Posted by: peribadirasulullah | September 5, 2009

AKHLAK RASULULLAH

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
1 Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
2 Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


Respon

  1. mulianya rasulullah….

    • Tetapi masih ada insan yang sanggup mengguna Kemuliaan Rasulullah SAW untuk menyakiti hati umat Islam.

  2. alangkah indahnye kalau sye hidup sewaktu zaman rasulullah..

    • Memang benar kata-kata anda. Namun Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabat, ” Aku berbangga dengan umatku yang beriman dengan ajaran aku dengan penuh keimanan walaupun dia tidak pernah melihat dan bertemu dengan aku “. Apa yang lebih istimewa lagi adalah kita memperolehi pahala Syahid dengan hanya menghidupkan sunnah Baginda SAW. Kerana di zaman sekarang berbagai pihak berani mentafsir perkataan sunnah dan jihad dengan berbagai pandangan sehingga terpesong jauh dari Istilah Syariat. Tetapi apa yang pasti mereka yang berjubah dan berserban adalah pakaian Sunnah Rasulullah SAW yang tidak boleh dipertikaikan. Mereka yang memakainya pasti memperolehi pahala jihad, begitu juga bagi muslimah yang berfurdah pasti mendapat pahala jihad, sedangkan pada masa Rasulullah SAW mereka yang memakai pakaian sebegini hanya memperolehi pahala Sunnah sahaja, sedangkan zaman sekarang perbuatan sebegini mendapat pahala jihad. Jangan bersedih dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ikhlaskan hati kita dalam setiap gerak-geri, pasti Allah SWT akan membayar dengan penuh penghargaan. Wallahhu A’lam.

  3. oo..barulah sye tahu. terima kasih kerana berkongsi ilmu kepda sye yg jahil tentang islam ini. apabila dibangkitkan soal purdah, sye tahu, ia dipakai untuk mengelak dari fitnah.tapi kuantiti perempuan yg memakai purdah sgt lar sedikit. mungkin btol ape yg sye bce, bagaimana dulu nya islam ini diperkenalkan, begitu jugalah akhirya,.
    tp apekah slah jika kami tidak memakai nyer.. wlaupun perempuan itu cantik atau pun kurang pada zahirnye,.
    ini kerana sye terdengar ade yg katakan pda sye, kalau perempuan itu cntik dye patut menutup kecantikannye itu dengan memakai purdah. tp kalau perempuan itu zahirnyer biase saje, tidak perlu lar memakainya. apekah benar?
    kalau salah,tolong perbetulkan…

  4. Saya juga mau berada di zaman rasullullah mahu juga beribadah dgn baginda rasul sehingga saya kepingin bermimpi baginda tetapi masih belum diizinkan oleh Allah.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,381 other followers

%d bloggers like this: