Posted by: peribadirasulullah | September 5, 2009

PEMBAHAGIAN PUSAKA

PENGENALAN ILMU PUSAKA
Mukadimah Pusaka (علم المواريث )
Ilmu pusaka ialah ilmu yang dapat difahamkan masalah-masalah pembahagian pusaka dengan kira-kira yang boleh
diketahui kadar yang tertentu bagi tiap-tiap waris .
Hukum memperlajari ilmu pusaka adalah fardhu kifayah .
Rukun Pusaka ada tiga ( 3 ) :
1.Muwarris (مورث) : ( simati yang meninggalkan harta ) .
2.Waris (وارث): ( orang yang mendapatkan harta dari simati ) .
3.Maurus (موروث) : (harta simati ) .
Syarat-syarat untuk mendapatkan harta pusaka ada tiga ( 3 ) :
1.Yakin mati muwarris atau ditakdir mati *.( Sila rujuk K.C. Mustika m/s 19 )
2.Tahkik (تحقيق) hidup waris kemudian daripada mati muwarris
3. Mengetahui akan jalan orang yang berhad mendapat pusaka .Ini syarat khas bagi
orang yang membahagikan pusaka seperti kadhi dan mufti .
Sebab-sebab yang mendapatkan pusaka ada tiga ( 3 ) :
1.Nasab ( kaum kerabat seperti bapa , ibu , anak dan saudara-saudara ).
2.Adanya nikah yang shahih ( nikah yang sah ) sekalipun tidak bersatu suami dan isteri .
(Rujuk muka surat 20 Kitab Cahaya Mustika )
3.Memerdekakan hamba .
Perkara yang menegah daripada mendapatkan pusaka ada tiga (3) :
1.      Hamba sahaya .
2.      Membunuh.
3.      Berlainan agama .
Perkara yang bergantung pada harta pusaka apabila mati seorang muslim yang wajib disempurnakan sebelum pembahagian harta pusaka menurut tertib :-
1.      Hak yang bergantung dengan zat harta seperti zakat ( jika belum dikeluarkan ) , diyat
pada membunuh , fidayah puasa , gadaian , nazar dan kifarah .
2.      Belanja kematian seperti membeli kain kafan , upah gali kubur dan lain-lain .
3.      Hutang samada had Allah atau hutang anak Adam .
4.      Wasiat iaitu pesanan seseorang yang melakukan kebajikan yang bergantung kemudian daripada mati .
(Sila rujuk Kitab Cahaya Mustika m/s 18 )
5.      Setelah disempurnakan perkara yang tersebut menurut tertib barulah di bahagi pusaka
kepada waris
Waris pihak lelaki ada 15 orang :
Anak lelaki .
1. Cucu lelaki hingga ke bawah .
2. Bapa .
3. Datuk lelaki hingga ke atas .
4. Saudara lelaki seibu sebapa .
5. Saudara lelaki sebapa .
6. Saudara lelaki seibu .
7. Anak saudara lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa.
8. Anak saudara lelaki bagi saudara lelaki sebapa.
9. Bapa saudara seibu sebapa .
10. Bapa saudara sebapa.
11. Anak lelaki bagi bapa saudara seibu sebapa.
12. Anak lelaki bagi bapa saudara sebapa.
13 Suami.
14. Tuan yang memerdekan hamba
15.Tuan yang memerdekan hamba .
Waris pihak perempuan ada 15 orang :
1.Anak perempuan .
2.Cucu perempuan .
3.Ibu .
4.Datuk perempuan sebelah ibu
5.Datuk perempuan sebelah bapa .
6.Saudara perempuan seibu sebapa.
7.Saudara perempuan sebapa .
8.Saudara perempuan seibu .
9.Isteri .
10.Puan yang memerdekan hamba .
Keluarga yang tidak waris (ذوي الأرحام).
Pihak lelaki :
  1. Cucu lelaki dari anak perempuan .
  2. Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu .
  3. Anak saudara lelaki daripada saudara perempuan .
  4. Bapa saudara seibu .
  5. Anak bapa saudara seibu.
  6. Datuk lelaki sebelah ibu .
  7. Bapa saudara sebelah ibu .
Pihak perempuan :
1.Emak saudara sebelah bapa .
2.Emak saudara sebelah ibu .
3.Cucu perempuan daripada anak perempuan .
4.Ibu kepada datuk lelaki .
5.Anak perempuan kepada bapa saudara .
6.Anak perempuan kepada saudara lelaki .
7.Anak perempuan kepada saudara perempuan .
Peringatan :
Kalau dikatakan Anak lelaki maka maksudnya anak lelaki bagi simati dan jika dikatakan ibu atau bapa
maksudnya ibu simati dan bapa simati demikian seterusnya daripada sekelian waris lelaki dan perempuan
dan juga pada keluarga bukan waris (ذوي الأرحام).
Apabila berhimpun sekelian waris yang lelaki hanya tiga (3) orang sahaja yang dapat pusaka .
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami
Jika berhimpun sekalian waris perempuan hanya lima ( 5 ) orang sahaja yang dapat pusaka .
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan
3. Ibu
4 .Isteri
5. Saudara perempuan seibu sebapa .
Jika sekiranya berhimpun sekelian waris pihak lelaki dan perempuan maka yang dapat pusaka hanya lima ( 5 ) orang sahaja.
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak lelaki
4. Anak perempuan
5. Salah seorang daripada suami atau isteri .
Fardhu فرضdan Taasib تعصيب
Makna fardhu ialah bahagian yang tertentu bagi waris-waris yang ditetapkan oleh syarak daripada pusaka .
Makna Taasib ialah mereka yang mengambil semua pusaka ketika simati tiada waris mengambil fardhu atau sebahagian yang baki daripada ahli fardhu dan terkadang tidak dapat langsung apabila ahli fardhu telah menghabisi semua pusaka .Waris yang mendapat taasib disebut asobah .
Ahli fardhu dan ahli asobah .itu terbahagi kepada 4 .
1.Mengambil fardhu sahaja ada 7 orang .
* Ibu
* Saudara lelaki seibu
* Saudara perempuan seibu
* Datuk perempuan sebelah ibu
* Datuk perempuan sebelah bapa
* Suami
* Isteri
2.Mengambil dengan jalan taasib iaitu 12 orang .
* Anak lelaki
* Cucu lelaki hingga ke bawah
* Saudara lelaki seibu sebapa
* Saudara lelaki sebapa
* Anak lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa hingga bawah .
* Anak lelaki bagi saudara lelaki sebapa hingga ke bawah.
* Bapa saudara sebapa
* Bapa saudara sebapa
* Anak lelaki bagi bapa saudara seibu sebapa hingga ke bawah .
* Anak lelaki bagi bapa saudara sebapa hingga ke bawah .
* Hamba lelaki
* Hamba perempuan .
3.Terkadang mengambil fardhu sahaja dan terkadang mengambil taasib sahaja dengan tidak boleh berhimpun keduanya iaitu 4 orang .
* Anak perempuan
* Cucu perempuan
* Saudara perempuan seibu sebapa
* Saudara perempuan sebapa .
4.Terkadang mengambil fardhu k®• sahaja dan terkadang mengambil taasib sahaja dan boleh berhimpun keduanya iaitu bapa dan datuk lelaki .
Bahagian ahli-ahli Asobah
Asobah terbahagi kepada 3 bahagian :-
1.           عصبة بالنفس ialah mereka yang dapat pusaka dengan tidak bergantung kepada orang lain hanya
seorang diri jua iaitu 12 orang sebagaimana yang tersebut dalam bahagian mereka yang mengambil
taasib sahaja .
2.           عصبة بالغير iaitu tiap-tiap perempuan yang dapat pusaka dengan jalan taasib berserta dengan
saudaranya ada empat orang :-
1.     Anak perempuan ketika berhimpun dengan anak lelaki .
2.      Cucu perempuan ketika berhimpun dengan cucu lelaki .
3.      Saudara perempuan seibu sebapa ketika berhimpun dengan saudara lelaki
seibu sebapa .
4.      Saudara perempuan sebapa ketika berhimpun dengan saudara lelaki sebapa .3.           iaitu tiap-tiap perempuan yang dapat pusaka dengan jalan taasib berserta dengan anak
perempuan atau cucu perempuan ialah 2 orang :-
1.      Saudara perempuan seibu sebapa
2.      Saudara perempuan sebapa .
Fardhu

Mereka yang mendapat ½ ada 5 orang ;-

1.      Suami
2.      Anak perempuan
3.      Cucu perempuan
4.      Saudara perempuan seibu sebapa
5.      Saudara perempuan sebapa

Mereka yang mendapat ¼ ada 2 orang :-1.      Suami
2.      Isteri

Mereka yang mendapat 1/8 ada seorang :-

1.      Isteri

Mereka yang mendapat 2/3 ada 4 orang :-

1.      Dua orang atau lebih anak perempuan
2.      Dua orang atau lebih cucu perempuan
3.      Dua orang atau lebih saudara perempuan seibu sebapa
4.      Dua orang atau lebih saudara perempuan sebapa

Mereka yang mendapat 1/3 ada 2 orang :-

1.      Ibu ketika simati ;-Tiada anak cucu dan tidak berbilang saudara .
2.      Berbilang saudara .

Mereka yang mendapat 1/6 ada 7 orang :-

1.      Bapa ketika simati ada mempunyai anak atau cucu .
2.      Ibu ketika simati ada mempunyai anak atau cucu atau berbilang saudara .
3.      Cucu perempuan daripada anak lelaki seorang atau lebih ketika simati ada seorang Anak perempuan .
4.      Datuk lelaki ketika simati ada mempunyai anak atau cucu dan ketika simati tiada bapa atau saudara
lelaki seibu sebapa .
5.      Saudara perempuan sebapa seorang atau lebih ketika simati ada seorang saudara perempuan seibu sebapa .
6.      Datuk perempuan seorang atau lebih ketika simati tiada ibu .
7.      Seorang saudara seibu sama ada lelaki atau perempuan .

No Nama Waris Pendapatan Keterangan
1 Anak Perempuan ada 3 hal . ½ - Seorang
2/3 - Dua orang atau lebih
Asobah - Bila bersama dgn anak lelaki .
2 Cucu Perempuan ada 6 hal ½ - Seorang
2/3 - Dua orang atau lebih
عصبة بالغير - Bila bersama dgn anak lelaki .
1/6 -Bila bersama dgn anak perempuan*
- Terdinding - Terdinding dgn 2 orang anak perempuan*
- Terdinding - Terdinding apabila ada anak lelaki
3 Saudara P seibu sebapa ada 5 hal ½ - Seorang
2/3 . - Dua orang atau lebih
عصبة بالغير - Bila bersama dgn saudara L seibu sebapa
عصبة مع الغير - Bila bersama dgn anak perempuan atau cucu
- Terdinding - Terdinding dgn anak L atau Cucu L atau bapa
4 Saudara P sebapa ada 7 hal ½ - Seorang
2/3 - Dua orang atau lebih
عصبة بالغير - Bila bersama dgn saudara L seibu sebapa
عصبة مع الغير - Bila bersama dgn anak perempuan atau cucu
- Terdinding - Terdinding dgn anak L atau Cucu L atau bapa
1/6 - Bila bersama dgn saudara P seibu sebapa
-Terdinding -Terdinding dgn 2 orang saudara P seibu sebapa *
5 Saudara Seibu L dan P ada 3 hal

1/6

- Jika seorang
1/3 - Jika 2 orang
-Terdinding Terdinding dgn anak cucu ,Bapa dan datuk .
6 Ibu ada 3 hal 1/6 - Jika bersama dgn anak cucu sama ada L dan
serta berbilang saudara.
1/3 - Ketika tiada anak , tiada berbilang saudara , tiada bapa serta suami atau isteri.
1/3 Baki -Setelah ditolak fardhu suami atau isteri ketika ibu bersama mereka
7 Datuk Perempuan ada 2 hal 1/6 - Sama ada sebelah ibu atau bapa
-Terdinding -Dgn ibu sama ada datuk P sebelah ibu atau sebelah bapa. Bagi datuk P sebelah bapa terdinding dgn bapa tapi datuk P sebelah ibu tidak terdinding dgn bapa
8 Isteri ada 2 hal

¼

-Ketika simati suami tiada anak cucu
1/8 -Ketika simati ada anak cucu
9 Suami ada 2 hal

½

-Ketika simati isteri tiada anak cucu
¼ -Ketika simati ada anak cucu
10 Bapa ada 3 hal

1/6

-Ketika simati ada anak lelaki atau cucu lelaki
1/6 dan taasib -Ketika simati ada anak P atau cucu P daripada anak L
-Taasib -Ketika tiada anak atau cucu
11 Datuk ada 4 hal

1/6

-Ketika simati ada anak lelaki atau cucu lelaki
1/6 dan taasib -Ketika simati ada anak P atau cucu P daripada anak L
-Taasib -Ketika tiada anak atau cucu
-Terdinding -Terdinding dgn bapa
Peringatan. * ada uraian lebih lanjut lagi . Sila rujuk kitab Cahaya Mustika muka surat 51.
Hijab
Dalam bahasa disebut tertegah ,terdinding dan maksud dalam ilmu pusaka terdinding daripada mendapat pusaka setelah seseorang itu ada padanya sebab pusakaan.

Orang yang tidak mahir dalam bab ini haram mempetua masalah pusaka
.
Hijab terbahagi kepada 2 :-
1.Hijab Nuqshon نقصان
2. Hijan Hirman حرمان

Hijab Nuqshon ialah terdinding daripada mendapat banyak kepada sedikit seperti suami mendapat
½ kepada ¼ dengan sebab simati ada mempunyai furuk waris ( anak cucu )

Hijab Hirman iaitu terdinding seorang waris atau beberapa orang daripada mendapat pusaka sama sekali .

Datuk lelaki Iaitu datuk lelaki sebelah bapa terdinding ia dengan ada bapa [Z

Cucu lelaki. Iaitu anak lelaki bagi anak lelaki terdinding ia dengan ada anak lelaki ⃅I+Z

Saudara lelaki seibu sebapa
Terdinding ia dengan satu daripada 3 orang :-
1. Bapa
2.Anak lelaki
3.Cucu lelaki hingga kebawah .

Saudara lelaki sebapa
Terdinding ia dengan satu daripada 5 orang :-
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Cucu lelaki hingga kebawah .
4. Saudara lelaki seibu sebapa
5. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)

Anak saudara lelaki bagi saudara lelaki seibu sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 8 orang :-

1.      Bapa
2.      Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)

Anak saudara lelaki bagi saudara lelaki sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 10 orang :-

1. Bapa
2. Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (.عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (.عصبة مع الغير)
9. Anak saudara lelaki seibu sebapa
10. Anak saudara lelaki sebapa

Bapa saudara seibu sebapa .
Terdinding ia dengan satu daripada 10 orang :-
1. Bapa
2. Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (.عصبة مع الغير)
9. Anak saudara lelaki seibu sebapa
10. Anak saudara lelaki sebapa

Bapa saudara sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 11 orang :-
1. Bapa
2. Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
9. Anak saudara lelaki seibu sebapa
10. Anak saudara lelaki sebapa
11. Bapa saudara seibu sebapa

Anak lelaki bagi bapa saudara seibu sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 12 orang :-
1. Bapa
2. Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
9. Anak saudara lelaki seibu sebapa
10. Anak saudara lelaki sebapa
11. Bapa saudara seibu sebapa
12. Bapa saudara sebapa

Anak lelaki bagi bapa saudara sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 13 orang :-
1. Bapa
2. Datuk lelaki hingga ke atas
3. Anak lelaki
4 Cucu lelaki hingga kebawah .
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara perempuan seibu sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
8. Saudara perempuan sebapa manakala ia jadi asobah (عصبة مع الغير)
9. Anak saudara lelaki seibu sebapa
10. Anak saudara lelaki sebapa
11. Bapa saudara seibu sebapa
12. Bapa saudara sebapa
13. Anak bapa saudara seibu sebapa

Datuk perempuan sebelah ibu .
Iaitu ibu bagi ibu atau ibu bagi bapa . Terdinding keduanya dengan ada ibu .

Datuk perempuan sebelah bapa .
Iaitu ibu bagi bapa . terdinding ia dengan ada bapa .

Cucu perempuan iaitu anak perempuan daripada anak lelaki .
Terdinding ia dengan salah satu daripada 2 orang :-
1.      Anak lelaki
2.      Dua orang anak perempuan melainkan cucu perempuan itu ada saudaranya yang lelaki .

Saudara perempuan seibu sebapa.
Terdinding ia dengan satu daripada 3 orang :-
1.      Bapa
2.      Anak lelaki
3.      Cucu lelaki hingga ke bawah

Saudara perempuan sebapa .
Terdinding ia dengan satu daripada 7 orang :-
1.      Bapa
2.      Anak lelaki
3.      Cucu lelaki hingga kebawah
4.      Saudara lelaki seibu sebapa
5.      Saudara perempuan seibu sebapa jika ia jadi asobah
6.      Dua orang saudara perempuan seibu sebapa kecuali jika bersertanya saudara lelaki sebapa .
7.      Terdinding dengan sebab habis bahagian fardhu ketika bersama saudara lelaki sebapa *.
Misal masalah seorang mati meninggalkan empat orang waris iaitu suami , saudara perempuan seibu
sebapa , saudara lelaki sebapa dan saudara perempuan sebapa .

Saudara perempuan dan lelaki seibu .
Terdinding ia dengan satu daripada 6 orang :-
1.      Bapa
2.      Datuk lelaki hingga ke atas
3.      Anak lelaki
4.      Anak perempuan
5.      Cucu lelaki hingga ke bawah
6.      Cucu perempuan hingga ke bawah


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,378 other followers

%d bloggers like this: