Maksudnya:
Mana-mana dua orang hamba yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya berjumpa lalu bersalam sambil berselawat keatas Nabi SAW, nescaya sebelum kedua-duanya berpisah Allah pasti mengampunkan dosa kedua-duanya samada dosa yang terdahulu dan kemudian.
1. Periwayat-Periwayat Hadith:
Ibnu As-Sunni
Ibnu Hibban
2. Status Hadith: LEMAH
3. Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Durust bin Hamzah.
Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
Kata Imam Abu Zur’ah: Ia seorang yang lemah hadithnya.
Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).
Sumber: Ibrahim Mohd Raja http://www.al-ahkam.net
Komen Terbaru