Posted by: peribadirasulullah | September 28, 2009

FADHILAT MENGERAT KUKU MENGIKUT CARA SUNNAH

  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan  penyakit yang ada pada dirinya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan  daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya  penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya  perasaan aman dan tenang.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.

Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak  layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku…

Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku

Soalan:
Soalan dari email:

Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.

RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jawapan:

Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-’Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-’Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa.”

Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu’ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)

3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) – Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة
Maksudnya: “sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat.” Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.

al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: “Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun.”

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

wallahu a’lam.

 


Respon

  1. salam
    boleh bagi saya rujukan tentang potong kuku maksudnya dari kitab mana

    setiap ilmu itu disertakan dgn zikir
    setiap amalan nabi saw ada doanya
    boleh beri jika ada

    sekian

    • Cubalah cari dalam kitab:
      1-جمع الفوائد وجواهر القلائد
      2-بشارة العاملين ونذارة الغافلين
      3- الجوهر الموهوب ومنبهات القلوب
      4-تحفة الراغبين
      5- بداية المبتدى وعمدة الاولاد

      Ana terlupa nama-nama kitab lain tetapi carilah kitab-kitab di atas… semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT.

    • kalau dibaca kitab tajul muluk berbeza dari fakta diatas..

  2. Saya dapati artikel ini berbeza dengan yg saya baca sebelum ini, mengikut sunnah nabi hanya hari isnin,khamis dan jumaat sahaja yg mendapat kebaikan. Anda boleh merujuk artikel ini : http://zai6973.blogspot.com/2009/06/nanti-dulu-jangan-potong-kuku-lagi.html Mohon diperbetulkan apa yg salah. Kerana ia adalah perbuatan Rasulullah..

    • Memang benar kata anda tetapi supaya kita tidak beraqidah kepada hari selain dari isnin, khamis dan jumaat adalah hari sial..maka saya berpendapat semua hari ciptaan Allah adalah baik dan mulia… begitu juga bulan-bulan ciptaan Allah, semuanya mempunyai hikmah.. bulan safar contohnya bukanlah bulan sial.. saya ingin sebarkan kebaikan semua hari diatas falsafah Husnul Zhon pada semua kejadian Allah… sesungguhnya semua kebaikan dan kejahatan adalah berlaku dengan izin Allah… Ribuan Terima Kasih dari ana.. atas teguran anda…Salam Ukhuwah dari ana.

      • Janganlah kamu menyampaikan bid’ah sedemikian,Rasullullah adalah contoh umat sepanjang zaman. Janganlah kita menilai dari sudut pemikiran sendiri tanpa ilmu yg cukup kerana amalan sunnah itu berpahala manakala bid’ah itu menyesatkan..Hindarilah dari berkata yg bid’ah, kerana kelak diakhirat akan dicampakkan seseorang itu dari timur ke barat neraka atas penyampaiannya sesuatu yg ia sampai tanpa dia mengetahui akan apa yg disampaikannya..

        Harap Maaf,sebagai teguran sesama Islam.

  3. salam.. sy pun rasa sejak dr dulu..dr sekolah myatakan memotong kuku dan rambut di sunat kan pd isnin. khamis dan jumaat… bukan myatakan hari lain tu siaL.. tp mmg tu yg tcacatat dlm kitab ia mgikut sunnah nabi muhammad s.a.w

    • saya pun biasa dgr isnin, khamis, jumaat je. hari2 lain tu tak elok potong, nnt mngundang penyakit, sial…wallahu alam.

      • Ribuan T.Kasih atas perkongsian ilmiah dalam menyempurnakan dakwah dijalan Allah SWT, sama-samalah kita mengejar tawaran Allah SWT.
        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  4. salam..maafkan saya.saya kurang faham dan saya keliru mana satu yg benar kerana di blog lain cara yg diberikan amat berlainan dgn apa yang ada di sini.cth:

    Panduan Adab Memotong Kuku
    Posted By PakarHowTo On February 2, 2008 (8:00 am) In Panduan

    Adakah anda tahu adab memotong kuku?
    Kalau tidak tahu,
    di sini saya akan tuliskan tentang adab dan cara memotong kuku dengan betul.

    Semoga bermanfaat.

    1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku

    2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)

    Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.

    Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.

    Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;

    3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)

    Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.

    Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;

    4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku

    Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;

    “Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ;

    SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)

    AHAD –> Hilang berkat

    ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)

    SELASA –> Mempusakai kebinasaan

    RABU –> Mempusakai jahat perangai

    KHAMIS –> Mempusakai kaya

    JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”

    ** RUJUKAN:Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1

    • W.Salam. Jutaan Terima Kasih atas perkongsian anda.
      Saya sengaja tidak menyebut apa yang anda sebutkan kerana saya berpendapat terlalu banyak perbuatan masyarakat kita bertentangan dengan agama. Oleh yang demikian saya tidak suka menyebut keburukan mereka. Itu pendapat dan pandangan saya. Begitulah perbezaan yang cuba saya bentukkan dalam bidang dakwah agar kita tidak terlalu menyebut keburukkan sehingga kebaikkan tidak begitu banyak dimuatkan dalam ceramah dan kuliah agama. Namun konsep Basyir-(menyampaikan berita gembira) dan Nazir ( menyampaikan amaran ) tetap saya utamakan tetapi saya lebihkan konsep Basyir dan Husnu Zhon.

      Kesimpulannya, kita sama-sama mencari dan mengejar Keredhaan Allah SWT sebanyak yang mungkin sebelum peluang mengumpul pahala ditutup oleh Allah SWT serta sebelum ajal menjemput kita menemui Allah SWT.
      Permasalahan dan kesibukkan dunia memang tidak ada penghujung, oleh itu setiap permasalahan dan kesibukkan dunia, kita olahkan agar ianya menjadi modal kepada kita untuk mengaut pahala di sisi Allah SWT.
      Insya Allah, Yakinlah Allah sentiasa bersama kita.
      Kejayaan dunia bukan bererti kejayaan di Akhirat Tetapi Kejayaan di Akhirat adalah menggambarkan kejayaan kita mengolah ujian Allah SWT kepada kita di dunia dahulu. Amin Ya Rabbal Alamin.
      Apa yang anda sebut adalah benar. Jutaan Terima Kasih. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk anda dan semua Ikhwatul Islam.
      والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  5. Assalamualaikum

    mohon pandangan saudara tntg perkara di bwh yg saya ambil dr sebuah blog

    Dari al-mubarak bin ali ash-shairafi dari Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
    “Barangsiapa memotong kuku pada hari sabtu nescaya keluarlah darinya penyakit dan masuklah padanya kesembuhan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari ahad, nescaya keluarlah darinya kemiskinan dan masuklah padanya kekayaan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari isnin, nescaya keluarlah penyakit dan masuklah padanya kesihatan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari selasa nescaya keluarlah darinya penyakit sopak dan masuklah padanya ‘afiat. Barangsiapa memotong kukunya pada hari rabu, nescaya keluarlah darinya was-was dan ketakutan dan masuklah padanya keselamatan dan kesihatan. Barangsiapa memotong kukunya pada hari khamis nescaya keluarlah darinya penyakit kusta dan masuklah padanya afiat. Dan barangsiapa memotong kukunya pada hari jumaat nescaya keluarlah darinya dosa-dosa dan masuklah rahmat padanya.” (hadith riwayat ad-dailami dlm sunannya)

    Kata ibnul jauzi dlm Al-Maudhu’aat: hadith ini adalah maudhu’. Ia adalah di antara hadith maudhu’ yg paling jelek. Dlm sanadnya terdapat orang yg majhul dan orang yg dhaif. Pada awal sanad terdapat Hannad An-Nasafi seorang yg tidak tsiqah dan di akhir sanadnya ialah Abu Ishmah Nuh bin Abu Maryam. Nuh bin Abu Maryam ialah Nuh bin Yazid. Abu Ishmah seorang pembohong dan pembuat hadith. Hannad pula meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ dan cerita2 bohong.

    Demikian juga Kata Ibnu Iraq.

    Kata Az-Zahabi dlm Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Al-Rijal: Hannad bin Ibrahim ialah Abu Muzaffar An-Nasafi. Dia meriwayatkan banyak hadith selepas tahun 450-an ttp ia meriwayatkan hadith2 maudhu’ dan cerita2 bohong.

    Al-Hafiz As-Sakhawi dlm Al-Maqashidul Hasanati berkata: Tidak ada sebuah hadith pun yg sabit dari rasulullah s.a.w mengenai cara memotong kuku dan mengenai penentuan hari2 memotongnya.

    • Hadis tentang cara mengerat kuku serta kelebihannya secara mendalam tidak kita temui tetapi dalam menjaga kebersihan Islam amat menitik berat dalam hal ini.
      Oleh kerana kita tidak meletakkan Sunnah adalah satu kewajipan yang kita mesti ikut 100% tanpa melihat fadhilat yang akan Allah SWT berikan tetapi kita sentiasa mencari fadhilat pada mata kasar. Maka inilah yang akan berlaku, sesungguhnya apa yang Allah SWT firmankan dan apa jua Sunnah yang telah Rasulullah SAW sunnahkan pasti ianya perkara yang akan membawa kebaikan di dunia dan Akhirat 100%. Allah SWT akan memberi fadhilat setiap perbuatan mengikut keadaan dan keperluan semasa setiap hamba Nya yang mukmin.

      Memang banyak hadis secara sorehnya hanyalah menyarankan kearah penjagaan kebersihan termasuk kebersihan kuku sebagaimana hadis-hadis dibawah :

      Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2308.
      Bahwasanya Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Kelak pada hari kiamat, unta-unta itu akan datang pada pemiliknya dengan bentuk yang lebih besar, jika unta itu tidak dikeluarkan sedekahnya, maka ia akan menginjak-injak pemiliknya. Dan kambingpun akan datang pada pemiliknya dengan bentuk yang lebih besar, jika kambing itu tidak dikeluarkan sedekahnya, maka ia akan menginjak-injak pemiliknya dengan kukunya dan menanduknya dengan tanduknya. Diantara sedekahnya ialah harus diperah susunya setiap dibawa ke mata air untuk diberikan minum. Ingatlah, jangan sampai salah seorang dari kamu pada hari kiamat nanti datang menuntutku dengan memanggul unta yang bersuara: “Wahai Muhammad, tolonglah aku”, maka saya akan menjawab; “Saya tidak memiliki sesuatu apapun yang dapat aku berikan”. Ingatlah, jangan sampai salah seorang dari kamu pada hari kiamat kelak datang dengan memanggul kambing yang mengembek dan ia menuntutku: “Wahai Muhammad, tolonglah aku”. Maka jawabku: “Saya tidak memiliki sesuatu yang dapat saya berikan”. Dan harta simpanan seseorang itu kelak akan berubah menjadi seekor ular yang besar dan banyak racunnya, walaupun pemiliknya lari menjauhinya, tetapi ular itu akan tetap mengejarnya sampai mendapatkannya dan menelannya.”

      Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0295.
      Mewartakan kepada kami Bisyr bin Hilal Ash-Shawwaf, mewartakan kepada kami Jaafar bin Sulaiman, dari Abu Imran Al Jauniy, dari Anas bin Malik, dia berkata: “Kami meluangkan waktu dalam mencukur misai, mencukur rambut bawah perut, mencabut rambut ketiak, dan memotong kuku-kuku, tidak membiarkan lebih dari 40 (empat puluh)hari.”

      Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0294.
      Mewartakan kepada kami Sahl bin Abu Sahl, dan Muhammad bin Yahya, Mereka berkata; mewartakan kepada kami Abul Walid, mewartakan kepada kami Hammad, dari Ali bin Zaid, dari Salamah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir, dari Ammar bin Yasir, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda: “Termasuk fitrah adalah: 1. Berkumur, 2. Menghirup air ke hidung, 3. Bersiwak, 4. Memotong kumis misai, 5. Memotong kuku-kuku, 6. Mencabut bulu ketiak, 7. Mencukur rambut bawah perut, 8. Membasuh tempat-tempat yang terkumpul kotoran, 9. Membersihkan faraj/kemaluan dengan air, 10. Khitan”. Mewartakan kepada kami Jaafar bin Ahmad bin Umar, mewartakan kepada kami Affan bin Muslim, mewartakan kepada kami Hammad bin Salamah, dari Ali bin Zaid, seperti hadis di atas.

      Jutaan Terima Kasih diatas perkongsian anda yang amat memberi manfaat, apa yang saya utarakan dalam blog ini adalah untuk menyuburkan Rasa Cinta kepada Sunnah Rasulullah SAW, lebih-lebih Rasa Cinta kepada Allah SWT yang mencipta Rasulullah SAW serta semua yang wujud di alam zahir dan alam ghaib.
      Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya dengan lafaz السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  6. Saya setuju dengan pendapat saudara peribadirasullah, kesemua hari, waktu dan saat yg Allah swt. Jadikan adalah baik dan mulia.

    • Jutaan Terima Kasih di atas sokongan anda, kita dan keluarga kita serta harta yang berada di sisi kita, semuanya adalah milik mutlak Allah SWT.

  7. Harap admin boleh delete post ini kerana ditakuti bersubahat menyebarkan hadis palsu. Sila rujuk:
    http://bin-sahak.blogspot.com/2009/01/hadith-palsu-tentang-adab-potong-kuku.html


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori