Posted by: peribadirasulullah | September 8, 2009

HADIS-HADIS MALAM LAILATUL QADAR

ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي

Dari Ibnu ‘Umar r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah malam Qadr itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh malam yang masih tinggal.”

Riwayat Muslim

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

Dari Ibnu ‘Umar r.a. katanya: Beberapa sahabat Nabi s.a.w. bermimpi melihat malam Qadr dalam tidur mereka pada tujuh hari yang akhir Bulan Ramadhan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: “Aku juga bermimpi seperti mimpi mu itu, melihat malam Qadr jatuh bertepatan pada tujuh yang akhir bulan Ramadhan. Maka siapa yang mencarinya, carilah di tujuh yang akhir itu.”

Riwayat Muslim

عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ أَنَّ عَائِشَةَ نَبَّأَتْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

Dari Mutharrif bin ‘Abdullah bin Syikhkhir r.a. katanya: “Bahawa ‘Aishah r.a. mengabarkan kepadanya, katanya Rasulullah s.a.w. membaca dalam ruku’ dan sujud:”Subbuhun quddusun Rabbul Malaikati war Ruh.”
Riwayat Muslim

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

حُمَيْدٌ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ صِيَامِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا كُنْتُ أُحِبُّ أَنْ أَرَاهُ مِنْ الشَّهْرِ صَائِمًا إِلَّا رَأَيْتُهُ وَلَا مُفْطِرًا إِلَّا رَأَيْتُهُ وَلَا مِنْ اللَّيْلِ قَائِمًا إِلَّا رَأَيْتُهُ وَلَا نَائِمًا إِلَّا رَأَيْتُهُ وَلَا مَسِسْتُ خَزَّةً وَلَا حَرِيرَةً أَلْيَنَ مِنْ كَفِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا شَمِمْتُ مِسْكَةً وَلَا عَبِيرَةً أَطْيَبَ رَائِحَةً مِنْ رَائِحَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Humaid r.a., katanya dia bertanya kepada Anas r.a. tentang puasa Nabi saw.

Kata Anas: “Apa yang ku senangi, iaitulah aku dapat melihat Nabi s.a.w. puasa tiap bulan, justeru aku melihatnya. Jika beliau berbuka, aku melihatnya dan jika beliau bangun tengah malam untuk solat, aku melihatnya dan jika beliau tidur, aku melihatnya. Dan tidak pernah aku menyentuh sutera campuran dan sutera halus yang lebih halus dari telapak tangan Rasulullah s.a.w. Dan tidak pernah aku mencium kasturi dan minyak harum yang lebih harum daripada harumnya Rasulullah s.a.w.”

Riwayat Bukhari

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

Dari Ibnu Umar r.a. katanya: “bahawasanya beberapa orang lelaki sahabat Nabi s.a.w. diperlihatkan kepada mereka Malam Qadr dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir (Bulan Ramadhan).”

Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Aku melihat apa yang kamu lihat dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa hendak mencari carinya carilah pada tujuh yang akhir.”

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا سَعِيدٍ وَكَانَ لِي صَدِيقًا فَقَالَ
اعْتَكَفْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَشْرَ الْأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ فَخَرَجَ صَبِيحَةَ عِشْرِينَ فَخَطَبَنَا وَقَالَ إِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا أَوْ نُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوَتْرِ وَإِنِّي رَأَيْتُ أَنِّي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلْيَرْجِعْ فَرَجَعْنَا وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ قَزَعَةً فَجَاءَتْ سَحَابَةٌ فَمَطَرَتْ حَتَّى سَالَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ وَكَانَ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ وَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فِي الْمَاءِ وَالطِّينِ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ فِي جَبْهَتِهِ

Dari Abu Salamah r.a. katanya: “saya bertanya kepada Abu Sa’id sahabat ku. Katanya: “Kami i’tikaf berserta Nabi s.a.w. pada sepuluh pertengahan dari bulan Ramadhan. Beliau keluar pagi hari yang kedua puluh lalu berkhutbah di hadapan kami.

Sabda beliau: “Diperlihatkan kepada ku Malam Qadr. Kemudian aku lupa malam itu. Carilah dalam sepuluh yang akhir pada bilangan ganjil. Sesungguhnya aku melihat, bahawasanya aku sujud dalam air dan tanah. Barangsiapa biasa i’tikaf berserta Rasulullah s.a.w. hendaklah ia kembali. ”

Kerana itu kami kembali. Dan tiada sepotong pun awan terlihat oleh kami di langit ketika itu. Tapi tiba-tiba awan segera datang dan hujan turun dengan derasnya sehingga air mengalir pada atap Masjid, sedangkan atap itu terbuat hanya dari pelepah Tamar. Kemudian orang Qamat untuk Solat. Saya melihat Rasulullah sujud di air di atas tanah berlumpur sehingga saya melihat bekas tanah itu di dahi beliau.”

Riwayat Bukhari

عَنْ جَابِرٍ قَالَ
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ قَالَ طُولُ الْقُنُوتِ

Dari Jabir r.a. katanya: “Rasululullah s.a.w. ditanyai orang. Tanyanya: “Solat (malam) yang bagaimanakah yang lebih baik?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Yang lama berdirinya.”

Riwayat Muslim

نْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفً

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap pagi dua Malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: “Wahai ALLAH! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.” Dan yang satu lagi berkata : “Wahai ALLAH! Musnahkanlah harta si Bakhil.”

Riwayat Muslim


Respon

  1. blh copy….ayat..

    • Silakan.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,378 other followers

%d bloggers like this: