Posted by: peribadirasulullah | Ogos 8, 2009

ADAB BERPAKAIAN

Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik atau yang terbaik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah mudahan mereka selalu ingat. Wahai  anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan kedua ibu bapamu pakaiannya untuk diperhatikan oleh penghuni syurga akan aurat keduanya . Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh  melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin  bagi orang-orang yang tidak beriman.” (QS.Al A’raaf,7:26-27)

Ø      Pada waktu itu Adam a.s. telah diyakinkan oleh syaitan untuk memakan buah khuldi dari pohonlarangan Allah  sehingga menyebabkan pakaian-pakaian mereka ditanggalkan oleh Malaikat.

Ø      Sehingga  sekarang syaitan berusaha untuk memmujuk manusia bahawa menanggalkan pakaian mereka adalah suatu kebaikan atau tidak menjadi satu kesalahan, sebagaimana fahaman yang telah diputar-belikan dalam fahaman  liberalisme, kebebasan, demokrasi dan lain-lain.malah fahaman-fahaman yang disebut tadi berpendapat perbuatan membuka aurat dianggap satu kemodenan dan satu perubahan kearah kemajuan dan perbuatan menutup aurat adalah satu fahaman yang sempit dan tidak mengikut arus kemajuan.

Abdullah berkata, Rosulullah saw. Bersabda : ”Makan, minum, berbelanja dan berpakaian, janganlah  berlebih-lebihan sehingga menimbulkan perasaan  sombong atau  riya’”

(An-Nisaa’i : 2559, Musnad Imam Ahmad : 6656, Ibnu Majah :  3605)

1.   Wajib Untuk Menutup Aurat

Allah swt.  berfirman:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik.” (QS.Al A’raaf,7:26) hadis yang membawa erti:

  1. Pakaian Orang-orang Islam secara umum dan wajib  adalah menutup aurat sahaja dari segi luaran.
  2. Pakaian yang indah adalah satu perhiasan dan tidak wajib ke atas umat Islam.
  3. Tetapi Taqwa adalah sebaik-baik pakaian.. yang bermaksud pakailah pakaian yang menutup aurat dari segi luaran dan jika boleh janganlah pakaian tersebut terlalu berhias,, selepas itu tambahkan sifat taqwa sebagai pakaian dalaman. kerena Islam menuntup kesempurnaan luaran dan dalaman yang jauh daripada sifat riya’ serta takabbur.

Muhammad saw. Bersabda :

”Seorang Lelaki tidak boleh  melihat aurat Lelaki yang  lain dan seorang perempuan juga dilarang melihat aurat perempuan yang  lain. Dan tidak harus lelaki tidur satu selimut dengan Lelaki lain danbegitu juga  perempuan tidak boleh tidur dalam satu selimut dengan perempuan lain.” (Muslim 338, Musnad Imam Ahmad 11207, Tirmidzi 2973)

Ø      Aurat adalah bahagian-bahgian tubuhmu yang mesti ditutupi.

Ibnu Mahram berkata:

Saya membawa batu yang berat dan saya membawanya sehingga  pakaian saya terbuka dan saya tidak dapat menutupinya, lalu saya membawa batu tersebut hingga ke suatu tempat dimana saya menurunkannya, Rasulullah saw. Bersabda :

”Kembalilah dan bawa batu itu tetapi jangan berjalan dengan telanjang”. (Muslim 341, Abu Dawud 4016)

Hadis di atas membuktikan hukum menutup aurat adalah wajib walau dalam sebarang keadaan dan sebarang pekerjaan sehingga perkerjaan tersebut rumit dan menyusahkan namun menutup aurat adalah wajib. Alasan susah dan rumit tidak membolehkan kita membuka aurat sesekali.

Ibnu Hakim berkata:

Manakah dari aurat-aurat kami yang boleh kami perlihatkan dan mana yang tidak?” Maka jawab Nabi,”Peliharalah auratmu, kecuali terhadap istrimu atau hamba sahayamu”. Saya bertanya pula,”Kalau orang-orang itu berkumpul satu sama lain?” Jawab beliau,”Kalau kamu dapat agar tak seorang pun melihat auratmu, maka jangan sampai ia melihatnya” Tanya saya pula,”Kalau seorang dari kami dalam keadaan sendirin?” Maka jawab beliau,”Maka terhadap Allah, sepatutnya orang lebih merasa malu daripada terhadap sesama manusia.”

Hadis menggariskan kita supaya tetap menutup aurat walaupun bersama sahabat -handai, sehingga di saat berkeseorangan pun tidak digalakkan membuka aurat kerana malu kepada Allah kecuali di saat bersama suami isteri tetapi diharuskan juga berselimut atau hanya dengan sehelai kain, agar tidak ditertawakan oleh syaitan dan mula kepada Penglihatan Allah kepada kita yang bergelar seorang mukmin dan mukminah.

Ø      Bagi laki-laki: auratnya adalah dari pusar sampai lutut

Ø      Ada perbezaan pendapat tentang kedudukan lutut , apakahlutut termasuk dalam aurat atau tidak?, akan tetapi jamhur ulamak  (termasuk Hanafi, Maliki dan Hanbali) berpendapat bahawa lutut juga adalah tersenarai dalam senarai aurat.maka lutu itu sendiri mesti ditutup.

Rasulullah saw. bertemu dengan seseorang dan orang tersebut mengatakan bahawa, ”Saya memakai pakaian, akan tetapi pahanya tidak tertutup, Rasulullah saw. bersabda kepadaku,”Tutupilah pahamu kerana itu adalah aurat”.

Imam Syafie (dan kita) menyakini bahawa antara pusat dan lutut adalah aurat, ada pendapat lain mengatakan “pusat  bukan aurat begitu juga lutut bukan aurat”.

Ø      Bagi perempuan dari dada hingga ke lutut adalah aurat besar (yang utama)

Ø      Bagi perempuan seluruh anggotanya adalah aurat  kecuali wajah dan tangan adalah aurat juga tetapi aurat ringan.

Asma’ datang mengunjungi Aisyah (saudara perempuannya), dia mengenakan pakaian yang tipis dari kepala hingga lututnya, kemudian Rasulullah saw. bersabda :

”Wahai Asma’ ketika seorang wanita sudah sampai  baligh, tidaklah dibenarkan untuk menampakkan sesuatu pun kecuali ini dan ini (Beliau menunjuk pada muka dan tangannya)”

Ø      Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa seorang wanita bebas membuka auratnya dihadapan wanita lain.

Ø      Begitu juga Lelaki tidak dibolehkan  mempamerkan atau membuka  auratnya kepada seseorang pun kecuali orang-orang yang diperbolehkan baginya untuk melihat auratnya.

Ø      Bagi wanita tidak ada perbedaan pendapat bahawa suami dapat melihat semua auratnya.

Ø      Terdapat perselisihan pendapat tentang siapa  yang dibolehkan melihat aurat wanita ?

Ø      Mahramnya tidak dapat melihat aurat besarnya dari dada sampai lututnya, ini termasuk juga ketiaknya dan bahagian tubuh dan apa sahaja yang menutupi ketiaknya.

Ø      Di depan wanita batasannya sama dengan mahram jika mereka adalah wanita yang dapat dipercayai.

Ø      Ada perselisihan pendapat tentang wanita-wanita kafir kerana mereka memungkinkan untuk menceritakan aurat wanita muslim kepada lelaki lain maka diharamkan juga kepada wanita daripada mempamerkan aurat kepada wanita bukan Islam semasa bergaul dengan mereka.

Ø      Hanafi berpendapat bahawa perut diperbolehkan untuk ditampakkan di depan wanita lainnya dan di depan lelaki mahramnya.tetapi meraikan sifat malu kepada Allah adalah lebih mulia.

Ø      Diperbolehkan memakai pakaian yang terbuka di depan wanita lainnya selagi tidak memperlihatkan bahagian –bahagian yang indah.bermaksud tetap menutup aurat seperti berbaju kurung dan bertudung atau paling rengkas pun berkain batik dan berbaju kurung serta bertudung.

Ø      Tidak diperbolehkan mengenakan pakaian yang menyerupai orang-orang kafir.yang paling membimbangkan tudung zaman sekarang bermirip kepada tudung Paderi Wanita. walaupun menutup aurat tetapi tidak mengikut agama Islam. Pasti tidak mendapat pahala daripada Allah SWT malah mendapat laknat dan Murka daripada Allah hasil dari pemakaian tudung kita yang menyerupai tudung kristian.

Rasulullah saw. Bersabda :

”Ada 2 golongan ahli neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu suatu kaum yang membawa cambuk atau pemukul seperti ekor sapi yang dipukulkan kepada manusia, dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi hakikatnya) telanjang, (jalannya) lenggang-lenggok, kepala (sanggul) mereka seperti ponok-ponok unta yang miring. Mereka adalah ahli neraka.” Lihatlah perumpamaan yang telah Rasulullah berikan:

  1. Berpakain tetapi telanjang- pakaian yang ketat atau sempit sehingga menampak seluruh brntuk tubuh.
  2. Jalan Lenggang-lenggok- jalan dengan menunjukkan pergerakkan punggung sehingga apabila diperhai oleh kaum lelaki dari sudut belakang boleh menimbulkan hawa nafsu.
  3. Rambut diperhiaskan sehingga menyerupai rambut unta. iatu berbentuk tinggi dan dapat dilihat dari jauh bahawa pemilik rambut tersebut memang hebat dan bergaya..memang benar zaman ini berlaku..lihatlah isteri-isteri pemimpin-pemimpin negara Islam walaupun bertudung tetapi rambautnya dapat dilihat dari jauh.

Allah swt.  berfirman:

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah yang lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(QS.An Nur,24:30)

Ø      Bagi suami dan istri tidak ada batasan aurat bagi masing-masing diantara keduanya.

Allah swt.  berfirman:

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba pada zaman dahulu); maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”.(QS.Al Mu’minuun,23:5-6)

Aisyah berkata: ”Kita (Rasulullah saw  dan Aisyah melakukan ghuslu (mandi) dari tempat yang sama, semasa  kami mengambil air, kadang-kadang tangan-tangan kami bersentuhan” (Bukhori 261, Muslim 316)

Ø      Bagaimanapun juga, seharusnya kita tetap malu terhadap Allah, semasa  tidur bersama isteri/suami kita hendaknya ditutupi walaupun sehelai  selimut. Agar mendapat keberkatan dari allah dan Malaikat.

Rasulullah saw. melihat seorang laki-laki yang mengenakan pakaian di tempat yang terbuka dan Rasul saw. menegurnya, Beliau bersabda :

Allah adalah pemalu, maka malulah terhadap Allah bukan malu terhadap dirimu, Dia menerima rasa malu dari orang-orang yang pemalu, dan Dia menyukai kamu dalam keadaan tertutupi (auratnya) dan Dia akan menutupi/melindungimu di hari pengadilan nanti”. (Abu Dawud 40192, Musnad Imam Ahmad 17509)

Ibnu Hakim bertanya:

“Kalau seorang dari kami dalam keadaan sendirian? Rasul menjawab: ”Maka terhadap Allah, sepatutnya seseorang lebih merasa malu daripada terhadap sesama manusia.”

2. Dilarang Untuk Meniru berlainan Jenis

Dilarang bagi lelaki untuk menyerupai wanita dan bagi wanita untuk menyerupai lelaki, bagi seorang wanita untuk berjalan seperti gaya atau cara perjalanan  lelaki atau berkelakuan seperti lelaki dan terdapat  kutukan atas mereka jika mereka melakukannya.

Rasulullah saw. mengutuk/melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki

Dalam hadis lainnya dikatakan :

”Rasulullah saw melaknat lelaki yang menjadi wanita dan wanita yang menjadi lelaki”. dalam  hadis yang mengatakan :

”Sesiapa sahaja yang ingin berbicara dan berjalan dengan gaya atau cara seperti lawan jenisnya maka usirlah mereka dari rumahmu”.

Umar bin Khattab telah mengusir seorang lelaki untuk keluar dari kota kerana alasan ini. (Bukhori 5885,5886, Musnad Imam Ahmad 1983)

Ø      Dalam hadis ini telah jelas bahawa lelaki dilaknat untuk menyerupai kaum wanita,  sama ada  dalam hal berpakaian, berbicara, bekerja dan lain-lain. Jadi kita tegaskan dalam hal berjalan, berbicara, bekerja dan berpakaian.

Ø      Jika seseorang secara natural/alami terlihat seperti itu misalnya lelaki yang bicaranya/suaranya secara alami lembut atau seorang wanita yang memiliki misai yang lebat, jika kamu seperti keadaan ini, maka Ibnu Hajar berpendapat,”Jika seorang lelaki secara semulajadi seperti ini atau wanita yang secara semulajadi memiliki suara yang besar, maka lunakkanlah suaramu ini dan bagi lelaki seharusnya membesarkan suaranya”.

Ø      Dalam persoalan yang lain jika seorang lelaki mengenakan pakaian wanita maka tendanglah ia keluar, sama juga bagi wanita, jika dia mengenakan celana panjang dan kemeja, maka dia tidak boleh memakainya walaupun hanya dipakai di dalam rumah. Hadis tadi mengatakan bahawa janganlah ada penampilan atau bertingkah laku seperti lawan jenis atau berlainan jenis.

Ø      Hadis tersebut menjelaskan tentang larangan bagi wanita untuk melepaskan atau meminta cerai daripada  suaminya jika suaminya benar-benar seorang lelaki.

Ø      Lelaki yang memutuskan seperti ini (menyerupai wanita/banci) tidak boleh memimpin solat atau memimpin atau mengimamkan untuk berceramah  di depan khalayak ramai, jika kamu melakukannya, maka kamu harus mengeraskan suaramu, jika ada seorang wanita yang berbicara maka keraskanlah suaramu.

3. Dianjurkan Untuk Memperlihatkan Nikmat Yang Telah Diberikan Allah Dalam Pakaianmu.Nikmat lelaki dengan pakaian lelaki dan nikmat perempuan dengan gaya dan cara perempuan.itulah dikatakan nikmat. apa erti nikmat jika semuanya sama sahaja.

Dianjurkan untuk memperlihatkan rasa syukurmu (kekayaan) dalam pakaianmu dengan cara yang baik, yang menunjukkan kebaikan Allah yang telah dilimpahkan atas dirimu.

Ø      Kenakanlah pakaian terbaikmu walaupun  hanya berada di rumah

Ø      Ketika kamu keluar, berpakaianlah dari pakaian terbaikmu yang tersedia pada waktu itu dan sesuai dengan tuntutan agama.

Ø      Jika kamu memiliki satu pakaian lama dan satu pakaian baru maka kenakanlah pakaian yang barumu dengan tidak disertakan perasaan takabbur dan riya’ tetapi dengan menzahirkan kekemasan dan kecantikan kerana Allah menyukai kecantikan dan keindahan.

“ Saya datang kepada Rasulullah saw  dengan mengenakan pakaian yang lama, Beliau  bersabda, :

”Apakah kamu memiliki harta dan wang?”Dia menjawab,”Ya” Beliau saw. bertanya,”Apakah macam dari hartamu itu?” Dia menjawab,”Allah swt. telah memberikan kepadaku unta-unta, kambing, kuda dan hamba sahaya”.”Jika Allah telah memberikan itu, maka perlihatkanlah, kebaikan-kebaikan itu supaya dapat dilihat oleh Allah dan orang-orang yang melihatnya”.(Abu Dawud 4063), Albaani 5457, Musnad Imam Ahmad 15223).

Allah SWT berfirman:

“Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali  (memasuki) masjid”.(QS.Al A’raaf,7:31)                                               (Penghormatan kepad rumah Allah dan Wajah Allah Yang Maha Suci.)

4. Dilarang mengenakan pakaian secara sombong ( Terlalu bauh,terlalu panjang atau terlalu mahal yang diluar kemampuan kita.)

Abu Hurairah meriwayatkan,

Rasulullah saw. bersabda :

Seseorang yang berjalan dengan berpakaian secara sombong di muka bumi ini maka Allah tidak akan melihatnya di hari pengadilan kelak”. (Bukhori 5788, Muslim 2087, Musnad Imam Ahmad 8778).

Rasulullah saw. bersabda, :

”Seorang yang berjalan dengan rasa bangga dan berjalan dengan sombong, Rasulullah melihatnya dan beliau bersabda,”Allah swt. akan menyeret kaki bawahnya di hari pengadilan nanti dari tempatnya ke dalam api neraka”. (Bukhori 5789, Muslim 2088, Musnad Imam Ahmad 7574, Darami 437).

Ø      Islam melarang kamu untuk menarik-narik pakaianmu /melabuhkan atau melebihkan dari paras buku lali (dengan tujuan sombong)

Ø      Janganlah mengulur-ulurkan pakaianmu tatkala berjalan

Allah swt.berfirman:

”Kebanggaan adalah pakaianku dan kebesaran adalah milikku”

Rosulullah saw. Bersabda :

”Kekuasaan adalah hukum-hukum/peraturan dari Allah Yang Maha Kuasa dan hal-hal yang berkenaan dengan-Nya adalah kebanggaan-Nya, siapapun yang bersaing dengan Allah dalam hal ini maka dia akan dihukum”.(Muslim 2620, Musnad Imam Ahmad 7335, abu Dawud 4090)

5. Dilarang Untuk Memakai Pakaian Yang Menjadi Kemasyhuran/Pusat Perhatian

Rasulullah saw. Bersabda :

”Sesiapa sahaja yang mengenakan pakaian yang menyebabkan  heboh di dunia, maka Allah akan memberinya pakaian yang menghinakannya di hari kiamat kelak ”. (Musnad Imam Ahmad 5631, Abu Dawud 4029)

Ø      Dilarang untuk menyerupai orang-orang yang menyimpang/sesat.agama-agama lain.

Ø      Dilarang mengenakan pakaian yang menyebabkan seseorang menjadi heboh dengan memakainya.

6. Dilarang Bagi LeLaki Untuk Mengenakan atau memakai Emas atau Sutra.

Dilarang bagi lelaki untuk mengenakan emas dan sutra tanpa illat (sebab syar’ei)  yang  membolehkannya. Bagi wanita dibolehkan untuk mengenakannya tanpa sebab. Dilarangnya bagi lelaki dengan tanpa pertimbangan.

v       Kerana istilah pakaian/ sesuatu yang dikhususkan dipakai oleh wanita

v      LeLaki adalah orang yang melindungi isteri, itulah kenapa mereka (para wanita) mengenakan emas dan bahan-bahan seperti sutera, sedangkan  lelaki tidak mengenakannya kerna dia adalah orang yang melindungi si pemakainya.

Talib berkata:”Rasulullah saw. memegang sutera ditangan kanannya dan sutera ditangan kirinya lalu bersabda,”Ini dilarang bagi lelaki dari umatku” (Abu Dawud 4057, An Nisaa’I 5144, Ibnu Majah 3595, Albaani (hadist shohih) 3422).

Abi Umana menceritkana, bahwa Rosulullah saw. Bersabda :

”Barang siapa yang mengenakan sutra di dunia, maka tidak akan memakainya di hari akhirat kelak”.(Muslim 2074).

Abu Hurairah berkata:

“Rasulullah saw  melarang memakai cincin emas” (Bukhori 5864, Muslim 2089, Musnad Imam Ahmad 9709, An Nisaa’I 5273).

Ø      Jadi larangan secara umum untuk mengenakan emas dan sutera

Ø      Diperbolehkan jika suatu alasan penyakit atau untuk berperang dan lain-lain.memaksakan untuk memakai emas dan sutera.

Anas melaporkan, Rasulullah saw  memperbolehkan Abdurrahman dan Zubel untuk memakai pakaian sutra, disebabkan penyakit kulit  gatal yang mereka alami”.(Bukhori 2919, Muslim 2076), Musnad Imam Ahmad 11821)

Ø      Diperbolehkan memakai sutera dalam perang

Ø      Atau dalam keadaan darurat untuk menutup aurat jika tidak tersedia apapun untuk menutupinya,jika tidak ada pakaian lain.

Ø      Dalam perang diperbolehkan untuk terlihat seperti lelaki yang masih muda supaya dapat memberikan kesan segar bagi setiap orang, diperbolehkan juga untuk menyelup/menyemir janggutnya agar berwarna hitam untuk terlihat muda dihadapan musuh.

Ø      Islam memperbolehkan bagi lelaki untuk mengenakan sutera akan tetapi tidak boleh melebihi dari lebar 4 jari.Jika ada keperluan. yang pasti Islam itu mudah jika dalam keadaan darurat tetapi jangan menggunakan perkataan darurat untuk memudahkan kita melakukan perkara haram. yang haram tetap haram dan semua perbuatan terletak pada niat.

Ø      Dalam sebuah hadis dikatakan 3 atau 4 ukuran jari, Umar Ibn Khattab berkata untuk memakai sutera, ukurannya dari ukuran 2 atau 3 atau 4 jari, ini tergantung dari ukuran jari masing-masing orang, boleh  jadi ukuran 2 jari seseorang sama dengan ukuran 4 jari orang lain.

Ø      Diriwayatkan oleh Fajar: ”Dia adalah shahabat dalam perang Kulab, dia kehilangan hidungnya dan hal tersebut tercium oleh orang lain lalu orang tersebut berkata.”Tinggalkanlah dirinya”, Rasulullah saw bersabda,”Kenakanlah penutup hidungnya dari emas” dan dia dibuatkan satu penutup hidung dari emas dengan 2 lubang”’

Terjemahan Abdul Rahman Ul Turfa

(Abu Dawud 4332, Musnad Imam Ahmad 18527, Tirmidzi 1770, An Nisaa’I 5161)

Ø      Diperbolehkan untuk mengenakan emas jika alasannya untuk perubatan.Lihatlah keindahan Islam yang betapa halus dan indah dalam syariatnya.

Ø      Emas untuk pelindung hidung atau gigi yang terbuat dari emas dan lain-lain diperbolehkan.

Ada perselisihan pendapat diantara fuqoha atau ahli fiqah apakah anak-anak diperbolehkan memakai sutra atau tidak ( yang belum sampai umur  atau baligh.) tetapi janganlah ajar anak-anak kita  ke arah menjauhkan diri daripada Allah dan Rasulnya.

Ø      Bagi gadis muda diperbolehkan.

Ø      Jumhur  ulama berpendapat tidak diperbolehkan, larangan bagi lelaki dan juga bagi kanak-kanak  lelaki, kerana kamu mengajari mereka usia 7 tahun dan mendisiplinkan mereka usia 10 tahun, jadi mereka tidak diperbolehkan (kerana sudah didisiplinkan) mencapai  usia 10 tahun

Ø      Ibnu Taimiyah juga berpendapat tidak boleh.

Ø      Syeikh Umar Bakri Muhammad berpendapat mengikuti pendapat yang dilarang dalam semua peringkat  usia.

“Umar bin Khattab melihat seorang anak laki-laki yang mengenakan sutra, dia kemudian melepaskannya dan berkata,”Janganlah kamu memakainya, laki-laki lain yang melihatnya juga melakukan hal yang sama dan sabda Rosul,” Janganlah memakainya, walaupun anak kecil tidak dihisab, tetapi ia (anak kecil tersebut) dapat dijadikan dalil bagi yang lainnya”. (Kitab Al Fattawa vol.22 hal.143, An Nisaa’I 5161).

7. Dilarang Bagi Wanita Untuk Menampakkan Perhiasannya Kecuali Kepada Siapa Saja Yang Diizinkan Allah Melihatnya, Pengecualiannya Ada Dalam Ayat.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman,”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasaanya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembuyikan.” (QS.An Nur,24:31)

Apakah yang biasa nampak itu?

Ø      Sebagian berpendapat wajah dan telapak tangan.

Ø      Sebagian berpendapat pakaian (iaitu jika pakaian tersebut tidak menyilaukan pandangan maka mereka dapat menunjukkannya) mereka mengatakan bahawa semua bahagian wanita adalah aurat  (pendapat Hanbali dan Salafi hingga saat ini).

Salafi berpendapat bahawa apa yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangannya (Jika dia tidak dalam keadaan mempesona iaitu tidak sedang bermake up dan berdandan)

Hanafi berpendapat wajah, telapak tangan dan kaki.

Kita berpendapat bahwa dalil yang kuat adalah wajah dan telapak tangan merupakan bagian yang sering nampak

Perhiasan yang tersembunyi adalah wajah dan telapak tangan, ini sesuai dengan pendapat Hanbali

Wajah bukanlah aurat akan tetapi sebagian perhiasan harus ditutupi.

8. Memukulkan Kakinya Agar Diketahui Adalah Aurat. memakai gelang kaki yang berloceng seperti haiwan.

“…Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”.(QS.An Nur,24:31)

Ø      Memukulkan kaki agar diketahui kakinya, itu adalah aurat

Ø      Maka tidak diperbolehkan bagi wanita untuk memukulkan kaki mereka supaya pergelangan kaki bisa tampak

Ø      Wanita-wanita Arab biasa mengenakan gelang kaki

Ø      Sunnah untuk memendekkan pakaian bagi laki-laki dan memanjangkan pakaian bagi wanita

Ø      Bagi laki-laki pakaiannya panjangnya sampai antara pertengahan kaki hingga diatas mata kaki, jadi diatas mata kaki adalah batas maximum hingga pertengahan kakinya.

Ø      Bagi wanita pakaiannya tidak boleh menunjukkan apapun walaupun hanya kakinya, sebab itu adalah auratnya (pendapat Syafi’i, Hanafi berpendapat bahawa itu diperbolehkan beserta sekitar mata kakinya).

Abu Hurairah meriwayatkan

Rasulullah saw  Bersabda :

Apa sahaja yang berada dibawah mata kaki dari pakaianmu adalah berada dalam neraka bagimu”

(Bukhori 5787, Musnad Imam Ahmad 10177)

Ø      Imam Ahmad berpendapat,”Panjangnya pakaian orang-orang yang beriman (lelaki) adalah dari pertengahan kakinya turun ke bawah dan berhenti (diatas) mata kakinya atau buku lalinya , sesuatu yang berada di bawah mata kaki maka itu berada dalam neraka”.

Abu Zar meriwayatkan,

Rasulullah saw. Bersabda :

”Tiga Golongan , yang mana Allah tidak akan melihat mereka atau tidak mengampuni mereka atau memuji mereka”, beliau mengulanginya tiga kali. Abu Dzar berkata,”Orang-orang yang tidak memiliki/mengetahui apa itu rasa malu”.

Rosulullah saw. Bersabda :

Orang yang mengenakan pakaiannya bawah mata kakinya dan orang yang memberi sumbangan dan berbicara tentang sumbangan  tersebut, lalu beberapa tahun kemudian mengingatkan kamu, jangan ulangi pertemuan denganmu setiap waktu dan orang yang menjual kebaikan-kebaikan dengan bersumpah demi Allah ( sumpah dusta) dan berbohong dengan menjual perkataannya itu, (mengatakan kepada kamu saya bersumpah atas nama Allah Yang Terbaik Dalam Hisabnya di dunia dan kamu akan menemukannya di kemudian hari bahwa perkataannya itu kuno dan usang)”.(Muslim 106, Musnad Imam Ahmad 20811, Tirmidzi 1211)

Ummu Salamah, istri Rosulullah saw. berkata:

“Ketika anda membicarakan tentang pakaian diatas mata kaki bagi laki-laki, bagaimana tentang pakaian untuk wanita?”

Rasulullah  saw.  menjawab,”Panjangkanlah satu jengkal dari pertengahan kakinya” ( untuk Wanita)

Dia (Ummu Salamah) bertanya: Jika  begitu, kakinya masih nampak?

Dia saw.  menjawab:”Kalau begitu, panjangkanlah satu lengan penuh/satu hasta dari pertengahan kaki” (Musnad Imam Ahmad 25972, Abu dawud 4117, Tirmidzi 1732)

Ø      Jadi pakaian wanita yang dapat diterima adalah menutupi mata kaki/menutup buku lali.

Makruh bagi lelaki untuk menutupi mata kaki mereka dan haram jika bertujuan untuk sombong,

Abu Bakar berkata,’Muhammad saw. melihat aku sebagai orang yang gagal kerana mengenakan jubah hingga ke bawah”. Beliau saw. Berkata : ”Janganlah kamu melakukannya kerana itu menunjukkan kesombongan, jika kamu tidak bisa maka rampingkanlah/sederhanakan pakaianmu,”Dia (Abu Bakar) berkata,”Satu dari dua jubahku dipotong karena sesekali jatuh kebawah”.

“Sombong/tidaknya kamu dengan pakaianmu itu tergantung dari niatannya”.

Ø      Apakah usahamu untuk meletakkannya seperti usahamu melepaskannya, itu bukanlah sebuah persoalan tapi yang penting dia telah mengatakan kepadamu bahwa ia bukanlah orang yang sombong.

Jadi Fuqoha berpendapat kita dapat menggunakan analogi itu, tetapi yang dianjurkan secara umum, Rasulullah saw. menyebutkan neraka bagi yang mengenakan pakaian di bawah mata kaki yang menunjukkan sebuah permintaan/seruan, siapa sahaja yang melakukannya untuk menunjukkan popularitas (jika kita sesuaikan dengan hadis-hadis tersebut) maka kamu berdosa, berpeganglah kepada sunnah.

“Rasulullah saw. pernah pergi untuk menunaikan solat sedang pakaiannya berada di bawah mata kaki” (Bukhori 5785, Musnad Imam Ahmad 19877, An Nisaa’I 1502)

“Rasulullah saw. pernah berlari menuju masjid ketika dia melihat gerhana matahari sedangkan pakaiannya sampai ke lantai” (Bukhori 5787)

Ø      Dapat kita katakan disini bahwa, beliau mengatakan kepada kita, dia tidak melakukannya dengan tujuan sombong akan tetapi kerana beliau dalam keadaan tergesa-gesa.

9. Dilarang Untuk Memakai pakaian-pakaian Yang Bersimbol Kekufuran, seperti tanda salib Atau sesuatu Yang Lain Yang Berhubungan Dengan Agama Lain Atau Sesuatu Yang Disertai Dengan Gambar-gambar Orang-Orang Yang Bernyawa (Atau Binatang-Binatang).

Ø      Tidak ada simbol-simbol yang diperbolehkan atas pakaian

Ø      Tidak ada gambar binatang-binatang atau manusia

Dilaporkan oleh Aisyah r.a.

Bahawa Rasulullah saw. tidak setuju dengannya ketika dia membuat sebuah bantal untuknya dengan gambar-gambar dari sesuatu yang hidup. Al Qasim membeli sebuah bantal dengan gambar binatang-binatang dan Rasulullah saw.  tidak masuk ke rumahnya.Dia (Aisyah) berkata,”Katakan padaku apa yang aku perbuat dan aku akan bertaubat”.Rasul menjawab,”Buat apa bantal ini?” Dia (Aisyah) menjawab,”Aku membelinya untukmu, untuk engkau duduki dan engkau jadikan sandaran. Rasul menjawab,”Sesungguhnya tukang-tukang gambar lukisan ini kelak akan disiksa pada hari kiamat, sambil dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan  itu dan mereka tidak akan pernah dapat melakukannya dan malaikat-malaikat tidak akan pernah masuk ke dalam rumah yang ada gambar-gambarnya.”(Bukhori 5957,Muslim 2107, Musnad Imam Ahmad 25559).

Dalam sebuah hadis dikatakan,”Jika kamu ingin menggambar, gambarlah pohon atau gunung”.

Fuqoha atau ahlu feqah lainnya berpendapat bahawa yang ada dalam hadis diatas adalah tirai bukan bantal dan Aisyah memotongnya lalu membuatnya menjadi bantal, Rasul pun duduk di atasnya. (Ada hadis yang menyebutkan bantal)

Umar bin Khattab melaporkan

“Aisyah tidak meninggalkan apapun dalam rumah Nabi sebuah salib kecuali merusakkannya atau menyingkirkannya atau membuangkannya”.(Bukhari, Musnad Imam Ahmad 23740, Abu Dawud 4151)

Aisyah berkata,”Rasulullah saw. kembali dari perjalanan dan tanpa sadar aku meletakkan tirai yang bergambar binatang-binatang, ketika Rasulullah datang, dia menariknya dan memotongnya menjadi potongan-potongan dan bersabda,”Allah akan menghukum orang-orang yang bersaing (atau berkawan atau bersahabat )dengan-Nya dalam ciptaan-Nya”.Saya membuat dua bantal dengan tirai itu.”(Bukhori 5954, Muslim, Musnad Imam Ahmad 24197)

Adalah satu keharaman hukumnya  solat dengan pakaian yang bergambar salib atau binatang-binatang. Jika dia mengetahui memiliki tanda salib dipakaiannya dan bangga terhadapnya maka dia telah kufur.

Ø      Jika dia solat dengan pakaian tersebut( bersalib) maka dia berdosa dan solatnya tidak sah serta hukumnya kafir.

Ø      Sebagian fuqoha( ahli Fiqah ) berpendapat bahawa dia berdosa tetapi solatnya tetap sah. ( Tidak  sengaja ).

Ø      Dia seharusnya mengubah gambar tersebut (merusaknya).

Jika tanda salib tersebut tidak nampak, maka kamu berdosa akan tetapi solatmu adalah  sah.

Bagaimana tentang solat dalam ruangan yang terdapat gambar manusia atau binatang yang diletakkan di dinding?

Ø      Itu adalah haram menunaikan solat  jika ada dalam masjid gambar manusia, binatang atau lambang salib.

Ø      Itu adalah makruh solatnya jika ada dalam rumanya gambar binatang  atau manusia tidak termasuk gambar salib( gambar salib tetap tidak sah solatnya).

Ø      Itu diperbolehkan untu menunaikan solat di tempat-tempat umum seperti pejabat( Jika pemiliknya pejabat adalah orang kafir )

10. Setiap masa  anda mengenakan sesuatu mulailah dengan sisi tangan kanan

Ø      Jika anda mengenakan kemeja dan semua pakaian mulailah dengan bahagian lengan atau tangan kanan.

Dilaporkan oleh Aisyah ra,”Rasulullah saw. menyukai memulai segala sesuatu dengan sisi/ tangan  kanannya  dalam bersuci, dalam berpakaian serta ketika menaiki sesuatu” (Bukhori 5854, Muslim 268, Musnad Imam Ahmad 24106)

Ø      Dianjurkan untuk mengerjakan segala sesuatu dengan sisi/tangan  kanan dahulu.

Ø      Jika kamu masuk ke toilet, masuklah dengan sebelah kaki kiri terlebih dahulu dan keluar dengan kaki kanan, masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan terlebih dahulu  tetapi semasa keluar dari  masjid dengan mendahulukan kaki kiri.


Respon

  1. pusing baca ny =.=

    • Insya Allah saya akan cuba edit kembali kerana tulisan yang saya muatkan diambil dari kitab-kitab lama..
      baru sebentar tadi saya dah edit sedikit…
      Terima Kasih di atas perhatian dan teguran anda yang amat berguna untuk saya terus berdakwah di jalan Allah SWT.

    • Saya telah edit sepenuhnya.. semaga anda dapat memahaminya dengan jelas.. selamat membaca dan beramal dengan ilmu Allah. sekian terima Kasih.

  2. hanya untuk menambah pengetahuan…terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori