solat berjemaah adalah perkara khilafiah, mazhab shafie mewajibkan makmum membacanya, terdapat juga mazhab yang berpendapat memadai dengan bacaan imam.
      Wallahu A’lammu bissowab.

      • kenapa kalau terkentut batal sembahyang?

  6. assalamualaikum…saya nak tanya mengenai membasuh muka dalam wuduk,apakah had/bahagian yang perlu dikenakan air?

    • W.Salam.
      Semua bahagian yang tidak tumbuh rambut pada bahagian muka tetapi misai dan ianggut wajib dibasuhkan juga.

  7. saya ingin panduan dlm bab wuduk. Ada yg mengatakan kita harus basuh muka 3 kali, tgn juga 3 kali. Bagaimana pula kaki? adakah melalukan air 3 kali seperti yg dilakukan kpd kedua2 tangan? Bagaimana pula bubun dan telinga? Ada yg mengatakan cukup sekadar menyapu kepala/bubun dgn air sekali sahaja.Begitu juga telinga. Dan ada pula yg mengatakan basahkan tangan dgn air berasingan dan sapu bubun beserta telinga sekali sahaja.Saya terbaca blog syiah bahasa melayu yg mengatakan di dalam quran menyatakan Jibrail mengajar mengambil wuduk bahagian kaki dengan menyapu dari hujung kaki ke buku lali dan bukan cara membasuh. Adakah ini benar? Boleh tuan tunjukan dari surah mana dan ayat keberapa? Saya bukan pengikut syiah tetapi hanya mahu info sahaja.

    • Yang paling afdhal adalah 3 kali dalam semua perkara wuduk, sebagaimana pendapat Mazhab Shafie.

  8. assalamualaikum…ini juga berkaitan yang solat pergerakan lebih 3 kali…akan membantalkan solat…saya ini ustaz.. masa nak sembahyang,saya rasa macam badan saya bergerak tanpa niat saya.saya cuba menahan daripada pergerakan…tapi tak berjaya …saya rasa macam saya tidak boleh berhenti ,,amat sukar untuk memberhentikannya …soalan : adakah ini membatalkan solat ?..dan berikan lah solat yang sempurna ..supaya saya disayangi allah subhana wa taala

    • W.Salam.
      Cubalah berlatih untuk menumpukan perhatian kepada bacaan solat dan sedarkan diri kita, bahawa kita sedang berusaha menuruti perbuatan Rasulullah SAW dalam solat. Insya Allah dengan penumpuan dan perhatian tersebut menjadikan kita terlindung daripada tipu daya syaitan yang mengganggu solat kita. Tentang batal atau tidak solat tersebut terletak kepada niat kita, Insya Allah salat anda tidak batal kerana pergerakkan yang berlaku bukanlah dengan sengaja. Wallahu A’lam. Selamat Berusaha kearah solat terbaik.

  9. Assalamu’alaikum….
    Saya nak tanya tentang khusyuk dalam solat..
    Macam mana keadaan yg menyatakan kita khusyuk dalam solat???
    Ape tips yg boleh kita gunakan untuk sentiasa khusyuk dalam solat???
    Dan kalau kita mngeluarkan airmata ketika solat,,adakah membatalkan solat dan wuduk kita???

  10. saya nk taye macam mana kalau saya nk mendapatkan kekusyukan dalam solat… bantulah saya kerana saya sering hilang fokus ketika bersolat….

    • Fahamilah setiap patah perkataan bahasa arab yang anda lafazkan.Solatlah dengan perasaan redha tanpa paksaan.Pada zahir dan syariat solat adalah wajib tetapi pada hakikatnya solat adalah talian untuk kita berhubung dengan Allah SWT Yang Amat Kita Cintai. Jika anda tidak mencintai semua perkara kehidupan demi Cintakan Allah SWT pasti solat hanyalah perbuatan biasa sebagaimana anda melakukan tugasan pejabat kerajaan yang mendewakan demokrasi yang mensyirikan Allah SWT dalam semua perkara selepas selesai solat.
      Kita yang telah dilahirkan dalam dunia yang penuh syirik kepada Allah SWT pasti tidak akan merasai kemanisan Iman sebenar sebagaimana Para Sahabat yang tidak pernah terlintas sebesar zarah dan sesaat pun dihati mereka untuk kembali menikmati nikmat kebebasan maksiat dizaman Jahiliah apabila telah memeluk Islam.
      Wallahu A’lamu Bissowab.

  11. pada waktu subuh apabila azan berkumandang saya terus solat subuh.pertanyaan saya sah ke solat saya ketika bilal tengah azan ? kerana saya tidak mahu membuang masa sebab tempat kerja saya agak jauh iaitu dari Meru KeKuala Lumpur untuk menggelakan kesesakan lalu lintas sekurang kurang sebelum 6.10
    saya mesti bertolak

    • Sah kerana sudah masuk waktu.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,568 other followers

%d bloggers like this: