Posted by: peribadirasulullah | September 7, 2009

TEKS UCAPAN ( CONTOH ).

TEKS UCAPAN …………………

SEMPENA MAJLIS ……………………

PERINGKAT ……………………….2008/1429H

TERIMA KASIH PENGERUSI MAJLIS ,

YANG DIHORMATI,

……………………………………

TIMBALAN …………………………..

YANG BERBAHAGIA ,

DATIN ……………………..

PENGERUSI …………………………….

YANG DIHORMATI,

KETUA-KETUA …………………………………………….

YANG DI HORMATI PEGAWAI-PEGAWAI KANAN , YANG BERBAHAGIA DIF-DIF JEMPUTAN TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN SELURUH ………… YANG DI KASIHI SEKALIAN.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

ASSALMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH.

ALHAMDULILLAHIRABIL  ALAMIN, WASSOLATU  WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYAI WAL MURSALIN WA ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIIN.

BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH KERANA DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAHNYA DAPAT SEKALI LAGI KITA BERSAMA-SAMA DI MAJLIS……………………….. BAGI TAHUN 2008 SEPERTIMANA YANG TELAH KITA SEMUA SEDIA MAKLUM .

MAJLIS PERTANDINGAN NASYID INI MERUPAKAN ACARA TAHUNAN YANG DIADAKAN PADA SETIAP TAHUN.  SUKA SAYA MAKLUMKAN PADA TAHUN LEPAS MAJLIS INI TELAH DIADAKAN DI ……………….., KELANTAN. PERTANDINGAN INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK MENCUNGKIL BAKAT-BAKAT BARU DI KALANGAN ………….. DAN BAGI MELAHIRKAN RASA SYUKUR DI ATAS NIKMAT DAN RAHMAT YANG DI BERIKAN  KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W MEMBAWA AGAMA SUCI KITA ISLAM DALAM MEMBANGUNKAN UMMAH KE ARAH JALAN LURUS DAN BENAR.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA

BERBICARA MENGENAI KESENIAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM SEBENARNYA MEMBICARAKAN SATU UNSUR PENTING DALAM TRADISI KEROHANIAN ISLAM DAN MERUPAKAN SATU DISIPLIN ILMU DALAM PERBAHASAN FALSAFAH ISLAM. KESENIAN DAN HIBURAN MENINGKATKAN KEROHANIAN ISLAM DISAMPING MEMBENTUK JIWA YANG LEMBUT, KEDAMAIAN RASA, KETENANGAN JIWA DAN SALAH SATU WASILAH UNTUK MELAPANGKAN KEROHANIAAN YANG HAMBAR DAN SEBAGAINYA.  DENGAN BERSALAWAT ATAU BERNASYID DAN MENDENGAR IRAMA TERTENTU SESEORANG ITU BOLEH GEMBIRA, SEDIH DAN SEBAGAINYA.

KESENIAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM BERBEZA DENGAN HIBURAN BARAT. DALAM ISLAM HIBURAN BERTUJUAN UNTUK MENGINGAT MANUSIA KEPADA ILAHI.  DALAM MASYARAKAT ISLAM SENI DAN BUDAYA BERSATU DAN MEMBENTUK KESATUAN  SEPERTI KESENIAN, SAINS, SISTEM EKONOMI, PAKAIAN, TEKNOLOGI DAN SEBAGAINYA.

MUZIK MEMPENGARUHI NILAI MORAL  DAN SOSIAL REMAJA SEPERTI MUZIK ROCK, METAL, NASYID, TRADISIONAL DAN PELBAGAI LAGI SAMA ADA BAIK ATAU BURUK.  PENAMPILAN YANG REMAJA IKUT DARIPADA ARTIS YANG DIMINATI SEPERTI LAGU (MALAMKU IGAU, GILAKAN KAU……….KASIH YANG KU SASAU GILAKAN KAU ) ( PETIKAN LAGU AMY SEARCH )

( INDAHNYA SUASANA KITA DIHARI INI CERIA BERMESRA, ERAT SILATURRAHIM, SALING HORMAT MENGHORMATI TUNTUTAN AGAMA YANG MULIA ) (PETIKAN DARI KUMPULAN INTEAM).

MENYANYI DAN MENDENGAR * SHEIKH MAHMUD SHALTUN, BEKAS SHEIKH AL-AZHAR BERPENDAPAT BAHAWA MENDENGAR SUARA INDAH DAN MERDU SAMA ADA DARIPADA BINATANG, MANUSIA ATAU APA-APA ALAT ATAU ADA DARIPADA BINATANG, MANUSIA ATAU APA-APA ALAT ATAU ADA KEINGINAN UNTUK MEMEPELAJARI SESUATU DARIPADANYA ADALAH MERUPAKAN KEINGINAN UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN NALURINYA.  SELAMA PERKARA ITU TIDAK MELALAIKANNYA DARIPADA KEWAJIPAN AGAMA, BERSESUAIAN DENGAN NILAI AKHLAK DAN BERSESUAIAN PULA DENGAN KEDUDUKAN NYA MAKA IA DIHARUSKAN.

APABILA MEMBINCANGKAN MENGENAI SENI SUARA, HAL-HAL SEPERTI SUSUNAN KATA YANG HARAM, KEDUDUKAN PENYANYI PEREMPUAN, MASA PERSEMBAHAN NYANYIAN YANG MENGHALANG KEWAJIPAN AGAMA ATAU MELALAIKAN ORANG, MAJLIS YANG DISERTAI MINUMAN HARAM DAN PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN DAN KESAN NYANYIAN KEPADA PENDENGAR-PENDENGAR TERTENTU  YANG MEMBAWA KEPADA BERKELAKUAN BURUK HENDAKLAH DIAMBIL KIRA.  BEGITU JUGA SYARAT-SYARAT LAIN YANG PERLU DIPENUHI  SEPERTI

*   NIAT

*   TIADA UNSUR-UNSUR YANG BERCANGGAH DENGAN

AKIDAH SEPERTI

- SYIRIK

- KUFUR

- NIFAK

*   TIDAK MENINGGALKAN DAN MELALAIKAN KEWAJIPAN

YANG DIFARDHUKAN OLEH ALLAH S.W.T

*   MENUTUP AURAT

*   SENTIASA MENJAGA ADAB-ADAB PERGAULAN

*   TIADA UNSUR PERJUDIAN ( PERTARUHAN )

*   TIDAK BERLAKU PEMBAZIRAN

IMAM AL-GHAZALI BERPENDAPAT BAHAWA MENDENGAR NYANYIAN ADALAH YANG HARUS DAN ADA YANG SUNAT. SELAIN ITU ADA YANG HARAM.  NYANYIAN YANG HARAM DISEBABKAN PERKARA YANG MENCORAKKANNYA.

KESIMPULAN;

SEMEMANGNYA ADALAH  FITRAH MANUSIA CENDERUNG KEPADA SESUATU BERSIFAT HIBURAN DAN KESERONOKAN. NAMUN IANYA TIDAK MELALAIKAN KITA DARIPADA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.

NIAT PENGGUNA DAN PENDENGAR BETUL BERDASARKAN KAEDAH AL-UMUR BIMAQASIDIHA IAITU SESUATU URUSAN ADALAH BERDASARKAN MAKSUDNYA.

TUJUAN DAN SUASANA PENGGUNAAN MUZIK TIDAK MELANGGAR BATAS-BATAS ALLAH IAITU MESTI DIGUNAKAN PADA TU JUAN-TUJUAN YANG MULIA.  MENGELAK DARIPADA MENYERUPAI GOLONGAN FASIK, MAKSIAT DAN KUFUR IAITU MENJAGA ADAB-ADAB.  ISLAM DALAM PENGGUNAAN MUZIK. TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN MUZIK YANG TIDAK MENAMPILKAN NILAI YANG BAIK. NABI BERSABDA ”BARANG SIAPA YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM IA SEPERTI TERGOLONG DALAM KAUM TERSEBUT.

MENURUT MUHAMMAD `ABDUH

ISLAM IALAH AJARAN YANG DI BAWA OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MENGANDUNGI SEGALA SISTEM PERATURAN HIDUP MANUSIA.

SYED QUTB TURUT MENJELASKAN

ISLAM ITU ADALAH SISTEM KEHIDUPAN YANG SEMPURNA, DI DALAMNYA TERDAPAT KETERANGAN TENTANG AQIDAH, PERUNDANGAN, SISTEM-SISTEM SOSIAL DAN EKONOMI OLEH ITU DAPATLAH DI SIMPULKAN BAHAWA DENGAN KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI MELENGKAPI SELURUH PERATURAN HIDUP, MENCAKUPI BIDANG PERIBADATAN, PEREKONOMIAN, POLITIK, KEMASYARAKATAN, PERUBATAN, PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA.  KESEMUA TELAH DI SUSUN RAPI, SESUAI DENGAN SEBARANG TEMPAT DAN PEREDARAN MASA.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DI HORMATI .

OLEH ITU , MANUSIA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH SEHARUSNYA MENJADIKAN KEHIDUPAN DUNIA INI SEBAGAI JAMBATAN MENUJU KE ALAM AKHIRAT .

SETIAP KITA YANG BERIMAN SEWAJARNYA MENGINSAFI MATLAMT SEBENAR KEHIDUPAN DI DUNIA. KITA PERLU MERUJUK KEPADA ASAL USUL KEJADIAN SEBAGAI MAKHLUK ALLAH YANG MENGHUNI BUMI INI HANYALAH SEMENTARA , UNTUK MENUJU SATU ARAH TUJUAN TERAKHIR YANG PASTI DI TEMPUHI OLEH SETIAP INSAN IAITU ALAM AKHIRAT .

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DI RAHMATI ALLAH .

MAKA DENGAN INI SAYA DENGAN LAFAZ YANG MULIA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM MERASMIKAN MAJLIS  PERTANDINGAN …………………………………KELANTAN 2008.

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH .

SEKIAN TERMAKASIH .


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,409 other followers

%d bloggers like this: